Oleh HamzahHd
Pada awal 2013 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) telah
memulakan suatu langkah ke arah penjenamaan semula (re-branding) dengan mentransformasikan
organisasi, budaya dan daya pemikiran secara holistik serta menyusun semula
perancangan dan perlaksanaan untuk membawa kembali persatuan ke persada
perjuangan yang relevan mengikut arus perdana.
Proses penjenamaan semula di mana fokus utama ialah untuk
meningkatkan imej dan kewibawaan persatuan dan menentukan kewujudan PBTM terus
relevan dan dihormati oleh semua pihak.
Dalam konteks ini persatuan terus menentukan sifat dan semangat kesatuan
kekal di tahap yang tinggi dan tabah dalam menghadapi sesuatu cabaran.
Hasilnya, sekali lagi nama persatuan ditukar dan kini
dikenali sebagai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) yang mana
sekaligus menggugurkan perkataan ‘bekas’ yang dari sudut pemikiran dan
penerimaan mempunyai konotasi yang kurang baik kerana ‘bekas’ itu adalah
sesuatu perkara yang sudah lapuk, tidak berguna dan terbuang serta sudah tidak
diperlukan orang.
Dengan penggunaan nama ‘Veteran tentera’ akan lebih
menggambarkan suatu nilai dan martabat bahawa veteran tentera merupakan permata
yang sentiasa berkilau walaupun ianya terbenam di dalam lumpur kerana hakikat
asas keamanan dan keselamatan negara adalah hasil dari jasa dan keringat serta
darah yang mengalir dari pejuang-pejuang yang bernama angkatan tentera
termasuklah pasukan-pasukan keselamatan yang lain yang sememangnya diperakui
oleh masyarakat umum.
Veteran tentera ialah rakyat Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dalam ATM, Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh khidmat, Force 136, Tentera British yang berkhidmat di Malaysia/Singapura (British Army) dan Sarawak Rangers.
Laksamana Tan Sri Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor (Bersara) selaku Presiden PV-ATM dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Tahunan Negara PV-ATM kali ke 89 di TH Hotel and Convention Centre Alor setar baru-baru ini walaubagaimana pun menegaskan bahawa kekangan di dalam proses transformasi kepada organisasi masih wujud disebabkan ekonomi persatuan secara keseluruhannya masih dalam keadaan defisit. Ini adalah kerana persatuan masih mempunyai hutang-hutang yang tertunggak dengan beberapa agensi yang terlibat.
Evolusi PV-ATM
Pada 20 Mei 1922 hingga 1966 persatuan ini bermula dengan nama Ex-Services Association of Malaya (E.S.A.M) atau Persatuan Bekas Tentera Malaya (PBTM) dengan inisiatif bekas-bekas anggota tentera British dan beberapa buah negara Eropah yang pernah berkhidmat ketika perang duania pertama di negara ini yang juga turut disertai oleh pegawai-pegawai ekspatriat British yang berkhidmat di Malaya. Peringkat awal penubuhan, persatuan ini diketuai oleh Mr. F.W. Palmar sebagai Penegrusi Cawangan Selangor dengan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kalangan ahli-ahli dalam kegiatan sosial.
Semasa perang dunia kedua meletus, persatuan ini terpaksa dibubarkan dan dihidupkan semula pada tahun 1946 di Selangor kemudian dikembangkan ke beberapa buah cawangan di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Bharu dan Melaka.
Apabila tentera British melebarkan penguasaannya Singapura dan Malaya, ramai anak watan turut menceburi bidang ketenteraan sekali gus telah mencetus idea penubuhan Batalion pertama RAMD pada tahun 1933 yang menjadi benteng utama pertahanan negara semasa berlakunya perang dunia kedua, disamping pengwujudan pasukan Federation of Malaya Volunteer Force (FMVF), Force 136, Area Security Unit (ASU), Jungle squad dan Pasukan-pasukan Kawalan kampong (Home Guard) bagi menguatkan pertahanan ketika darurat(1942-1948). Sejak itu bilangan bekas-bekas anggota tentera bertambah ramai dan turut menyertai persatuan ini.
Pada tahun 1958, British Service League (BSL) telah menukar namanya kepada British Commonwelth Ex-Services League (BCEL) dan Persatuan Bekas tentera Malaya (E.S.A.M) turut menjadi ahli gabungan sehingga sekarang.
Sepanjang 44 tahun E.S.A.M telah membuat pertukaran logo persatuan sebanyak 3 kali iaitu logo pertama di guna dari tahun 1922 hingga 1956. Logo kedua diguna dari tahun 1957 hingga 1960 dan logo ketiga diguna pakai dari tahun 1961 hingga tahun 1966.
Selepas E.S.A.M digerakkan semula sehingga 1968, sebuah urusetia telah dibentuk dan pentadbirannya telah diubahsuai, segala urusan pentadbiran dan urusan mesyuarat persatuan dilaksanakan oleh sebuah firma setiausaha yang dilantik iaitu Walgreams Limited. Menerusi urusetia inilah persatuan ini telah didaftarkan di bawah akta pertubuhan pada tahun 1966 dengan anam Persatuan Bekas Perajurit Malaya (PBPM).
Mej Ismail Babu (Bersara)selaku setiausaha Agung PBPM waktu itu bertanggungjawab mewujudkan Sektretariat dengan dibantu oleh beberapa orang akitangan telah memajukan persatuan selaras dengan perkembangan semasa pentadbiran terutama dalam menguruskan hal ehwal kebajikan ahli-ahli dan tanggunngan mereka.
Persatuan ini sekali lagi membuat anjakan dengan menukar nama kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pada 28 Julai 1998. Pengoperasian Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) pada tahun 2001 telah mengurangkan beban yang ditanggung oleh PBTM yang mana aspek kewangan menjadi kekangan utama di dalam usaha memberi pembelaan terbaik kepada veteran ATM.
JHEV yang berperanan sebagai pusat sehenti kepada veteran ATM secara tidak langsung merupakan pemegang amanah kerajaan beserta sejumlah bajet tahunan bagi menangani segala bentuk permasalahan yang ditanggung oleh veteran ATM secara holistik.
Walaubagaimana pun peranan persatuan masih tetap relevan kerana pihak JHEV sendiri mempunyai kekangan warga kerja yang amat ketara dan hanya berpusat mengikut zon yang tentunya tidak mampu untuk memantau ratusan ribu kedudukan veteran di seluruh pelusuk negeri dan daerah. Justeru,kombinasi pihak JHEV dengan persatuan masih saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam usaha menentukan veteran ATM sentiasa berada dalam zon selesa di alam persaraan setelah sekian lama mencurah bakti dan keringat untuk keselamatan negara.
PBTM pada tahun 2011 direkodkan telah mempunyai 14 bahagian dan 200 cawangan di seluruh negara, dengan keahlian berdaftar seramai 146,099 orang. melaui progrm transformasi dan penjenamaan semula PBTM 2013, sekali lagi nama dan logo persatuan ditukar kepada PV-ATM dengan 14 bahagian mewakili 14 buah negeri di Malaysia serta 248 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 355,000 orang terdiri daripada veteran ATM yang berpencen dan yang tidak berpencen.
Dengan mengekalkan motto 'Sentiasa Berjuang' menggambarkan kesinambungan perjuangan perlu diteruskan kalau masa lalu semasa di dalam perkhidmatan menentang anasir yang menggugat ketenteraman dan kedaulatan negara tetapi di luar perkhidmatan memfokuskan visi,misi peranan dan wadah perjuangan sebagai badan pendesak dan pelobi dalam usaha membela dan menjaga kebajikan dan segala kepentingan keseluruhan veteran ATM dan keluarga mereka.
Penyelesaian Isu Sejagat Warga Veteran
Ketiga, mereka yang tidak berpencen dalam erti kata sebenarnya dan mereka ini kebanyakan nya dalam golongan daif. Mereka-mereka ini telah cuba sedaya upaya untuk merubah nasib kehidupan mereka namun mungkin nasib dan rezeki tidak memihak kepada mereka.

Setakat ini hasil dari proses transformasi, PV-ATM kini
semakin diberi perhatian dan pengiktirafan oleh pucuk pimpinan negara, negeri,
agensi-agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat umum dalam konteks mudah untuk
diajak berbincang dalam usaha mencari pendekatan dan kaedah penyelesaian
masalah sejagat yang dihadapi oleh Veteran ATM.
Di samping mendapat mandat sebagai peneraju dan penggerak perjuangan
Veteran ATM daripada hampir semua persatuan dan kelab Veteran ATM Malaysia yang
ketika ini lebih kurang 60 persatuan/kelab semuanya yang menjalankan aktiviti
yang hampir sama berteraskan kebajikan anggotanya.
Namun begitu melalui proses
transformasi yang digagaskan dan melalui pendekatan-pendekatan strategik dan
dinamik, beliau menjangkakan hutang-hutang tertunggak ini dapat diselesai
secara beransur-ansur dalam masa terdekat.
Di samping mengharapkan transformasi daya pemikiran pimpinan di
peringkat negeri dan cawangan bergerak seiring dengan memberi komitmen
sepenuhnya supaya keberhasilan dapat di capai secepat mungkin dan sebelum usaha
pemerkasaan persatuan boleh dianggap berada di tahap berjaya.
Sebagai sebuah NGO, peranan dan
faktor hubungan luar adalah sangat penting untuk terus relevan dan boleh
diterima oleh semua pihak. Untuk itu kepimpinan
persatuan di semua peringkat semestinya bertanggungjawab berhubung dan
berintraksi dengan pemimpin-pemimpin masyarakat mengikut tahap kepimpinan
masing-masing di peringkat negara, negeri dan daerah. Di samping menjalin hubungan rapat dengan
kementerian, JHEV, PERHEBAT dan LTAT kerana jabatan serta agensi kerajaan
tersebut mempunyai hubung kait dengan keperluan kebajikan veteran ATM secara
amnya.
Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak sebagai ahli gabungan pada tahun 1967, nama Persatuan Bekas Perajurit malaya ditukarkan kepada nama Persatuan Bekas Perajurit Malaysia. Mengikut rekod pada penghujung 1959, jumlah ahli persatuan ini hanyalah seramai 2,607 orang, namun bilangan ini bertambah kepada 7,442 pada 1970.elaras dengan pembangunan dan kemajuan PBPM yang membuktikan keupayaannya sebagai sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) serta peningkatan sokongan daripada kerajaan, sektor awam dan sektor swasta dari masa ke semasa menjadikan persatuan ini sebagai sebuah badan kebajikan terunggul di negara ini.
Namun begitu sejak tertubuhnya Bahagian Hal Ehwal Bekas Tentera (HEBAT) di Kementerian Pertahanan pada tahun 1970 yang bertanggungjawab kepada usaha pemulihan semula kebajikan dan pembangunan bekas-bekas tentera kemudian di naik taraf kepada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) pada 1994 dalam menyediakan kursus-kursus dan kemahiran teknikal kepada veteran bagi meneruskan kelangsungan kerja di dalam masyarakat awam.
Sebagai sebuah NGO yang berprestij PV-ATM turut bergabung dengan World Veteran Federation (WVF), Royal Commonwealth Ex-Service League (RCEL), Veteran Confederation of Asean Countries (VECONAC), Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEN) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Menurutnya lagi kehidupan
veteran ATM selepas bersara terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu yang
berjaya dan yang tidak berjaya. Manakala
yang tidak berjaya terdiri dari dua kumpulan pula iaitu pertama, yang tidak
berjaya tetapi terus berusaha untuk hidup dalam keadaan sederhana dan yang
kedua yang tidak berjaya dan terus hidup dalam keadaan daif.
Begitu juga veteran ATM yang
tidak berpencen, mereka terbahagi kepada tiga kumpulan. Pertama tidak berpencen tetapi bernasib baik
kerana berjaya dalam perniagaan atas usaha sendiri. Kedua, mereka tidak berpencen tentera tetapi
berpeluang bekerja dengan pihak kerajaan dan seterusnya mendapat pencen
juga.
Maka golongan ini adalah
merupakan sasaran persatuan untuk diberi bantuan dengan kaedah-kaedah yang
sesuai. Perkembangan terbaharu jumlah
elaun sara hidup bulanan kepada veteran ATM yang berpendapatan perkapita di bawah
garis kemiskinan samada mereka berpencen atau tidak dan balu telah pun
diluluskan penyelarasan kepada RM300 sebulan berkuatkuasa Januari 2015.
Bagi memberi manfaat menyeluruh
kepada veteran ATM dari kategori-kategori lain, pelbagai inisiatif telah di laksanakan
oleh pihak kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti:
-Program
membaikpulih rumah veteran 1Malaysia yang mana veteran ATM yang daif dibantu
untuk memiliki rumah yang lebih selesa.
-Pusat
sehenti Veteran 1Malaysia telah menyediakan 31 buah kem di seluruh Malaysia
untuk memudahkan veteran ATM berurusan.
-Progaram
penempatan kerja untuk Veteran dengan mempertingkatkan pengambilan veteran ATM
dalam sektor awam dan swasta selepas menamatkan perkhidmatan.
-Bantuan
keusahawanan dengan menawarkan pinjaman, latihan serta khidmat nasihat kepada
veteran yang berminat menjadi usahawan melalui kerjasama strategik JHEV,
PERHEBAT, KPDNKK, Koperasi Kepenggunaan, Tekun Nasional dan Unit Kerjasama
Swasta Awam.
-Meningkatkan
Penerimaan latihan PERHEBAT oleh pihak industri bagi membolehkan bakal pesara
tentera mendapat latihan yang diiktiraf agar mereka lebih berdaya saing.
-Program
keluarga 1Malaysia bagi membebaskan veteran ATM yang berpendapatan rendah dari
belenggu kemiskinan sekali gus memperoleh pendapatan melalui usaha sendiri.
-Kad privilege
1Malaysia untuk menikmati diskaun bagi pelbagai barangan runcit dan
perkhidmatan di premis dan kedai yang menjadi rakan dagang.
Dalam pada itu pihak persatuan
telah mengenal pasti beberapa isu sejagat yang dihadapi oleh veteran ATM yang
memerlukan pembelaan dan penyelesaian segera.
Di antaranya ialah:
-Merapatkan
jurang pencen antara veteran ATM yang pencen sebelum 2004 dengan yang pencen
selepas 2004.
- Meningkatkan jumlah pencen hilang upaya bulanan veteran ATM antara RM300 hingga RM500 yang diterima melalui JHEV.
-Menyediakan kuota khas projek PPRT dan rumah mampu milik untuk veteran ATM yang belum memiliki rumah pertama.
-Memberi imbuhan bulanan dalam bentuk elaun sara hidup kepada veteran ATM tidak berpencen yang layak. Sementara perkara tersebut dalam proses pertimbangan untuk diluluskan maka pihak persatuan menyarankan supaya pemberian one off sekurang-kurangnya RM500 kepada mereka setiap tahun.
-Memberi pencen terbitan terus kepada isteri yang dikahwini veteran yang berpencen dalam masa persaraan kerana terjadinya kematian isteri dan perceraian yang sah.
-Memberi kemudahan rawatan perubatan percuma kepada isteri dan anak-anak veteran ATM yang diberhentikan sebab disiplin, serta juga kemudahan pendidikan kepada anak-anak mereka berkuatkuasa selepas 5 tahun mereka diberhentikan.
-Pemberian bantuan kemasukan anak ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)dipanjangkan kepada kemasukan ke Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Hari Pahlawan Dan Kempen Tabung Pahlawan

Pada 31 Julai setiap tahun Malaysia menyambut Hari
Pahlawan. Tujuan Hari pahlawan diadakan
adalah untuk mengajak rakyat jelata mengenang dan menghargai perjuangan serta
pengorbanan veteran-veteran ATM dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan
dan keamanan negara. Sempena Hari
Pahlawan jugalah dilancarkan Kempen Tabung Pahlawan. Hakikatnya hasil kutipan
dari Kempen Tabung Pahlawan ini memberi makna yang besar kepada persatuan bukan
sahaja bagi mengumpulkan dana untuk membantu veteran tetapi ianya merupakan
satu pelantar dalam usaha meningkatkan semangat dan sifat patriotime dan
kecintaan rakyat jelata terutama generasi ‘Y’ terhadap negara.
Sejak 2013 kerajaan telah mengembalikan pengurusan Kempen
Tabung Pahlawan kepada PV-ATM yang sebelum ini dikendalikan oleh JHEV selama
tiga tahun berturut-turut. Persatuan mula mengadakan Kempen Tabung Pahlawan
pada tahun 1950 iaitu semasa zaman tentera British di Malaya dengan panggilan Poppy
Day.
Poppy Day juga diadakan di United Kindom dan beberapa negeri Komanwel yang lain
seperti Australia dan New Zealand dengan nama Anzac Day, negara
Singapura menamakan kempen ini dengan Poppy
Apealing dan lain-lain negara dengan komitmen yang tersendiri bagi
mengingati dan menghargai pengorbanan tentera mereka.
Perlaksanaan Poppy Day di Britain lebih berjaya
berbanding Kempen Tabung Pahlawan di negara ini kerana perlaksanaan lebih
terurus dan terkordinasi dengan penyertaan dan penglibatan rakyat dan syarikat
swasta secara menyeluruh dan komited. Malangnya roh Hari Pahlawan dan Kempen
Tabung Pahlawan kurang mendapat sambutan dari sebilangan besar rakyat di negara ini tidak seperti mana yang dijiwai
oleh rakyat Britain terhadap Warrior Day dan Poppy Day yang
negara mereka anjurkan.
Di Malaysia, sambutan hari pahlawan dengan mengadakan majlis tahlil, khutbah Jumaat dan
perbarisan ketenteraan dan hanya dijiwai oleh anggota tentera yang sedang
berkhidmat dan veteran ATM serta segelintir pucuk pimpinan negara yang disambut
dan diingati dalam masa sehari sahaja.
Justeru, PV-ATM mengesyorkan kepada kerajaan
supaya Hari Pahlawan dan Kempen Tabung Pahlawan dijadikan salah satu acara negara
dan dimasukkan ke dalam kalendar aktiviti negara. Dengan harapan pendekatan ini
akan disertai dengan political will ahli-ahli politik dan komitmen
kerajaan dalam merealisasikan hasrat ini agar dapat diterima dan dijiwai oleh
semua lapisan masyarakat terutama dalam kalangan generasi ‘Y’.
Penutup
Mutakhir ini ramai
orang menyebut integriti (kejujuran) dan solidariti (perpaduan) yakni dua
perkataan yang tiada kaitan dan hubung kait dari segi maksud tetapi dua
perkataan ini bila dikaitkan dengan manusia boleh menggambarkan sikap, perangai
atau perbuatan jika diamalkan dengan ikhlas akan menjadikan individu atau
persatuan berfungsi dengan baik seperti mana misi, visi dan peranan yang
digagaskan.
Persatuan veteran ATM tumbuh bagai cendawan ditimpa hujan
yang masing-masing ingin menjaga kebajikan ahli-ahli serta ingin mengeratkan
kembali silaturahim dan perpaduan yang sekian lama terpisah. Begitulah maksud yang tersurat tetapi maksud
yang tersirat tidak boleh lari dari cakap-cakap yang kurang elok iaitu kononnya
PV-ATM tidak begitu kompeten dalam konteks integriti dalam membahagikan
dana-dana yang diperolehi kepada sasaran yang mana masih tidak menyeluruh dan
pilih kasih. Pemimpin menggunakan
kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi dan macam-macam tohmahan yang
dilemparkan.
Bila ada ketidakpuasan hati maka wujud satu sikap
mengasingkan diri dan berkelompok menjadi pecahan-pecahan mengikut pengaruh yang pelbagai cita-cita dan
ideologi. Maka veteran yang angka
ratusan ribu yang berdaftar dan yang masih terpinggir tanpa sebarang pengenalan
dalam mana-mana persatuan sebenarnya masih belum ada perpaduan sepenuhnya. Malah dalam kalangan ahli-ahli PV-ATM sendiri
masih wujud perpecahan yang disebabkan pelbagai sikap untuk membenarkan diri.
Justeru menjadi satu cabaran besar yang tidak boleh di kesampingkan
kepada pengurusan PV-ATM untuk terus berusaha mencari jalan supaya perpecahan
boleh diminimakan. Memetik maksud kata-kata
Presiden PV-ATM semasa ucapan dasar persidangan bahawa seorang pemimpin tidak
kira di peringkat mana pun mesti mempunyai sifat dan keperibadian seorang
pemimpin yang sifatnya adalah jujur, ikhlas, rela berkorban tenaga dan masa,
tegas dan berhemah, ramah mesra dalam pergaulan dan berketrampilan serta
keperibadian yang mulia yang mudah dapat diterima oleh akar umbi yang
dipimpin. Harus kerap turun padang
mendengar keluhan dan rintihan akar umbi dengan cara berkomunikasi dan
berintraksi dan bersemuka dengan akar umbi di kedai-kedai kopi dapat memupuk
persefahaman dan perpaduan. Bila masalah akar umbi dapat ditangani secara
menyeluruh, secara tak langsung kejujuran akan dinilai orang. Sesungguhnya kitaran ini harus diperaktikkan
berturut-turut dan berterusan oleh semua individu yang sudah berjawatan
pemimpin. Jika tiada lagi suara-suara
sumbang yang bersangka buruk kepada PV-ATM, penulis yakin veteran ATM dapat
berpadu di bawah bumbung PV-ATM secara total. PERAJURIT