Gambar: Kredit kepada Utusan Online |
Oleh hamzah hd
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menerima Timbalan Panglima TLDM baharu. Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang menggantikan Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohamed Nordin Ali yang akan bersara.
Penulis juga turut merasa bertuah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana dengan perlantikan terbaharu Ahmad Kamarulzaman (Dato K) ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa negeri Melaka adalah negeri yang melahirkan 'Laksamana' di Malaysia.
Pahlawan Laksamana Hang Tuah adalah merupakan Pahlawan Melayu terbilang di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Legasi 'Laksamana' ini kini diwarisi secara berturutan pada era Melayu Moden berasaskan pangkat tertinggi dalam perkhidmatan mereka dengan TLDM iaitu bermula dengan Laksamana Anwar Mohd Nor, Laksamana Ramlan Ali, Laksamana Aziz Jaafar dan terkini seorang lagi anak Melaka yang cepat atau lambat bakal ditabalkan sebagai Laksamana TLDM. MP