Oleh Hamzah hd.
Senario peperangan
maritim, kapal selam tentera adalah merupakan ancaman yang paling sukar untuk ditangani selain daripada ancaman
udara dan permukaan kerana kapal selam dikatakan menjadi kunci utama dalam mengawal
senario peperangan ini secara senyap dan tersangat sukar untuk dikesan dari
jarak jauh.
Mencari dan
menutralkan kapal selam musuh menuntut penugasan pasukan anti kapal selam (AKS)
yang mantap signifikan terhadap operasi yang semestinya memerlukan banyak aset
AKS yang terkoordinasi dengan baik kerana operasi mencari ‘datum’ atau mencari
kapal selam yang tidak terkesan oleh penderia mencetuskan ketegangan kepada
sistem dan organisasi AKS itu sendiri.
Kapal selam nuklear
masih lagi menjadi ‘maharaja’ di dalam peperangan maritim lautan dalam. Keagresifan
sesebuah kapal selam nuklear masih lagi menjadi igauan dan sangat sukar untuk
dijinakkan dan sangat merbahaya kerana kemampuan berada di dasar lebih lama dan
memiliki persenjataan balistik yang ampuh dan mampu memusnah sasaran dari jarak
jauh.
Walaubagaimanpun kapal selam konvensional
diesel-elektrik menjadi semakin bertambah penting dan peningkatan bilangannya kian
bertambah di samping beberapa teknologi alternatif bagi meningkatkan keupayaan
kapal selam bersaiz kecil ini. Ini adalah kerana perkembangan muthakir pergolakan
maritim sedang memperlihatkan trend ke arah peperangan littoral atau di persekitaran laut pesisir yang mana peperangan anti
kapal selam (AKS) menjadi lebih rumit dan memerlukan jentera bawah permukaan
yang boleh beraksi dalam persekitaran laut yang tidak begitu dalam. Potensi ini
turut memperlihatkan banyak negara sedang berlumba ke arah pembinaan kapal Littoral
combat Ship (LCS) untuk tujuan ini di mana trend peperangan litoral merupakan penggabungan kekuatan elemen
laut, udara dan darat.
Sejajar dengan pemilikan aset strategik seumpama kapal selam
bagi menghadapi cabaran peperangan bawah
permukaan di masa-masa mendatang, wajar diberi perhatian kepada usaha
melengkapkan kelengkapan organik-organik tambahan seperti helikopter yang
mempunyai kapabiliti mengesan, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh
dengan lebih mudah.
Pengesanan dan penjejakan elemen bawah permukaan yang sangat
bahaya ini tidak boleh diharapkan kepada kapal-kapal permukaan sahaja kerana kemampuan
penderia sonar yang terpasang di kapal adalah sangat terhad dan memerlukan
suatu jarak yang sesuai bagi menghasilkan deteksi yang baik dan konsisten untuk
penjejakan yang berkesan. Dalam konteks persenjataan masa kini, situasi ini
bermaksud bila penderia kapal mula mengesan kehadiran kapal selam musuh
bermakna kapal itu sendiri sedang berada dalam zon torpedo atau zon misil
kerana kebanyakan kapal selam era terkini mempunyai sistem teknologi
persenjataan berkeupayaan tinggi untuk memusnahkan sasaran dalam jarak yang
jauh.
Atas alasan ini pengesanan awal kehadiran kapal selam musuh
itu adalah sangat penting sebelum elemen itu berjaya menempatkan diri mereka di
dalam zon pengoperasian torpedo bagi melaksanakan serangan melalui bawah
permukaan. Justeru maklumat kehadiran
dan lokasi tepat posisi kapal selam itu berada adalah maklumat yang tidak boleh
dikompromi untuk keberkesanan misi.
Kebijaksanaan sistem persenjataan masakini sangat-sangat
menakutkan kepada pemain-pemain permainan perang ini kerana kedudukan atau
posisi pihak lawan akan menjadi penentu kepada cetusan bagi memulakan
serangan. Berada di dalam jarak
jangkauan keberkesanan persenjataan akan meletakan sesebuah kapal perang itu
dalam keadaan yang sangat membahayakan.
Perkembangan teknologi semakin pantas mengadaptasikan situasi
ini yang mana kemampuan penderia seperti radar dan sonar masa kini semakin jauh
kemampuan pengesanan sehingga beratus-ratus batu notika. Selari dengan kemampuan deteksi penderia,
sistem persenjataan juga telah direka dengan keupayaan yang sangat tinggi untuk
membolehkan serangan dilancarkan dalam jarak seberapa jauh yang boleh setelah
mengambil kira kesan efektif.
Justeru, segala usaha mesti dilakukan bagi mengekang kemaraan
musuh dari berada di dalam zon bahaya persenjataan terutamanya persenjataan
balistik seperti misil, torpedo dan seumpamanya yang mampu melancarkan serangan
dari pelbagai dimensi samada dari udara, permukaan dan bawah permukaan.
Situasi ini menggambarkan kepada kita bahawa pengesanan awal
kedudukan musuh dan keupayaan memusnahkan sasaran dalam jarak yang jauh adalah
menjadi kelebihan yang sangat ketara kepada sesuatu ketumbukan kerana tindakan
ini dapat menghalang kemaraan musuh secara agresif.
Peranan Helikopter AKS
Selari dengan keperluan masa kini yang mendambakan kuasa
tempur yang bermobiliti pantas, perbincangan
ini sudah tentu penggunaan helikopter anti kapal selam menjadi satu keperluan
yang sangat strategik kerana keupayaannya dalam mengesan, memburu dan
memusnahkan kapal selam telah menyamai peranan yang dimainkan oleh kapal-kapal
kombatan. Malah apa yang lebih penting
selain daripada keberkesanan operasi, helikopter anti kapal selam juga dapat menjimatkan kos pengoperasian yang
sangat ketara.
Langkah ini bukan
sahaja dilihat sebagai suatu usaha kepada pembesaran ketumbukan tetapi hakikat
sebenarnya adalah era pertahanan hari ini menuntut perkhidmatan pesawat diberi
peranan berdasarkan keupayaannya yang sangat dinamik dan terserlah sebagai
komponen sokongan bagi mencapai objektif dan selain daripada peperangan anti
kapal selam, ianya boleh berfungsi sebagai elemen penghantaran udara,
pengawasan medan pertempuran, carilamat kombat, pemindahan mangsa/mayat,
pemindahan perubatan, menjejak sasaran melampaui ufuk, malah sebagai pemandu
dan pesawat pengantara bagi mengekploitasi kelebihan jarak peluru berpandu
anti-kapal jarak jauh. Dalam misi naval gun fire support pesawat ini boleh dijadikan platform bagi mengesan dan
mengawal tembakan dari unit-unit tentera laut dan lain-lain.
Helikopter AKS adalah pesawat yang direka khas bercirikan
kombat yang mampu beraksi dalam suasana ketegangan yang mana binaannya
bersekali dengan peralatan untuk tugas-tugas mencari, mengesan, menjejak dan
memusnahkan kapal selam. Penggunaan
pesawat helikopter dikira sangat praktikal selain bermobiliti pantas, ia juga
tidak menanggung impak kerugian yang begitu besar jika berlaku apa-apa
kemalangan yang melibatkan nyawa.
Pelbagai Variasi
model helikopter maritim telah dikeluarkan oleh pengeluar terkemuka sedang digunakan
oleh tentera laut dunia dan siri peningkatan kepada model-model lama secara
perlahan mengambil alih dengan keupayaan memasang dan membawa peranti, penderia
dan persenjataan berteknologi tinggi bagi keberkesanan operasi AKS pada abad
ini.
Artikel penulis sebelum ini pernah membuat perbandingan di
antara beberapa pengeluaran syarikat helikopter terkemuka dunia yang bercirikan AKS namun kali ini penulis
lebih berminat untuk mengatakan SH-60B Seahawk adalah yang terbaik dan sesuai dengan
keperluan TLDM.
SH-60B Seahawk
adalah dalam kategori pesawat ringan pelbagai guna (LAMPS Mk III) keluaran
Sikorsky Aircraft Corporation yang dianggap di antara helikopter maritim yang
paling canggih buat masa ini. Misi utama kepada model-B (Bravo) ini adalah untuk
peperangan permukaan, anti kapal selam, anti-Ship
Surveillance and Targeting (ASST) dan lain-lain. Dilengkapi dengan peranti Magnetic
Anomaly Detector (MAD), Sonobuoys termasuk Search
Radar , Electronic
Support Measures (ESM), Forward Looking Infrared (FLIR), Global Positioning
System (GPS), Acoustic
Sensing, Acoustic Processors dan juga berkeupayaan
membawa torpedo,misil dan senjata ringan.
Spesifikasi
ringkas-
Berat maksima: 21,884 lb,
Daya tahan: 3.5 to 6 jam,
Kuasa:
2 General Electric T700-GE-401C turboshaft engines coupled
to a 3,400 shaft transmisi kuasa kuda. Setiap satu enjin dapat menghasilkan
1,662 shaft kuasa kuda.
Range:
450 nautical miles
Mission
Endurance: 4 hours
Dash
Speed: 160 knots
Service
Ceiling: 13,000 feet DA
Rate
of Climb (at sea level): 1,800 ft/min
Rate
of Climb with One Engine (at sea level): 480 ft/min
Krew
yang kelazimannya ada di atas pesawat ini ialah seorang pilot yang memandu ,
seorang pegawai taktikal yang bertanggungjawab di dalam menentukan apakah aset
yang akan digunakan untuk memusnahkan sasaran di dalam situasi taktikal di
samping mengkoordinasikan lain-lain aset di medan dan seorang operator penderia
yang mengoperasikan radar dan MAD serta pentafsir data akustik dan
carilamat.
Secara amnya,
penggunaan helikopter sebagai elemen AKS telah mencetuskan satu pergerakan yang
pantas dan sangat berkesan bergabung tenaga dengan kapal permukaan untuk
mencari sasaran bawah permukaan air. Helikopter tersebut akan menjatuhkan
beberapa sonobuoys dan menggunakan
sistem penderia taktikal yang dipasangkan pada kedua-dua kapal permukaan dan
helikopter bagi mengesan sasaran tersebut. Krew helikopter akan menjejak dan
jika perlu akan membuat serangan ke atas kapal selam dengan torpedo. Sonobuoys ialah penderia yang dibangunkan untuk digunakan bagi
mengesan kapal-kapal selam dengan cara mendengar bunyi yang terhasil dari
putaran aci dan jentera (pengesanan pasif) atau dengan mengeluarkan satu sonar
ping oleh sesebuah kapal permukaan atau kapal
selam (pengesanan aktif).
Sonobuoys pada asasnya mengandungi satu hidrofon, penguat suara,
pemancar radio VHF dan bateri untuk memberi tenaga untuk sesuatu jangkamasa
yang diperlukan. Semua elektronik diletakkan dalam satu silinder dengan dengan
daya apungan sebelum dijatuhkan melalui pesawat atau kapal permukaan dan
isyarat-isyarat radio boleh diterima dalam beberapa batu. Sonobuoys pasif juga boleh digunakan bagi mengesan dan mencatatkan
bunyi hidupan setasea dengan berkesan.
Sonobuoys yang
biasanya digunakan oleh Tentera Laut ialah Low
Frequency and Ranging (LOFAR) dan Directional
Frequency and Ranging (DIFAR). Bathythermograph
sonobuoys akan membuat profil terhadap
kedalaman berdasarkan suhu air di sesuatu kawasan. Dipping
sonar membolehkan helikopter untuk mendengar dan
menghantar isyarat elektronik bawah air semasa dalam keadaan melayang-layang
atau mod diam. Pesawat biasanya melayang pada ketinggian 50 hingga 300 kaki di
atas permukaan laut dan menurunkan transducer ke dalam air dengan menggunakan sistem
powered reel. Transducer boleh diturunkan hingga kedalaman 2,500 kaki dari paras
air. Setelah transducer diturunkan ke satu tahap kedalaman yang dipilih,
kemudian dihidupkan bagi menghasilkan isyarat suara dan menerima gema dari
objek yang berada di bawah air. Gema ini kemudian diolah untuk mengenal pasti
dan mencari potensi ancaman bawah air.
Taktik yang sangat ketara yang boleh membawa pulang
ketumbukan perang ke pangkalan dengan selamat ialah bagaimana kebolehan
menghalang kemaraan angkatan musuh yang sedang mengancam dengan keupayaan
menjejak dan memusnahkannya dalam keadaan memerlukan pada masa dan tempat yang
dipilih atau mampu memandu keluar angkatan dari kawasan operasi (zon bahaya
torpedo/misil) sebelum dimusnahkan oleh musuh. Transformasi strategi boleh
diekploitasi untuk kelebihan taktikal pertahanan di peringkat operasional dalam
konteks peperangan maritim ialah tiada cara lain selain mempersiapkan armada
secepat dan semaksima mungkin mengikut keperluan sejajar dengan keluasan
kawasan tanggungjawab itu sendiri. Perajurit