About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Thursday, March 28, 2019

MOU LIMA19 Meraih Lebih 4 bilion



Langkawi, Kedah, 28 Mac 2019-Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) /Kontrak telah diadakan pada 28 Mac 2019, di Pre-Function Room, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah. Majlis ini berlangsung sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19).

Sejumlah tujuh (7) kontrak Perolehan dan Program Kolaborasi Industri (ICP) di antara Kementerian Pertahanan dan pelbagai syarikat telah ditandatangani di majlis ini, dan disaksikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertahanan.

Manakala, pertukaran enam (6) MOU telah dimeterai, di mana empat (4) telah disaksikan YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan dan dua (2) disaksikan oleh YB Menteri Pertahanan. Selain daripada itu, majlis ini turut menyaksikan penyerahan lapan (8) Surat Niat (LOI) dan sepuluh (10) Surat Setuju Terima (LOA) bagi pelbagai kontrak Perolehan Kementerian Pertahanan, yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian.

Jumlah keseluruhan nilai Perolehan yang dimeterai di majlis ini adalah RM3.67 bilion. Sebahagian besar perolehan ini adalah bagi tujuan penyenggaraan aset-aset pertahanan sedia ada, bagi memastikan keselamatan dan tahap kesiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap yang optimum. Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus mempertimbangkan perolehanaset-aset strategik baharu, dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa serta perkembangan ancaman keselamatan bukan tradisional.

Selain dari pada kontrak-kontrak yang dimeterai di majlis ini, Kementerian juga dimaklumkan bahawa terdapat perjanjian / MOU yang telah dimeterai di antara syarikat-syarikat sepanjang LIMA ’19 berlangsung, yang dianggarkan bernilai melebihi RM500 juta. Ini menjadikan nilai keseluruhan kontrak bagi LIMA ’19 melebihi RM4.0 bilion.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini