About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, November 30, 2009

Keberanian TLDM diiktiraf antarabangsa

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Kejayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mematahkan dua cubaan merampas kapal dagang oleh lanun di perairan Somalia dan Teluk Aden pada tahun lalu dan awal tahun ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Anugerah khas daripada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) itu merupakan penghargaan istimewa kepada individu atau pertubuhan yang mempertaruhkan nyawa dengan menunjukkan keberanian serta kebolehan luar biasa menyelamatkan nyawa orang lain.

Cawangan Perhubungan Awam, Markas Tentera Laut dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Majlis IMO sesi ke-102 yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju untuk mengurniakan anugerah tersebut kepada TLDM.

"TLDM telah menerima anugerah Exceptional Services Rendered to Shipping and Mankind dari IMO pada 23 November lalu," jelas kenyataan itu.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Agung IMO, Efthimious Mitropoulos kepada Kepten Mohamad Adib Abdul Samad di London, United Kingdom.

Mohamad Adib merupakan Pegawai Memerintah KD Indera Sakti yang berjaya mematahkan cubaan lanun merampas kapal China, Zhen Hua di luar pantai Somalia pada 18 Disember 2008 dan kapal India, MT Abul Kalam Azad pada 1 Januari lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Abd. Aziz Mohammed.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini