About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, May 5, 2009

Tentera Wataniah di semua kawasan parlimen - Zahid

BAGAN DATOH 12 April — Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.
Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.
— BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan ini telah dijadikan isu politik oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR dalam satu kenyataan beliau di dalam buletin Keadilan.

Saya sebagai rakyat MAlaysia yang cintakan keamanan merasakan apa yang di suarakan oleh MP berkenaan adalah tidak tepat kerana Askar Wataniah setahu saya tidak digerakkan ke kawasan operasi sehingga melangkau masa piliharaya untuk memaksa mereka mengundi pos.

Penambahan keanggotaan AW ini pada saya adalah kesinambungan kepada konsep HANRUH yang sebelum ini bergerak agak 'slow'.

Masa aman inilah kita perlu persiapkan keanggotaan dengan kemahiran. Suasana aman spt hari ini tiada jaminan untuk kekal selamanya.

Tidak elok isu pertahanan dipolitikkan secara semberono.

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini