About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, March 19, 2019

HUTD - 8 BGD DERMA DARAH


Kelantan 19 Mac  - Acara Derma Darah Peringkat 8 Bgd telah diadakan di Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan pada 19 Mac 2019.
Seramai 353 orang anggota tentera secara sukarela telah menjadi penderma darah dalam acara  ini iaitu seramai 189 anggota di Kem Desa Pahlawan dan 164 anggota di Kem Pengkalan Chepa.
Acara derma darah ini diadakan serentak di semua formasi-formasi Tentera Darat bagi meraikan Hari Ulangtahun Tentera Darat yang ke 86 yang jatuh pada 1 Mac yang lalu.  
Turut hadir, Panglima 8 Bgd, Brig Jen Muhammad Huzaimi bin Sabri, serta Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah pasukan-pasukan di dalam Kem Desa Pahlawan.
Bagi acara di Kem Pengkalan Chepa pula dihadiri oleh Lt Kol Zaabar bin Jaaffar, Ketua Staf MK 8 Bgd bersama Pegawai pegawai Kanan di Kem Pengkalan Chepa. Kesemua darah penderma ini akan disalurkan kepada Tabung Darah Hosp Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan dan juga Hosp Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) Kelantan.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini