About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, January 25, 2019

TEMPAHAN RUANG PAMERAN LIMA'19 MELEBIHI JANGKAAN


Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ‘19)
yang akan berlangsung di Pulau Langkawi pada 26 hingga 30 Mac ini telah menerima sambutan memberangsangkan. Setakat hari ini, peratusan tempahan ruang pameran telah menjangkau 104% dengan jumlah keseluruhan tempahan ruang pameran seluas 10,519 meter persegi terdiri daripada 350 buah syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa yang melibatkan 29 buah negara.

Selain itu, LIMA ‘19 turut menerima penyertaan 12 Pavilion Negara iaitu
Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine,
United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Penyertaan ini membuktikan minat dan
keyakinan tinggi syarikat-syarikat industri pertahanan untuk bekerjasama dengan
Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama dengan industri sedia ada dan juga menarik lebih ramai pemain industri antarabangsa. 

Buat julung kalinya, LIMA ‘19 tahun ini yang juga edisi ke-15 dalam sejarah
penganjurannya, akan dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan
dan Kementerian Pengangkutan dengan tema “Defence and Commercial
Connecting Intelligence”. 

Kerjasama kedua-dua kementerian pada LIMA ‘19 kali ini adalah bagi membuka lebih banyak ruang penyertaan sektor komersial dan pada masa yang sama memperkukuh segmen pertahanan aeroangkasa dan maritim sedia ada.

Istimewa pada penganjuran kali ini, LIMA ‘19 akan dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia yang merupakan pencetus
kepada penganjuran pertama pameran berprestij ini pada tahun 1991, sewaktu
beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 ketika itu.

Pameran akan melibatkan dua lokasi utama iaitu Dewan Pameran
Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi pameran, persidangan antarabangsa, seminar, pameran statik dan pertunjukan udara, manakala Resort World Langkawi (RWL) bagi pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstrasi maritim.

Pameran di MIEC dibuka kepada pelawat awam pada 29 dan 30 Mac manakala
pameran segmen maritim di RWL dibuka kepada semua dari 26 hingga 30 Mac
2019. 

Seperti edisi-edisi terdahulu, penganjuran LIMA menunjukkan kejayaan
Malaysia dalam menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa setanding dengan
penganjuran pameran pertahanan dunia yang lain.

1 comment:

Anonymous said...

How can it be oversold 104% when the organizer is still calling people to offer space today? Is it all just a pack of lies? i saw the floor plan. it looks like a very small show with many booths given away free of charge. Is the organizer making money from all the government companies and agencies? how much of the total sales come from government agency and government link companies? is the government just spending money to make it look like a success? Also many allegations of corruption been spreaded. any investigations or just sweep under the carpet?

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini