About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, April 16, 2018

TLDM DI DSA NATSEC (MITEC)2018


KUALA LUMPUR, 16 Apr – Pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018)
merupakan pameran industri pertahanan yang terulung di rantau ini.
Walaupun pameran ini lebih menjurus kepada elemen pertahanan darat, kehadiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai komponen penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan turut diberi perhatian oleh Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan penganjuran pameran ini memberi impak yang maksimum kepada semua pihak.
TLDM turut terlibat di dalam penganjuran DSA yang terdahulu namun pada sesi
kali ini, Segmen Maritim melalui penyertaan pameran diperkenalkan bagi menarik lebih banyak penyertaan.
Penglibatan angkatan laut negara luar adalah terhad kepada penyertaan
delegasi sebagai tetamu bagi menghadiri pameran tersebut. Seramai 5 orang PTL dan 18 orang wakil PTL telah mengesahkan kehadiran.
Konsep pameran TLDM bagi DSA 2018 adalah bertemakan Program
Transformasi TLDM yang dikenali sebagai RMN Transformation Programme #15to5.
Sepanjang pameran, TLDM turut berkongsi maklumat berkenaan pendekatan inovatif
yang digunakan bagi menyokong program ini selaras dengan penekanan hala tuju
Kementerian Pertahanan dari segi aspek Kesiagaan, Keselamatan dan Diplomasi
Pertahanan.
Ruang pameran RMN’s Pavillion bakal mengadakan Demonstrasi Aplikasi
Kesedaran, Keselamatan dan Komuniti (K3M) 2.0 (SEALERT). Aplikasi K3M versi
sebelum ini telah ditambah baik kepada K3M 2.0 (SEALERT) yang menawarkan lebih banyak aplikasi menjurus kepada peningkatan keselamatan terhadap komuniti maritim.
Secara tidak langsung, pameran ini juga dapat memberi pendedahan kepada delegasi luar yang berkunjung di samping memberikan idea kepada pengeluar industri berkaitan peranan dan sumbangan yang dapat dikongsikan bagi menjayakan DSA 2018.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini