About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, May 1, 2017

Laporan LIMA 2017

Oleh: Paklang Hamzah

Diterbitkan dalam majalah perajurit isu Mei 2017
 

Ketika senario dalam negara menjadi tular oleh sebilangan rakyat dengan momokan negara sedang menghadapi krisis kejatuhan matawang, negara sudah kehabisan wang simpanan, rakyat sudah tidak berwang kesan dari krisis ekonomi dan tekanan dari kenaikan harga barang dan pelbagai tohmahan, namun kejayaan penganjuran Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’17) tidak menggambarkan seperti apa yang ditularkan.  Malah penganjuran LIMA’17 dilihat oleh penganalisis dalam dan luar negara sebagai penganjuran yang paling berjaya setakat ini.
Kejayaan yang dimaksudkan dinilai berdasarkan statistik pencapaian yang dikeluarkan oleh pihak penganjur dengan membuat perbandingan pencapaian dalam beberapa kategori pada LIMA’13 dan LIMA’15. Hasilnya semua kategori menunjukan kelebihan pada LIMA’17 melainkan hanya satu kategori sahaja iaitu kehadiran aset udara berjumlah 101 buah berbanding 110 pada LIMA’15. Kategori lain yang semuanya menunjukkan peningkatan ialah Pempamer, Negara-negara yang mengambil bahagian, Pelawat Perdagangan, Pelawat Awam, Aset Maritim, Nilai Kontrak yang di tandatangani, Ruang Pameran, Delegasi Jemputan dan Negara-negara yang dijemput.
Kehadiran pelawat perdagangan mencecah seramai 40,280 orang, pengunjung-pengunjung awam dalam dan luar negara yang sangat memberangsangkan sehingga mencecah 236,688 orang. Sejumlah 35 perjanjian dan janji niaga dimeterai melibatkan nilai keseluruhan melebihi RM3.8 bilion.  Ianya meliputi 11 kontrak, 12 memorandum persefahaman (MoU), 7 surat persetujuan (LOA) dan 5 surat hasrat (LOI) membabitkan kontrak pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan aset ketenteraan milik ATM.  Syarikat yang terbabit ialah Aerospace Technology System Corp Sdn Bhd (ATSC), Pilatus Aircraft Limited, Airbus Military Sociedad Limitada (Airbus), Europrop International German, Airrod Sdn Bhd, Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd, Seicom System Sdn Bhd dan Destini Prima Sdn Bhd.
Kali ini penganjuran bersama Kementerian Pertahanan dan EN Projects Sdn Bhd buat julung kalinya dengan penglibatan pemain utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sokongan padu agensi-agensi keselamatan kerajaan yang terdiri dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain-lain yang memberi komitmen yang sangat tinggi dan berkesan menjadi asas kepada kejayaan keseluruhan penganjuran LIMA kali ini.
Komitmen padu semua pasukan yang terlibat sebenarnya dibantu oleh kelengkapan canggih sedia ada di dalam pasukan masing-masing yang telah diperlengkapkan oleh kerajaan dari masa kesemasa sebagai melunaskan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh semua agensi-agensi pertahanan dan keselamatan sebelum ini.
Kolaborasi di antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) di dalam siri-siri LIMA mutakhir dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi-demonstrasi maritim yang dipertontonkan kepada umum serta Eksesais Pelbagai Negara Melawan Keganasan (MNCTX) bagi memenuhi keperluan semasa dalam menangani ancaman keselamatan yang tidak dijangka dan datang dalam pelbagai bentuk seperti peristiwa Lahad Datu, Ancaman Militan dan sebagainya. Hakikatnya walaupun KEMENTAH menangani ancaman dari luar negara dan KDN/JPM menangani ancaman dari dalam negara, namun atas dasar keselamatan dan kesejahteraan negara secara umumnya adalah merupakan tanggungjawab bersama malah menjadi tanggungjawab rakyat dari segenap lapisan menyokongnya tanpa kompromi yang sebelum ini telah dibuktikan berjaya melumpuhkan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).
Informasi Umum LIMA’17
Penganjuran LIMA’17 adalah merupakan penganjuran kali ke 14 sejak tahun 1991 dan kali ini penampilan julung kalinya EN Projects (M) Sdn Bhd sebagai Penganjur Rasmi. Lokasi segmen udara bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang mempamerkan pameran utama, pertunjukan udara dan pameran statik.  Manakala lokasi segmen maritim terletak di Resort World Langkawi (RWL) yang menempatkan pameran maritim, demonstrasi atas air dan pertunjukan kapal-kapal tentera laut yang berlabuh dan bertambat di dermaga.  Skop pameran adalah tertumpu kepada:
- Aerospace and Maritime defence, civil  and security.
-Training and simulation.
-Commercial Aviation (General Aviation, Corporate and Business Aviation, Maintennance, Repaire and Overhaul).
-Airports and Airports services.
-Commercial Maritime (Marine Maritime, Federal Port Authorities, Port Operators, Port Auxilliar sevices and Cruise Liners).
Seperti mana penganjuran siri-siri LIMA yang lepas program dibahagikan kepada beberapa acara iaitu Acara-acara Rasmi, Persidangan dan Seminar, Jamuan Rasmi dan Makan Malam dan Acara-acara Sampingan yang mana LIMA’17 telah berjaya mewujudkan acara-acara baharu dari masa kesemasa.
Pada 21 hingga 23 Mac pameran hanya dibuka kepada pelawat-pelawat perdagangan dan delegasi-delegasi dan pada 24 hingga 25 Mac pameran dibuka kepada pelawat-pelawat awam.
Dewan Pameran di kedua-dua segmen dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang. Pameran Statik Pesawat dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang kepada delegasi dan pelawat perdagangan dan dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dibuka kepada pelawat awam.
-Pertunjukan Udara untuk hari perdagangan adalah pada jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang dan untuk pelawat awam diadakan 2 sesi iaitu pada jam 10.00 hingga 12.00 pagi dan 2.30 hingga 4.30 petang.
-Kapal dibuka untuk lawatan wakil perdagangan dan delegasi pada 21 Mac dan  untuk pelawat awam pada 22 hingga 25 Mac  jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Demonstrasi bot pada 23 hingga 25 Mac jam 10.00 hingga 12.00 pagi dan Demonstrasi Maritim pada 24 hingga 25 Mac jam 4.30 hingga 5.30 petang dibuka untuk semua pelawat.
-Bayaran kemasukan ke Pavillion Segmen Udara dan ke Pavillion Segmen Maritim dikenakan kepada pelawat perdagangan sebanyak RM100.00 dan pelawat awam sebanyak RM 10.00 setiap seorang. Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi lawatan ke kapal-kapal.
Negara-negara Pempamer Terlibat
Sebanyak 555 buah kompeni dari 36 buah negara mengambil bahagian sebagai pempamer di kedua-dua segmen. Negara-negara terbabit ialah Australia, Austria, Belarus, Belgium Brazil, Brunei Darussalam, Canada, China, Czech Republic, Estonia, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Ireland, Italy, Japan, Lithuania, Malaysia, Netherlands, Norway, Philipines, Poland, Russia, Singapore, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Thailand, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kindom, United State of America dan Ukraine.
-Austria, Brazil, Brunei, Estonia, Hong Kong, Philipines, Poland, Thailand, The Netherlands dan Ukhraine adalah merupakan 10 buah negara yang buat julung kali menyertai LIMA.
Senarai Pesawat Terlibat
23 buah pesawat dari 3 tim aerobatik telah mempamerkan kehebatan masing-masing dengan aksi-aksi yang memukau penonton.
-Tim aerobatic Black Eagles dari Korea Selatan menggunakan 9 pesawat jenis KAI T-50B buat pertama kali beraksi di LIMA.
- Tim aerobatik Jupiter dari Indonesia menggunakan 8 buah pesawat jenis KT-1B.
- Tim aerobatik Russian Knights dari Russia menggunakan 6 buah pesawat jenis Su-30 SM.
- 6 buah pesawat mempamerkan aksi secara solo iaitu SU-30 MKM dan F/A 18D dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat Rafale dari France, Gripen 39C/D dari Thailand dan 2 buah pesawat B-1B dari USA yang membuat penerbangan lintas hormat dalam acara perasmian.
LIMA’17 telah menghadirkan 101 buah pesawat keseluruhannya dari pelbagai negara di segmen udara.  60 buah pesawat daripadanya terlibat di dalam pertunjukan udara.
-Pesawat-pesawat tersebut ialah 5 buah SU-30MKM (TUDM), 4 buah F/A-18D (TUDM), 6 buah Hawk 108/208 (TUDM), 3 buah A400M (TUDM), PC 7 MKII (TUDM), 8 buah KT-1B Jupiter (TNI-AU), 9 buah KAI-T50B Black Eagles (ROKAF), 5 buah SU-30SM (Russian AF), 1 buah Gripen (RTAF), 1 buah Rafale (France AF), 2 buah B-1B (USAF),  (fly past) 1 buah Airbus 380(MAB) (flypast), 1 buah Airbus (MAB), 1 buah Super Lynx (TLDM), 1 buah Fennec (TLDM), 1 buah CL-415 (APMM), 1 buah Agusta AW 139 (APMM), 1 buah Dauphin AS365 (APMM), 1 buah AS355 (PDRM).
-41 buah lagi pesawat yang berada di pameran statik sepanjang LIMA’17 berlangsung iaitu SU-30MKM (TUDM), F/A-18D (TUDM), CN235 (TUDM), EC725 (TUDM), A400M (TUDM), S61A-4 (TUDM), Super Lynx (TLDM), Fennec (TLDM), Agusta A109 (PUTD), CL-415 (APMM), Agusta AW 139 (APMM), Dauphin AS365 APMM, MI-17 (BOMBA), Agusta AW 139 (BOMBA), Leajet 60 (DCA), F-15SG (RSAF), AH 64 Apache(RSAF), C17 (RAAF), P-3 Orion (RAAF), Gripen (RTAF), KC-135 Stratotanker (USAF), Gulfstream G550 (USAF), King Air C-12 (USAF), 2 buah F/A-18 Super Hornet (USN), P-8 Poseidon (USN), MH-60 Seahawk (USN), IL-76 (RussianAF), Airbus Heli H135 P3 (Aerial power lines), Piaggio Avanti (Aerial Power Lines), H130 (Heli) (Airbus), Typhoon (FSR)(Eurofighter Typhoon), Diamond 40 (HM Aerospace), Diamond 42 (HM Aerospace), Agusta AW 139 (Leonardo), Falcon 900LX (Dassault Aviation), Kodiak 100 (Sapura Aero), MD 600N Helicopter (Sapura Aero), MQ-1 Predator UAV (USAF).
Penglibatan Aset-aset Maritim
Keseluruhan 62 buah kapal, bot, Sea plane  AUV/UAV/SUV dari pelbagai saiz dari negara-negara peserta telah mengambil bahagian di mana kapal-kapal besar bersauh di Perairan dermaga Star Cruise Resort World Langkawi.  Tujuh buah kapal bertambat di dermaga untuk dibuka kepada pelawat-pelawat iaitu ITS CARABINIERE, KM BAGAN DATUK, USS CORONADO, JS TERUZUKI, KRI BANJARMASIN, INS CORA, BNS PROTOY dan Kapal Selam KD TUN RAZAK.
-Sebanyak 41 buah kapal yang bertambat dan bersauh  ialah KD SRI INDERASAKTI (TLDM), KD JEBAT (TLDM), KD KASTURI (TLDM), KD LEKIR (TLDM), KD TUN RAZAK (Kapal Selam TLDM), KD SELANGOR (TLDM), KD PERANTAU (TLDM), KD MUTIARA (TLDM), KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL (TLDM), KD LAKSAMANA HANG NADIM (TLDM), KD PERDANA (TLDM), KD GEMPITA (TLDM), KD KINABALU (TLDM), KD MAHAMIRU (TLDM), KLD TUNAS SAMUDERA (TLDM), GAGAH SAMUDERA (TLDM), MV MEGA BAKTI (TLDM), KM MARLIN (APMM), KM PERWIRA (APMM), KM BAGAN DATUK (APMM), KM PEKAN (APMM), KM SUGUT (APMM), PT 2 (PDRM), MV PEDOMAN (MMD), MV SUHAIL (MMD), RV DISCOVERY (UMT), ITS CARABINIERE (ITALIAN NAVY), JS TERUZUKI (JMSDF), INS KORA (INDIAN NAVY), PNS SAIF (PAKISTAN NAVY), PNS NASR (PAKISTAN NAVY), HMAS LAUNCHESTON  (RAN), RSS TENACIOUS (RSN), BNS PROTOY (BANGLADES NAVY), HTMS PHUKET (RTN), SLNS SAYURA (SRI LANGKA NAVY), USS CORONADO (USN), DINH THIEN HONG (VIETNAM PEOPLE’S NAVY), KRI BANJARMASIN (TNI-AL), KRI HALASAN (TNI-AL), BRP ANDRES BONAFICIO (PHILIPINES NAVY).
-Sebanyak 16 buah bot dengan penugasan masing-masing berada di persekitaran RWL iaitu 2 buah CB 90 (TLDM), 4 buah kelas PENGGALANG (APMM), 1 buah kelas PENYELAMAT (APMM, 2 buah kelas PERENTAS (KDM), 4 buah kelas PENUMPAS (KDM), 2 buah kelas PERONDA LAJU (Jabatan Perikanan) dan 1 buah CJ66 FAST INTERCEPTOR CRAFT (Muhibbah Engineering).
-Turut mengambil bahagian dalam pameran ini ialah sebuah Sea Plane AIRFISH 8 (Wigetworks Singapore) yang bertambat di jeti terapung sementara RWL. Meskipun ianya boleh terbang seperti pesawat namun ia dikategorikan sebagai kapal laut ia hanya mampu terbang dua hingga tujuh meter dari aras permukaan laut dan diwajibkan mematuhi undang-undang lalu lintas laut sewaktu mengendalikannya.
- 4 buah kenderaan tanpa pemandu turut tersenarai sebagai aset maritim menemui pengunjung. Di antaranya ialah FULMAR (UAV) telah pun dibeli untuk kegunaan APMM dan terpasang di kapal KM BAGAN DATUK. ACS 30 (UAV) keluaran Skyeton Aircraft (Ficantech). TELEDYNE (AUV) keluaran MAST dan SEA WASP (ROV) keluaran SAAB.

Penutup

Kejayaan luar dugaan penganjuran LIMA kali ini merupakan manifestasi kepada kestabilan ekonomi dan politik yang membawa kepada keyakinan perdagangan dan keselamatan kepada entiti negara-negara luar yang telah membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam acara LIMA’17 ini.
Peningkatan RM1.68 bilion pemeteraian kontrak  MoU/LoA/LoL oleh KEMENTAH memberi petanda bahawa kerajaan memandang serius kepada soal kesiapsiagaan ATM dengan memberi keutamaan kepada jalinan kerjasama dan persefahaman serta pemindahan teknologi dengan negara-negara pengeluar, perolehan aset strategik, penambahbaikan, penyelengaraan, pemanjangan hayat serta pemodenan  aset-aset sedia ada dengan tidak menjadikan kekangan ekonomi negara sebagai alasan demi menjamin kedaulatan negara berada di tahap tertinggi.
Antara lain LIMA’17 banyak memberi manfaat kepada industri pertahanan negara dari segi penghasilan dan pengembangan inovasi peralatan strategik yang mampu memenuhi kepeluan operasi.
Bagi rakyat Langkawi khususnya, acara dwi tahunan ini memberi impak yang sangat positif di dalam sektor pelancongan serta pembangunan infrastruktur dan peningkatan hasil rakyat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjana kepada pembangunan ekonomi rakyat. 

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini