About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, February 12, 2016

Perginya Seorang Pahlawan


Seorang lagi wira negara iaitu Kapt. Dato’ Hamid bin Awang (Bersara) SP kembali ke rahmatullah pada 12 Feb 2016.  Beliau telah dilahirkan pada  20 Nov 1947 di Kuala Terengganu dan menyertai tentera darat pada 27 Dis 1966.

Mengimbau perkhidmatan beliau yang membawa kepada penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan yang paling tinggi sekali iaitu Seri Pahlawan gagah Perkasa (SP) semasa beliau berumur 26 tahun pada 6 Jun 1973 ialah kerana keberanian dan kecemerlangannya semasa membuat gerakan di Sarawak.

Pada 7 April 1973, beliau yang mengetuai Ketua Kompeni D Batalion Ke2 RAMD telah mendapat maklumat 40 ke 50 anggota Parti Gerakan Komunis (PGK) yang akan berkumpul di gunung Pueh, Lundu Sarawak.

 Beliau telah mengesan satu perkemahan kumpulan PGK dan telah mengambil tindakan melancarkan serangan dengan tembakan meluru senjata M79 ke arah kedudukan PGK.  Dalam pertempuran tersebut Pasukan Kompeni D telah berjaya membunuh 3 orang PGK serta merampas 3 laras senjata automatic, peluru dan peralatan lain.


Allahyarham telah meninggalkan seorang balu  Datin Fauziah Binti Md Isa dan 2 orang anak.  Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan, jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan RAMD Port Dickson Negeri Sembilan.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini