About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, March 7, 2015

LIMA'15 Dijangka Lebih Hebat

LIMA'15

Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2015 (LIMA'15) akan berlangsung  pada 17 hingga 21 Mac pada dasarnya sudah bersedia untuk menyambut  ketibaan syarikat-syarikat pempamer dari seluruh dunia.

Setakat ini sebanyak 512 syarikat  aeroangkasa dan maritim dari 36 buah negara telah mengesahkan penyertaan pada pameran kali ini.

Angka ini sekali gus telah melepasi angka sasaran LIMA'15 iaitu 476 syarikat pempamer yang dijangka sebelum ini dan  pertambahan sebanyak 79 buah syarikat (lebih 18% ) berbanding dengan penyertaan  LIMA'13 yakni 433 syarikat pempamer. Ini merupakan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjuran LIMA.

LIMA'15 juga bakal mencatat rekod dalam siri penganjurannya dengan penyertaan terbesar dengan kehadiran 113 buah pesawat berbanding 78 buah pesawat pada LIMA'13.  Angka ini termasuk penyertaan kelompok 5 buah syarikat pengeluar utama helikopter dunia (top 5) iaitu Airbus Helikopters, Boeng, Sikorsky, Agusta Westland, Bell Helicopter serta penyertaan syarikat lain seperti MD Helicopters dan Russian Helicopters.

Selain pesawat,  penyertaan kapal pada LIMA'15 ini juga telah mencatat angka terbesar iaitu 65 buah kapal setakat ini berbanding penyertaan 63 buah kapal pada LIMA'13.

70 peratus daripada syarikat-syarikat aeroangkasa dan maritim terbesar dunia dengan market capitalization melebihi USD 500 billion turut menyertai LIMA'15.

Lima negara telah megesahkan penyertaan untuk pertunjukan aerobatik termasuk dari negara China yang belum pernah menyertaan mana-mana pameran aeroangkasa di luar China.

LIMA'15 akan menampilkan 17 negara pavilion termasuk pemain-pemain utama di peringkat antarabangsa dan serantau sepertiAmerika Syarikat, United Kindom, Korea Selatan, Australia, China dan Jepun. Malah LIMA'15 merupakan pameran pertama di dunia menerima pempamer dari jepun  berikutan kelonggaran sekatan eksport pertahanan Jepun pada 2014.

LIMA'15  bakal mencipta sejarah tersendiri dengan kehadiran Menteri Pertahanan Asean yang paling ramai melalui Mesyuarat Menteri-menteri PertahananAsean (ADMM) yang julung kali diadakan semasa LIMA. Antara agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini merangkumi ancaman kumpulan Islamic State (IS) dan persediaan ASEAN menghadapinya.

Sebagai satu agenda strategik negara dalam usaha menambah daya tarikan pelancong, LIMA'15 merupakan penzahiran hasil dan teknologi terkini dalam bidang maritim dan aeroangkasa dengan meletakkan pameran ini sebaris dengan pameran-pameran pertahanan dan maritim utama dunia yang lain seperti International Defence Exhibition and Confrence (IDEX) dan Australian International Airshow and Aerospace & Defence Exposition (AVALON). MP


No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini