About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, March 2, 2009

Tentera Darat lengkapkan perolehan radar 3D

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR 1 Mac – Tentera Darat telah melengkapkan perolehan kedua radar TRML-3D bagi memantapkan sistem pengawasan pertahanan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, sistem itu dikira telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat namun belum boleh beroperasi sepenuhnya.

‘‘Sistem radar itu kini menjalani sesi ujian dan latihan sebelum boleh mencapai tahap operasi,” katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-76 Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

TRML-3D merupakan sistem radar tiga dimensi dan sesuai digunakan untuk pengawasan jarak sederhana.

Selain itu katanya, Tentera Darat juga telah mula menerima pakej kedua Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dari Brazil baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, senjata itu sedang menjalani beberapa siri ujian dan penerimaannya dijangka dilengkapkan sebelum penghujung tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhammad Ismail menegaskan, perubahan doktrin dan perolehan aset Tentera Darat adalah sejajar dengan keperluan peperangan konvensional.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini