About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, July 29, 2022

MALAYSIA NEGARA MARITIM:PENDEKATAN BERSEPADU

Kuala Trengganu, 28 Julai - Satu Seminar Maritim peringkat  Kebangsaan telah berjaya dilaksanakan di Auditorium INOS, Universiti Malaysia Terengganu (UMT),  hari ini. 


Seminar Maritim Kebangsaan (SMK 2022) yang bertemakan ‘Malaysia Negara Maritim: Pendekatan Bersepadu’ ini adalah sebagai pendahuluan kepada National Maritime Conference (NMC) 2023 yang bakal dilaksanakan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) nanti. 


Pada asasnya, objektif SMK 2022 ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli akademik  dan pelajar dalam bidang maritim di Malaysia untuk berkongsi dan bertukar amalan dan pengetahuan untuk kebaikan bersama.


Seminar sehari ini adalah anjuran bersama Pusat Strategi Maritim dan Sejarah, Tentera Laut Diraja Malaysia (PUSMAS TLDM), Institut Oseanografi Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri. 


Buat julung kalinya SMK diadakan di pantai timur Malaysia.  Ianya  bertujuan untuk membentuk   kesedaran terhadap isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal maritim di samping meningkatkan kerjasama di antara agensi pemegang taruh yang hadir, sesuai dengan konsep Whole of Government yang diadaptasi kerajaan Malaysia.


Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Wilayah Laut 1 dalam ucapan penutupnya antara lain menyebut, SMK 2022 ini dilaksanakan bagi mengangkat agenda dan martabat Malaysia sebagai sebuah negara maritim. Agenda ini mula diangkat semula sejak NMC 2019 sehinga kembali mendapat perhatian khusus di dalam  penghasilan kertas putih    pertahanan 


Antara panelis yang telah berkongsi pengalaman dan pendapat dalam SMK 2022 ini ialah Laksamana Pertama Yusne bin Mokhtar mewakili TLDM yang telah bercakap mengenai topik Keselamatan Maritim, Professor Wan Izatul Asma binti Wan Talaat mewakili UMT berkongsi mengenai Tadbir Urus Lautan manakala Tuan Shaharuddin bin Onn dari Kementerian Luar Negeri telah menjelaskan tentang dasar dan polisi hubungan antarabangsa dalam hal ehwal maritim negara.


Pelancaran Buku


Semasa SMK 2022 ini juga satu Majlis Pelancaran Buku Malaysia A Maritime Nation Agenda: Charting The Passage telah dilancarkan secara bersama oleh Profesor Dr. Marinah binti Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor UMT yang mewakili Naib Canselor UMT dan Laksamana Muda Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, Panglima Wilayah Laut 1. 

Menurut  Laksda Dato Zulhelmi, secara dasarnya buku ini mengupas mengenai isu-isu maritim yang ditulis oleh ahli akademik dan pemegang taruh hal ehwal maritim. Buku ini dihasilkan dengan kerjasama PUSMAS TLDM dan Institut Oseanografi Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (INOS-UMT) dan ia merupakan manifestasi kejayaan NMC 2019 yang telah dianjurkan semasa LIMA’19. 

Selain itu PUSMAS TLDM dengan kerjasama UMT juga kini dalam proses menerbitkan  buku edisi kedua yang bertema Steering The Course yang dirancang utk dilancarkan semasa NMC 2023 kelak


Sunday, July 17, 2022

RIMPAC 2022: MISIL LEKIR TEPAT KE SASARAN

 


Hawaii, 16 Julai-  Ex-USS Rodney M. Davis, sebuah Guided  Missile        Frigate daripada kelas Oliver Hazard Perry (OHP) yang merupakan kapal sasaran untuk latihan ini terkena tembakan misil EXOCET MM40 yang dilancarkan oleh Kapal Diraja (KD) LEKIR milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat  dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the  Pacific (RIMPAC) 2022 sejak 12 Julai 2022 lalu yang melibatkan unit-unit dari Australia, Kanada, Malaysia dan Amerika Syarikat. 

Fasa latihan di laut  selama 22 hari bermulai 11 Julai yang melibatkan 38 buah kapal, empat buah kapal selam  dan lebih daripada 170 buah pesawat milik 26 negara. 

KD LEKIR sebelum ini juga telah berjaya melancarkan misil dari jenis yang sama iaitu pada 22 Mei 2022 yang  lalu semasa Eksesais TAMING SARI 21/22 di Perairan Selat Melaka Utara. 

KD LEKIR dari kategori kapal frigat yang membawa peluru berpandu (FFG)  yang pertama membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia. Kapal korvet kelas Kasturi seberat 1,500 tan (1850 tan berat penuh) merupakan perolehan 1983/84 bersama sebuah lagi KD KASTURI yang masih berfungsi dengan baik.

Kejayaan ini sekali gus telah meletakkan nama baik TLDM khususnya dan Malaysia umumnya di persada antarabangsa kerana keupayaan Navy People menjaga aset yang agak berusia ini dengan baik dan masih berupaya bersaing dengan kapal-kapal dari luar negara. 

Penembakan  tersebut telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Mohd Reza  bin Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat; Laksamana Pertama Farizal  Myeor di K. Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.

“RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability di antara  angkatan laut yang mengambil bahagian. Penyertaan ini merupakan satu pengalaman  yang menambah nilai profesionalisme kru KD LEKIR,” ujar Panglima Tentera Laut. 


Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini