About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, November 8, 2022

OP BENTENG – 5 PATI DITAHAN DI DUA LOKASI

 



TANAH MERAH dan KUALA NERANG, 7 NOVEMBER 2022 - 2 kes tangkapan Pendatang Tanpa Izin (PATI) melibatkan 2 orang warganegara Pakistan dan 3 orang warganegara Thailand yang cuba masuk ke Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini. 

Kejadian tersebut berlaku di Bukit Bunga, Kelantan di sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) dan di Kuala Nerang, Kedah di sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd). Kesemua PATI yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Turut dirampas dalam kedua-dua kejadian adalah 2 kad pengenalan diri warganegara Pakistan, 2 passport warganegara Pakistan, 1 kad pengenalan diri warganegara Thailand, 2 beg pakaian, 2 buah motosikal jenis Honda Wave, 4 unit telefon bimbit, matawang Malaysia dan matawang Pakistan dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM 4,635.88. 

Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga dan Balai Polis Kuala Nerang.

Friday, November 4, 2022

OP BENTENG – 30 PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) DITAHAN

 


BUKIT KAYU HITAM, 03 Nov  - 30 orang PATI warganegara Myanmar yang cuba masuk ke Malaysia melalui sempadan negara Malaysia-Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah telah ditahan oleh anggota bertugas bersama Tim Quick Respond Force (QRF) Briged Keenam Infantri Malaysia.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah lelaki warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur antara 15 hingga 42 tahun terdiri daripada 26 lelaki dan 4 wanita.

Turut dirampas adalah 27 buah telefon bimbit, wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand, 24 kad pengenalan warga Myanmar dan 1 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM 17,163.10. Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam. 

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini