About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Wednesday, January 1, 2020

EKS LATMA ELANG MALINDO MENCAPAI OBJEKTIF

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit edisi Jan 2020

Oleh: Paklang Hamzah/ Foto: PR TUDM





Latihan Bersama (LATMA ELANG MALINDO) di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) telah berlangsung dengan jayanya berkongsepkan Field Training Exercise (FTX) atau Air Maneouvre Exercise (AMX).  Latihan yang bertemakan Convensional Warfare (CW) ini melibatkan penerbangan taktikal/peperangan yang mempunyai persamaan kedua-dua negara.

Ex LATMA ELANG MALINDO siri ke 27 ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 17 hingga 26 Nov 2019 di Pangkalan Udara Butterworth telah melibatkanaset-aset TUDM iaitu 5 buah pesawat Hawk 108/208 dari No 6 Skuadron dan sebuah pesawat C-130H dari No 20 Skuadron.  Manakala TNI-AU telah memperuntukan 5 buah pesawat Hawk 109/209 dari Skuadron 12 dan 2 buah pesawat C-130H dari Skuadron 31.



Antara objektif yang disasarkan dalan eksesais ini ialah bagi mempertingkatkan kemampuan kebolehoperasian kedua-dua angkatan udara dalam aspek keanggotaan, peralatan dan prosedur operasi.  Di samping memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik pertahanan serta persefahaman di antara kedua-dua angkatan udara yang telah lama terjalin.

Eksesais yang telah melibatkan penerbangan berskala besar dan berisiko tinggi ini telah membuktikan komitmen dan kemahiran tinggi dari setiap intisipasi anak-anak kapal dan juruterbang.  Ia juga membuktikan TUDM dan TNI-AU sentiasa menekankan kesiapsiagaan yang tinggi di samping bersedia dalam menangani ancaman di wilayah perbatasan Malaysia dan Indonesia apabila diperlukan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Staf Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jeneral Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.  Hadir sama dalam majlis ini ialah Asisten Operasi KASAU Marsekal Muda TNI Omar Sugeng Hariyono dan delegasi TNI-AU serta pegawai-pegawai Kanan TUDM. 

Tuesday, December 3, 2019

Penerbangan Mercy Flight/Ops Murni


GONG KEDAK, 3 Dis 19 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 3.14 pagi tadi telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa pesakit warga emas, Ahmad bin Nizal, 77 tahun mengalami serangan jantung dan juga terkena gigitan lipan.

Pesakit, Ahmad telah diterbangkan oleh pesawat EC725AP dari Padang Bola FELCRA Keruak ke Pangkalan Udara Gong Kedak bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Jerteh.

Pesawat telah dikendalikan Mejar Nor Ismazairee bin Ismail TUDM dan pembantunya Kapten Mohammad Fais bin Abdul Halim TUDM serta dua anggota Kuartermaster Udara (AQM) dan empat anggota Search & Rescue (SAR).

Penerbangan Mercy Flight/Ops Murni yang dilaksanakan pagi tadi merupakan kali keempat oleh TUDM setelah bencana banjir melanda di sekitar daerah Besut.

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah Pegawai Perubatan Angkatan Tentera, Mej (DR) Muhammad Fitri bin Daud bersama seorang staf perubatan.


Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini