About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, March 20, 2015

PENYERAHAN NURI TUDM KEPADA TDM



Perubahan warna yang lebih berkongsepkan penyamaran


Pesawat Sikorsky S61A-4 mula dioperasikan oleh TLDM sejak tahun 1967 dalam melaksanakan misi pengangkut trup, ulang bekal, Casevac/Medivac malah untuk operasi-operasi SAR. Jumlah pesawat adalah sebanyak 38 buah yang lebih popular dengan nama NURI.
Sehingga kini NURI sudah pun menjangkau usia 48 tahun dalam perkhidmatan TUDM dan purata jam penerbangan  setiap pesawat ialah 14,000 jam.  Untuk tempoh yang sama negara-negara lain yang menggunakan pesawat yang sama telah mencapai 60,000 jam penerbangan.
Dengan jumlah jam penerbangan yang  sangat kurang berbanding dengan negara lain di samping dengan pencapaian jumlah jam yang agak rendah  ini maka Syarikat Aerod Sdn Berhad telah mengesahkan bahawa pesawat NURI mampu untuk beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya 15 tahun lagi.
Bertitik tolah daripada penerimaan pesawat EC725 oleh TUDM memungkinkan  kepimpinan tertinggi ATM dan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan mengambil keputusan untuk menyerahkan 12 buah pesawat NURI kepada TD  sebagai memenuhi keperluan penubuhan Rejimen helikopter utility manakala 15 buah pesawat lagi kekal di dalam inventori TUDM.
Majlis penyerahan pesawat NURI di LIMA’15 merupakan penanda bermulanya penyerahan pesawat ini oleh TUDM kepada TD secara berperingkat. Empat buah pesawat pertama yang telah  diserahkan secara  hot transfer   akan digunakan oleh TD sebagai pesawat latihan bagi menyediakan tenaga mahir TD mengoperasikan pesawat tersebut.
Seperti yang telah dirancang, semua pesawat NURI samada milik TUDM atau TD akan dinaik taraf melalui Program Naik Taraf Pesawat  NURI (NUP).  Paparan kokpik pesawat akan dinaik taraf kepada glass cockpit yang melibatkan sistem navigasi, komunikasi dan kebanyakan analog instrument yang lain.
Penaikkan taraf yang melibatkan system-sistem tersebut bakal mengurangkan  workload kepada juru terbang, meningkatkan keupayaan pesawat, mengurangkan berat keseluruhan pesawat, mudah untuk diselenggara dan dapat menyelesaikan obsolescence issue serta menjamin kemudahan bantuan selenggaraan berterusan di hadapan. MP

Tuesday, March 17, 2015

Penyertaan APMM di LIMA’15




Lawatan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti Resort World
Langkawi 17 Mac- Sempena Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA’15), beberapa aktiviti yang akan disertai oleh Maritim Malaysia yang merupakan penyertaan kali ke-6  Maritim Malaysia (MM) di LIMA Langkawi. 

Sejumlah 9 aset laut agensi ini yang terlibat iaitu KM PERWIRA, KM MARLIN, KM SIAGIN, KM TENGGOL,  BOT  PENGGALANG 26, BOT  PENGGALANG 27, BOT  PENGGALANG 40, BOT PENYELAMAT 5 dan BOT KILAT 6.

Sementara 3 aset udara MM iaitu pesawat Bombardier, helicopter, Augusta dan Dauphin. Seramai 150 pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) penguatkuasa MM turut terlibat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MM ialah:

1.       Pameran di dua lokasi iaitudi MIEC dan pameran kerjaya di Pavilion TLDM di Resort World yang dibuka setiap hari.
2.       Pameran di MIEC dibuka kepada pengunjung pada 20 dan 21 Mac 2015 (Jumaat dan Sabtu).
3.       Lawatan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti Resort World pada 17 Mac.
4.       Lawatan Timbalan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti Resort World pada 18 Mac.
5.       Demonstrasi yang melibatkan 3 aset MM iaitu CLB415 dan 2 helikopter Dauphine dari 17 hingga 21 Mac 2015 di Resort World Langkawi.
6.       Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) perkongsian strategi  MM dengan Petronas. MP

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini