Pages

Sunday, March 31, 2013

DEMONTRASI KHAS MARITIM TARIKAN UTAMA LIMA’13

Oleh Hamzah hd.

Demonstrasi khas maritim adalah di antara acara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung-pengunjung yang hadir dan  menjadi tarikan utama di segmen maritim yang diadakan di Jeti world Resort porto Malai sempena LIMA 2013.

Demonstrasi khas tersebut merupakan gabungan pergerakan 20 buah aset dari agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.  Demo ini diterajui oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).  Manakala syarikat swasta yang terlibat ialah MSET Sdn Bhd dan Syarikat Alaf Strategi.


CB90 TLDM
APMM
KDRM

Demontrasi khas maritim ini yang dilaksanakan selama lebih kurang 1 jam telah mempamirkan gabungan pergerakan dan keupayaan aset permukaan serta udara dari semua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat.  

Ianya berkongsepkan Strategi Lautan Biru (NBOS) yang dibahagikan kepada 4 fasa pertunjukan iaitu Pembinaan Situasi Demo, Demontrasi Menyelamat Di darat, Demonstrasi Menyelamat Maritim serta Pertunjukan Bot dan Lintas Hormat.  

Pesawat-pesawat yang terlibat ialah Super Lnyx combat dan Fennec dari TLDM, Dauphin AS 365-N3 dan Agusta AW 139 dari APMM.

PASKAL menyerbu  ke atas kapal yang dirampas dari udara
Sementara  Dauphin APMM memantau rapat


Bot Kastam memantau situasi
Anggota STAR menyerbu tempat persembunyian musuh
Sasaran diletupkan
Pada demonstrasi kali ini juga telah mempamirkan buat julung kalinya acara terjun bebas dari ketinggian 5000 kaki dengan menggunakan alat selam dan persembahan keupayaan anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dicampakkan ke laut.

anggota PASKAL membuat penerjunan
Anggota PASKAL menunjukkan kemahiran berenang ke sasaran dengan anggota tangan dan kaki diikat
Satu lagi pertunjukan yang mendapat perhatian penonton ialah aksi pesawat Bombardier Maritim Malaysia turun ke permukaan air untuk melakukan  water scooping.  Pesawat ini berkemampuan menyedut air sebanyak 6000 liter dalam masa 12 saat dan terbang untuk mengambil posisi sebelum melaksanakan pemadaman api dari udara atau biasa dipanggil water bombing.
Bombardier APMM
Natijah daripada demontrasi ini ialah kolaborasi antara elemen-elemen penguatkuasa maritim seharusnya sentiasa seiring dan berganding bahu memperkemaskan keupayaan bagi menzahirkan suasana perairan negara aman dan kondusif kepada pengguna-pengguna di dalam zon maritim negara. Minda Pertahanan


No comments:

Post a Comment