Pages

Monday, August 4, 2008

PENYELAKU ANJUNGAN – MODIUL PELENGKAP MELATIH MODAL INSAN TLDM

Sumber: Majalah Perajurit Edisi Dis 2007
Oleh: Hamzah h.d

Sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan sangat bertuah kerana ada unsur kesamarataan pihak kerajaan membuat pendekatan dalam pengagihan belanjawan negara. Di samping memberi sepenuh kecaknaan pembangunan rohani dan jasmani negara, ATM juga kelihatan tidak terabai dan menerima impak perolehan mengikut keperluan semasa pertahanan.

Peningkatan keupayaan angkatan laut negara dilihat bukan sahaja dari sudut penambahan aset-aset tempur seperti perolehan kapal-kapal moden bermula se awal tahun 90an dengan pengoperasian Korvet kelas Kasturi, Mini Korvet Kelas Laksamana, Frigat 2000 Kelas Lekiu diikuti dengan NGPV(New Generation Patrol Vessel) Kelas Kedah. Malah yang sedang dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia ialah kepulangan dua buah kapal selam SCOPENE Kelas Perdana Menteri ke persada tanah air. Demikian juga dua buah lagi yang sedang ditempah iaitu Frigate 2000 Kelas Lekiu Batch 2.

Seiring dengan penambahan aset-aset yang berkonsepkan float move and fight, peningkatan diteruskan tanpa menoleh ke belakang dengan pemodenan aset-aset udara seperti Mk 300 Super Lynk dan Fennec untuk digandingkan dengan platform terapung sebagai peninjau musuh melampaui ufuk (OTHT) malah kehadiran yang berupaya berpencak dalam konteks peperangan bawah permukaan (ASW) dan alangkah moleknya jika dipping sonar diberi peranan dalam kelengkapan ini.

Pembangunan prasarana juga diseiringkan dengan pembinan pangkalan-pangkalan baru yang terkini di Langkawi dan Telok Sepanggar Sabah yang dilengkapi dengan segala kemudahan moden untuk tujuan riadah dan pembangunan modal insan.

Persediaan Modal Insan Berkualiti

Sejajar dengan perkembangan, penambahan dan pemodenan aset tempur dan aset sokongan, TLDM turut merencanakan sesuatu untuk pemantapan wacana ilmu modal insan yang mengoperasikan aset dan peralatan supaya menghasilkan satu input yang membanggakan negara dalam permainan olah perang di samudera.

Modiul-modiul latihan dibina dan dipertingkatkan kualiti untuk memenuhi keperluan semasa. Di peringkat awal, TLDM memiliki PUSTAKMAR (Pusat Taktikal Marin) untuk mengasah minda dan kemahiran dalam konteks Aksi Informasi dan Organisasi (AIO) terkini ialah Penyelaku Anjungan (Bridge Handling) dan Penyelaku Kawalan Kerosakan (DCFF) sedang dioperasikan di bawah naungan Markas Pendidikan dan Latihan.

Tim Panduarah di anjungan dalam keadaan sebenar di sesebuah kapal adalah sangat penting untuk menentukan pergerakan kapal (manouever) lancar, selamat dan menepati keperluan taktikal jika berada dalam suasana latihan atau perang.

Pusat ini telah dibangunkan pada tahun 2003 dengan pembangunan perisian software dan hardware oleh ECS Simulator STN ATLAS Electronic adalah kesinambungan kepada skim latihan asas dan lanjutan (teori dan praktikal) kepada pelaut dari kalangan pegawai eksekutif, anggota Navigasi (RDP), Komunikasi, Kelasi dan Kejuruteraan dalam konteks pemanduarahan (manouevering) yang sebelum ini telah disempurnakan di fakulti masing-masing dan nilai tambah dalam kerjasama berpasokan tim panduarah.

Fasilitas

Penyelaku Anjungan yang dinamakan ‘WASPADA’ yang mempunyai enam ruang utama yang boleh berfungsi sebagai enam platform dalam satu masa iaitu Anjungan Utama, Anjungan Skunder, dan empat kubikal yang berfungsi sebagai Pusat Informasi Peperangan yang mengandungi konsol-konsol yang berkaitan dengan aspek-aspek pemanduan lengkap sebuah kapal seperti:

- Konsol Kawalan Jentera – latihan pengendalian jentera dan arahan-arahan kepada anggota jurutera marin.

- Konsol Panduarah – menggunakan teknologi Electronic Chart Display Systems (ECDIS) untuk pendedahan kepada pegawai-pegawai muda dan anggota Navigasi.

- Konsol Radar – Mata sesebuah kapal dalam pelayaran. Untuk tujuan fixing dan anti collision instrument.

- Konsol Arahan Am – Untuk pengendalian lampu-lampu, system sauh, sound signal dan stabliser kapal.

- Konsol Binocular – Untuk pemerhati kapal (lookout) yang mana diambil peranan oleh anggota-anggota cawangan kelasi.

- Konsol Komunikasi Luaran – Konsol yang menempatkan anggota komunikasi menjalani latihan.

- Meja Carta – Untuk latihan kerja-kerja carta oleh anggota navigasi dan pegawai.

- Overhead Panel – indikasi atau ekuipmen penunjuk yang diperlukan seperti wheel indicator, compass repeater dan sebagainya.

Electronic Chart Display and Information System (ECDIS) ialah sistem informasi navigasi berasaskan komputer yang telah diselaraskan dengan keperluan International Maritime Organization (IMO) yang memaparkan maklumat carta navigasi elektronik yang memenuhi piawaian International Hidrographic Organization (IHO) yang telah diintergrasikan dengan Global Positioning System (GPS) dan penderia panduarah lain seperti Radar, Fathometer dan Automatic Identification Systems (AIS). Ianya juga memaparkan maklumat navigasi tambahan seperti Sailing Directions yang menyumbang kepada navigasi selamat kerana ciri-ciri yang terkandung adalah sama dengan carta bercetak yang sering digunakan semasa pelayaran.

Penutup

Natijah daripada amalan TLDM dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang konsisten telah diterjemahkan dengan perolehan kemudahan modiul latihan yang serba moden ini, menjurus kepada penjimatan yang amat ketara telah disempurnakan oleh TLDM kerana untuk melaksanakan keperluan latihan ini sekurang-kurangnya dua platform diperlukan untuk belayar dan mengambil masa yang panjang yang semestinya memerlukan kos yang banyak.

Apa yang penting ialah maklum balas daripada anggota terlibat sebagai pelaku menyatakan modiul ini memberi impak besar kepada mereka kerana latihan yang diperolehi di sini seolah-olah seperti berada di laut sebenar dan ternyata lagi sukar untuk melaksanakan evolusi yang diberi (inject) oleh pengendali (jurulatih) jika dibandingkan dengan membuat latihan kapal di laut.

Ini memberi petunjuk bahawa setiap pelaku yang melalui latihan di modiul ini akan bertugas di kapal dengan lebih yakin sesuai dengan kecanggihan platform masa kini. Syabas TLDM.

No comments:

Post a Comment