Pages

Sunday, July 17, 2022

RIMPAC 2022: MISIL LEKIR TEPAT KE SASARAN

 


Hawaii, 16 Julai-  Ex-USS Rodney M. Davis, sebuah Guided  Missile        Frigate daripada kelas Oliver Hazard Perry (OHP) yang merupakan kapal sasaran untuk latihan ini terkena tembakan misil EXOCET MM40 yang dilancarkan oleh Kapal Diraja (KD) LEKIR milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat  dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the  Pacific (RIMPAC) 2022 sejak 12 Julai 2022 lalu yang melibatkan unit-unit dari Australia, Kanada, Malaysia dan Amerika Syarikat. 

Fasa latihan di laut  selama 22 hari bermulai 11 Julai yang melibatkan 38 buah kapal, empat buah kapal selam  dan lebih daripada 170 buah pesawat milik 26 negara. 

KD LEKIR sebelum ini juga telah berjaya melancarkan misil dari jenis yang sama iaitu pada 22 Mei 2022 yang  lalu semasa Eksesais TAMING SARI 21/22 di Perairan Selat Melaka Utara. 

KD LEKIR dari kategori kapal frigat yang membawa peluru berpandu (FFG)  yang pertama membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia. Kapal korvet kelas Kasturi seberat 1,500 tan (1850 tan berat penuh) merupakan perolehan 1983/84 bersama sebuah lagi KD KASTURI yang masih berfungsi dengan baik.

Kejayaan ini sekali gus telah meletakkan nama baik TLDM khususnya dan Malaysia umumnya di persada antarabangsa kerana keupayaan Navy People menjaga aset yang agak berusia ini dengan baik dan masih berupaya bersaing dengan kapal-kapal dari luar negara. 

Penembakan  tersebut telah disaksikan oleh Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Mohd Reza  bin Mohd Sany dan Timbalan Panglima Armada Barat; Laksamana Pertama Farizal  Myeor di K. Mark Takai Pacific Warfighting Center di Ford Island, Hawaii.

“RIMPAC menyediakan platform terbaik untuk meningkatkan interoperability di antara  angkatan laut yang mengambil bahagian. Penyertaan ini merupakan satu pengalaman  yang menambah nilai profesionalisme kru KD LEKIR,” ujar Panglima Tentera Laut. 


No comments:

Post a Comment