Pages

Tuesday, December 3, 2019

Penerbangan Mercy Flight/Ops Murni


GONG KEDAK, 3 Dis 19 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 3.14 pagi tadi telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa pesakit warga emas, Ahmad bin Nizal, 77 tahun mengalami serangan jantung dan juga terkena gigitan lipan.

Pesakit, Ahmad telah diterbangkan oleh pesawat EC725AP dari Padang Bola FELCRA Keruak ke Pangkalan Udara Gong Kedak bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Jerteh.

Pesawat telah dikendalikan Mejar Nor Ismazairee bin Ismail TUDM dan pembantunya Kapten Mohammad Fais bin Abdul Halim TUDM serta dua anggota Kuartermaster Udara (AQM) dan empat anggota Search & Rescue (SAR).

Penerbangan Mercy Flight/Ops Murni yang dilaksanakan pagi tadi merupakan kali keempat oleh TUDM setelah bencana banjir melanda di sekitar daerah Besut.

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah Pegawai Perubatan Angkatan Tentera, Mej (DR) Muhammad Fitri bin Daud bersama seorang staf perubatan.


Monday, December 2, 2019

EC725 10 Skn Buat Penerbangan Ihsan

Gong Kedak, 2 Dis 19 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melakukan penerbangan ihsan membawa seorang kanak- kanak OKU berusia 6 tahun yang mengidap sakit jantung berlubang.

Pesakit, Siti Nurul Bathrisyah bt  Naim yang berasal dari Kampung La, Jerteh Terangganu telah dibawa terbang dari Masjid Kg La ke Pangkalan Udara Gong Kedak menaiki pesawat Helikopter EC725 AP dari No 10 Skuadron. Pesakit kemudiannya telah dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Keadaan banjir di daerah Besut sejak beberapa hari lalu menyebabkan banyak laluan di kawasan penempatan tidak boleh dilalui dan terputus hubungan.

Operasi yang diketuai oleh Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Shaiful Azuar Ariffin TUDM ini turut melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat seberat 250 kilogram kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Kampung La.

Pesawat yang dikendalikan Mejar Zool Amali Shodali TUDM dan pembantunya Kapten Wan Muhammad Haqimi Wan Zin TUDM serta 7 orang anak kapal ini telah terbang dari Pangkalan Udara Gong Kedak pada jam 12.23 tengah hari dan selamat mendarat di Gong Kedak pada jam 13.19 petang.

TUDM turut melaksanakan satu lagi penerbangan ihsan membawa 2 orang pesakit, Raja Abdul Rahman bin Raja Daud dan Mohd Shahril bin Mohd Rosdi yang perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Besut.

Sunday, December 1, 2019

Rej 513 AW Menerima Komander Baharu

Diterbitkan di dalam Majalah Perajurit edisi Disember 2019
Oleh: Paklang Hamzah/ Foto: PR Mks 2 Div





Pucuk pimpinan pasukan Rejimen 513 Askar Wataniah bertukar tangan dalam upacara yang penuh bersejarah di padang kawad pasukan di mana Komander Rejimen yang telah menerajui pasukan selama lebih 14 tahun iaitu Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah secara rasmi menyerahkan tampuk kepimpinan Rejimen kepada Duli Yang Teramat Mulia Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.  YTM Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mula memegang teraju kepimpinan Rejimen semenjak 1 Feb 2005 setelah mengambil alih tugas sebagai Komander yang Kedua daripada Allahyarham Brig Jen Prof Dato’ Dr Ahmad Fawzi bin Basri. 

​Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas Komander Rejimen telah dilaksanakan pada 12 Nov 2019 bertempat di Padang Kawad Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Bukit Pinang, Kedah.  Perbarisan ini disertai oleh 18 pegawai dan 140 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Abdullah bin Omar, Pegawai Memerintah Batalion Kedua selaku Ketua Perbarisan dibantu oleh Mej Mohd Azley bin Azmi selaku Penolong Ketua Perbarisan, Kapt Mazlan bin Ahmad selaku Ajutan Perbarisan dan PW 1 Zuzairi bin Zulkifli sebagai SMR Perbarisan. Pancaragam yang mengiringi perbarisan adalah daripada Platun Brass Band gabungan pasukan 3 KAD dan 4 RS di bawah pimpinan Drum Mejar Sjn Shaifulnizam bin Shariff.  Kemuncak acara perbarisan ini adalah majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas Komander dan juga Serah Terima Tongkat Kuasa Komander Rejimen disaksikan oleh Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim bin Khalid, Panglima 6 Bgd.

​Turut menyaksikan detik-detik bersejarah ini adalah Yang Berhormat Tuan Mohd Firdaus bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Mej Jen Dato’ Mardzuki bin Muhammad, Panglima 2 Divisyen, Brig Jen Dato’ Hj Mohd Halim bin Khalid, Panglima 6 Bgd, Dato’ Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM, Komandan KTU, semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan-pasukan di bawah naungan 6 Bgd, pegawai-pegawai dan seluruh warga Rejimen 513 Askar Wataniah.  Acara perbarisan ini turut disaksikan oleh seramai 200 orang anggota daripada pasukan-pasukan di bawah naungan 6 Bgd. 

​Sebelum mengakhiri acara, YTM Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah diberi penghormatan oleh seluruh warga Rejimen dengan acara ‘street lining’. YTM Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah juga telah berkenan merasmikan tanda nama jalan yang terdapat di dalam Kem Bukit Pinang iaitu Jalan Tunku Intan Safinaz. 

Saturday, November 30, 2019

Pesawat EC725 Dalam Misi Kemanusiaan Di Pantai Timur

GONG KEDAK, 30 Nov 19 - Pesawat Helikopter EC725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang warga emas yang menghidap sakit tua dan 2 orang ibu mengandung.


Pesakit, Mohd Nor Dam, 80 tahun, Rozana Che Pa, 30 tahun (Sakit hendak bersalin) dan Nuzula Juairi, 24 tahun telah diterbangkan dari Simpang Keruak, Besut Terengganu ke Sekolah Kebangsaan Jerteh menggunakan pesawat EC725 AP daripada No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan. Pesakit kemudiannya telah dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jerteh.



Pesawat EC725 AP yang ditempatkan sebagai detasmen SAR (Search And Rescue) di Pangkalan Udara Gong Kedak telah terbang pada jam 11.54 pagi untuk mengambil pesakit dan selamat kembali mendarat pada jam 12.48 tengah hari di Gong Kedak.

Penerbangan ihsan ini telah dikendalikan oleh Kapt Mohd Rafiq  bin Rahmad TUDM selaku juruterbang dan pembantu juruterbang, Kapt Mohammad Fais bin Abdul Halim TUDM bersama 4 orang kru pesawat.

Turut sama terlibat dalam misi ini adalah Komander Pangakalan Udara Gong Kedak, Kol Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM.

TUDM sangat komited dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat. Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar kesemua pesakit dipermudahkan segala urusan. Tahniah kepada juruterbang serta anak kapal pesawat EC725 AP yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya.

Wednesday, October 23, 2019

PERUNTUKAN RM150 JUTA BELANJAWAN 2020 UNTUK BAIKI RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT)


Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi tahun 2020 untuk memperbaiki sebanyak 6000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Tumpuan Kementerian Pertahanan untuk kerja-kerja penyelengggaraan adalah 
selari dengan dasar kerajaan menerusi budaya Memperbaiki, Mengganti dan 
Memulihkan atau Repair, Replace and Restore (3R) seperti yang digariskan dalam Ucapan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan baru-baru ini.

Dengan cara ini, Kementerian Pertahanan dapat memastikan RKAT sedia ada akan 
dipulihkan dan dapat didiami dengan selesa oleh anggota Angkatan Tentera 
Malaysia (ATM).

Usaha ini berikutan dengan satu projek perintis yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun ini, di mana sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan meliputi 1947 unit RKAT di seluruh Negara. Hampir kesemua projek pembaikan ini dijangka akan siap sebelum hujung tahun ini.

Fokus kepada penyelenggaraan dan pemulihan RKAT jelas diperlukan berdasarkan penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1. Pelbagai jenis kelemahan dalam perancangan pengurusan penyelenggaraan RKAT 
sedia ada serta kegagalan oleh pentadbiran terdahulu untuk mematuhi peraturan telah menyebabkan banyak unit bertambah rosak dan terbiar.

Daripada 54,497 unit RKAT dalam pegangan, didapati bahawa 12,261 unit (22.5 %) adalah tidak selamat untuk diduduki kerana terlalu uzur.

Dari tahun 2016 hingga 2018, hanya 2,447 unit tersebut telah diluluskan untuk kerja�kerja pembaikan, jauh lebih rendah berbanding 8,724 unit yang dirancang pada Selain itu, daripada 26,487 aduan yang dibuat berkenaan penyelenggaraan dari tahun 2015 hingga 2018, hanya 17,014 aduan (64.2%) yang dapat diselesaikan. 

Perkara ini semuanya berlaku akibat kecuaian pentadbiran sebelum ini yang tidak peka terhadap keperluan sebenar ATM. Kementerian Pertahanan juga mengambil maklum syor-syor lain laporan tersebut untuk menyediakan pelan penyelenggaraan pencegahan khasnya pembaikan pam air, garis panduan berkenaan penyelenggaraan lif, menambahbaik proses penyediaan kontrak, dan memastikan pematuhan kepada peraturan dalaman supaya peruntukan tidak disalahgunakan. 

Syor-syor ini akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan bagi memastikan 
perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada anggota ATM.

Keadaan unit RKAT merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam 
menjamin kesejahteraan anggota ATM dan keluarga mereka. 

Unit RKAT yang selesa secara langsung akan meningkatkan semangat anggota kita yang banyak berkorban ketika beroperasi sepanjang tahun. 

Dengan adanya RKAT yang dijaga dengan baik, maka anggota ATM turut tidak perlu 
bimbangkan keadaan keluarga mereka ketika bertugas. Keselesaan dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat hanya tercapai melalui titik peluh dan darah anggota ATM. 

Oleh itu, sewajarnya anggota ATM dan keluarga mereka turut dapat menikmati 
keselesaan ini. Kementerian Pertahanan sentiasa bersedia untuk memastikan setiap anggota ATM yang berkeluarga menduduki unit RKAT yang terbaik.

Sunday, September 1, 2019

Rostec and NAMI presented Ansat Aurus at MAKS-2019


Moscow / August 27, 2019
Russian Helicopters Holding Company (part of Rostec State Corporation) presented the Ansat helicopter with a highly comfortable cabin in Aurus brand style for the first time at the MAKS 2019 International aviation and space salon. The cabin has been designed by specialists of Russian Helicopters and NAMI (Central Scientific Research Automobile and Automotive Engines Institute).​

Apart from computer modeling, to create optimum ergonomic design, the design of the cabin was produced using tests in which people with various anthropometric measurements took part. The Ansat helicopter has the largest cabin in its class. Combined with the design, this provides more space for passengers.

"Aurus is a premium brand which is becoming Russia's signature. Now it includes both cars and aircraft of the same style that is as comfortable as cars. It is no wonder that Ansat has been chosen as a base: this is a state-of-the-art helicopter whose advantages have already been appreciated both in Russia and abroad. The new version of Ansat confirms that this is a multi-purpose helicopter and that there is great potential for its transformation to meet the requirements of various customers," said Aviation Cluster Industrial Director of the Rostec State Corporation Anatoliy Serdyukov.

The helicopter has a light protection system with touch control. This technology has been used for the first time for a helicopter's VIP cabin. Individual lights and gaspers ensure additional comfort for each passenger. Besides, there are jacks for charging devices.

"We have managed to implement this project in the shortest possible time in close cooperation with our colleagues from NAMI. We began to develop the interior in April 2019 immediately after the design was approved. I would like to note that this is not just a new cabin, but a completely new approach to corporate transportation services: ten changes to the helicopter's design were made to make it more ergonomic. I am convinced that Ansat will complement the Aurus range perfectly, and soon, after we finish tests, we will be ready to receive orders for the new machine," said Director General of Russian Helicopters holding company Andrey Boginsky.

Chief Executive Officer of NAMI Sergey Gaysin said: "At the suggestion of Russian Helicopters, NAMI specialists eagerly began to work on the luxury version of the Ansat helicopter. 

The expertise of Russian specialists in engineering, design and marketing gained when Aurus car was created allowed us to make a product meeting the highest international standards within a short time frame. Collaboration with Russian Helicopters holding company is the first step to so expand the Aurus brand that it makes not only cars."

The light multi-purpose Ansat helicopter was designed by Kazan Helicopters design office. The machine is equipped with two engines and can be used for normal passenger and VIP transport, cargo delivery, environmental monitoring and as an air medical helicopter. H

tests of Ansat have been successfully completed, which confirmed the possibility of its use in mountainous terrain at altitudes up to 3,500 meters. The helicopter can be operated in a temperature range between -45° and +50°.

PANTAI IRAMA BACHOK DISERANG

Artikel ini telah disiarkan di dalam majalah Perajurit edisi Sep 2019

Oleh/Foto: Paklang Hamzah, 10 Bgd (para)


Laporan dari penduduk dan nelayan di sekitar Kampung Pantai Irama Bachok yang mengatakan pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki asing yang tidak dikenali dan sangat mencurigakan telah mendarat  dan meresap di persekitaran kampung mereka.  Pada mulanya mereka kelihatan bergerak dalam kumpulan kecil dan berlagak sebagai pekerja buruh am yang terdapat di kawasan ini. Namun dalam beberapa hari penduduk kampung merasakan semakin ramai kelibat orang asing ditemui di persekitaran Kampung mereka tanpa mengetahui dari mana datangnya.

 Atas inisiatif beberapa orang kampung melakukan intipan tentang aktiviti mereka terutamanya di waktu malam.  Hasil dari intipan, mereka mendapati terdapat aktiviti yang mencurigakan yang mana pernah kelihatan kelibat mereka ini berurusan dengan bot  nelayan yang menghampiri pantai dan kelihatan memunggah sesuatu yang mencurigakan.  Atas kesedaran tentang keselamatan kampung mereka, perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak polis.  Siasatan dari perisikan polis mendapati kemungkinan besar kumpulan yang dicurigai oleh orang-orang kampung adalah anggota militan yang sedang merancang sesuatu.  Sebagai tindakan lanjut, maklumat itu telah dimaklumkan kepada pihak tentera darat.
Hasil perisikan medan Tentera Darat mendapati sekumpulan warga asing yang berkekuatan seramai lebih daripada 100 orang sedang merancang untuk melakukan sesuatu secara militan.  Mereka dibantu oleh rakan-rakan mereka yang sudah bertapak di negara ini yang sebelum ini berkerja sebagai buruh pembinaan pada siangnya.  Mereka memiliki senjata api yang diseludup melalui laut dengan menggunakan bot nelayan tempatan yang disewa khas.

Bilateral Force Dibentuk

Tindakan seterusnya ialah pada 15 Julai 2019 yang lalu, Force Integration  LINUD MALINDO 2019 telah dibentuk. Operasi bersama bilateral ini adalah antara Batalion Ke-8 Rejimen RRD (PARA) dan Batalyyon Infanteri  PARA  RAIDER 501/BAJRA YUDHA (Blue Force) dalam Airborne Operations yang diterajui oleh Battle Group Hornbill (Pasukan 8 RRD(Para).

Persediaan operasi ini telah dilaksanakan di Rejimen Ke-8 Renjer Diraja (RRD) (Para) bagi menguji taktik, teknik dan prosedur serta prosedur tetap bersama dalam airborne operation melibatkan kedua-dua negara selain mengeratkan kerjasama dalam bidang ketenteraan.

Setelah  kedudukan dan kekuatan pihak musuh telah dikenal pasti, pihak pemerintah kedua-dua angkatan merangka satu serangan akan dilakukan dengan kemasukan gabungan angkatan blue force yang berkekuatan seramai  524 orang ke penempatan musuh dengan cara penyusupan behind enemy line melalui udara sehari sebelum serangan akhir dilakukan. 


Di pagi yang hening 25 Julai 2019 jam 0700H, Pantai Irama Bachok digemparkan dengan kehadiran 2 buah pesawat pejuang F/A18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikuti dengan bunyi dentuman bom yang  sangat kuat.  Kawasan penempatan musuh terlebih dahulu  diberi air closed support  bagi mengkucar-kacirkan penempatan musuh yang sedang berkubu di salah satu kawasan terpencil sekitar kampung Pantai Irama Bachok.
Sejurus selepas itu kelihatan  angkatan blue force  mara melakukan serangan gerak dan tembak dari pelbagai penjuru. Kemaraan mereka sememangnya disedari oleh pihak musuh dan diberi tentangan hebat.  Sekali lagi Pantai Irama Bachok dihujani dengan rentetan tembakan tubi dari kedua-dua pihak. Asakan taktikal padu selama 2 jam dari blue force telah melumpuhkan sepenuhnya pertahanan musuh.








Pada jam 0930H keadaan kembali tenang. Berdasarkan laporan situasi  yang dikeluarkan oleh pihak blue force, seramai 117 orang musuh telah ditembak mati dan 27 orang menjadi tawanan perang.  Sumber perisikan medan mengesahkan tiada lagi ancaman akan berlaku.  OPS LINUD MALINDO 2019 dibubarkan pada 25 Julai 2019 jam 1100H.


Majlis Penutupan

Eksesais Lintasan Udara Malaysia-Indonesia 2019 ( Eks LINUD MALINDO 2019) merupakan siri kedua yang pernah diadakan secara bilateral antara Batalion ke-8 Rejimen RRD (Para) dan Batalyyon Infanteri  PARA  RAIDER 501/BAJRA YUDHA .  Kali pertama eksesais ini dilakukan di Indonesia pada tahun 2016.  

Kolonel Infanteri Elkines Vilando Dewangga, Asisten Operasi Kostrad TNI-AD dalam ucapan penutupan menegaskan bahawa Latihan LINUD MALINDO 2019 ini mempunyai nilai strategik bagi kedua-dua angkatan darat dan sudah sepatutnya digerakkan secara rutin pada setiap tahun bagi memperkuatkan kerjasama bilateral kedua negara khususnya di dalam bidang keamanan.  Skim latihan yang disusun telah memberikan gambaran kepada kedua-kedua negara meski pun bertindak dengan taktik yang berbeza dalam satu platun namun mampu menghancurkan sasaran mengikut  Standard Operation Procedure (SOP) seperti yang dirancang bersama. Latihan ini sekali gus akan memperkuatkan kerjasama bilateral Indonesia dan Malaysia khususnya di bidang keamanan memangkin kepada hubungan  yang lebih kukuh  kedua negara dalam menjaga keamanan regional.


Turut berucap di dalam majlis penutupan ini ialah Kolonel Asri bin Shukor Pengarah Latih Markas Tentera Darat-OPLAT.  Beliau sangat berpuas hati dengan dengan semangat kerjasama serta daya juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh pemain kedua-dua negara.  Tegas beliau, ini sekali gus telah meningkatkan hubungan profesional dan saling boleh operasi  di antara TDM dan TNI-AD serta sinergi yang kukuh. Eksesais ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Mengakhiri Majlis Penutupan, semua anggota partisipasi disematkan sayap penerbangan  dan penyampaian sijil.  Acara ini telah disempurnakan oleh Komandan Bgd Infanteri PARA RAIDER 18/SARVATRA EVA YUDHA , Lt Kol Inf Roynald Sumendap dan Pemangku  Panglima 10 BGD (PARA), Lt Kol Ahmad Fitri bin Othman. 




Tuesday, August 27, 2019

Russian Helicopters to present three civilian novelties at MAKS-2019 air show


Moscow / August 26, 2019
Russian Helicopters Holding Company (part of Rostec State Corporation) will present as many as three new civilian products at the MAKS 2019 International aviation and space salon. The medium-sized multi-purpose Ka-62, the first serial Mi-38 helicopter, and a light-weight Ansat, whose VIP cabin is designed in the Aurus brand style,  will be presented at the show for the first time.
The Ka-62 medium-sized multi-purpose helicopter will make its debut at MAKS air show. It will be presented as part of the static exposition of the holding company, and will also take part in the fly-by of the entire line of the Russian Helicopters rotorcraft and perform individual aerobatics.
A distinctive feature of the helicopter is its single-rotor scheme with a multi-blade antitorque rotor in the annular channel of the vertical tail fin, which was for the first time used on helicopters in Russia. The Ka-62 construction widely applies polymer composite materials.
MAX-2019 will also see a debut of the serial civilian Mi-38 helicopter featuring a superior comfort cabin. The 'VIP  cabin' version of Mi-38 can take up to 11 passengers on board, while the basic passenger version can carry up to 30 people. The flight range of the new helicopter is up to 1200 kilometers.
The static exposition of the Russian Helicopters holding company will also present to visitors and participants of the air show another novelty, that is, the Ansat Aurus helicopter, whose development involved experts from NAMI (Central Scientific Research Automobile and Automotive Engines Institute). Its interior design features the style of the famous Russian luxury cars brand. In addition, the static exposition will feature a prototype of the VRT500 light single-engine helicopter and the VRT300 unmanned aerial vehicle developed by 'VR-Technology' design bureau.
"Mikhail Leontyevich Mil used to say that our country was seemingly created especially for helicopters. It is noteworthy that in the year of the 110th anniversary of his birth, we present a novelty by the design bureau that bears his name, that is, the first serial Mi-38 helicopter. Of equal importance to this event is our Kamov premiere, Ka-62, which is being demonstrated at the air show for the first time, including the flight program," noted Andrey Boginsky, the Director General of the Russian Helicopters holding company. "Our 'junior' design offices, that is, KVZ and VR-Technology, do not fall behind either, they present at MAKS-2019 new modifications of their serial machines and promising projects that will shape the future of domestic rotorcraft engineering."

The aerospace show will see the best projects by participants of Sky.Tech contest, which is conducted by Russian Helicopters in order to search for innovative solutions and technological projects in the field of air transport development and its integration into the urban environment.
In addition, both the flight program and the static exposition present practically the entire line of military and civilian rotorcraft by Russian Helicopters: the world's heaviest Mi-26T2V, transport assault landing Mi-38T, medium-sized Mi-171A2 and Mi-17V-5, strike support helicopters Mi-24P and Mi-35M, combat scout Ka-52 Alligator, the light helicopters Ansat and Ka-226T. The static exposition will also feature the shipborne Ka-52K helicopter and the export version of the "Night Hunter"  Mi-28NE. Multipurpose Ka-32A11BC helicopter will demonstrate airborne fire suppression.
The Novosibirsk Aircraft Repair Plant, which is part of the holding company, will present a mobile container-type service center for the maintenance and repair of Mi-8/17 helicopters.

Friday, August 23, 2019

NURI Mendarat Cemas

Gubir 02 Ogos- Sumber TUDM memaklumkan helikopter Nuri telah melakukan pendaratan cemas pada jam 3 .00 petang tadi. Nuri dari PU Butterworth dalam misi membawa anggota TDM dan ulang bekal ke kawasan operasi Gubir Kedah.  kesemua 4 krew dan 11 orang anggota TDM di dalam penerbangan tersebut cedera ringan.

Wednesday, August 14, 2019

Kenyataan media Tim Menhan Liew Chin Tong

Selasa 13 Ogos 2019 di Kuala Lumpur_

Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. 

(https://www.liewchintong.com/2019/07/13/tentera-sebagai-pendekatan-terakhir/)

Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.
Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir.
Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin 

(http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) 

adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh 

(http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/)

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia.

*Liew Chin Tong*

Saturday, August 10, 2019

PROGRAM TENTERA DARAT MALAYSIA DENGAN KERJASAMA BADAN BUKAN KERAJAAN, MAKE A WISH MALAYSIA


Keluarga Muhammad Khuzaimy Raykal, Wakil Make A Wish Malaysia dan Panglima 2 Bgd bergambar bersama pegawai dan anggota 2 RRD.

Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged) telah menjalinkan kerjasama dengan Make A Wish Malaysia untuk merealisasikan hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit barah otak iaitu adik Muhammad Khuzaimy Raykhal bin Khuzaine Rusli untuk merasai pengalaman sebagai seorang anggota tentera serta melihat dan menaiki aset TDM.
TDM dan 2 Briged bersetuju merealisasikan hasrat berkenaan sejajar dengan ungkapan ‘tentera dan rakyat berpisah tiada’. Dalam masa yang sama, pelaksanaan acara tersebut bertepatan dengan suasana sambutan bulan kemerdekaan yang sedang berlangsung.
Panglima 2 Bgd dan Pegawai Memerintah 2 RRD bergambar bersama adik Muhammad Khuzaimy Raykal dan keluarga.

Program tersebut dilaksanakan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh dengan mengambil kira keadaan Adik Raykhal yang berasal dari Taman Seri Rapat, Ipoh. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh adik Raykhal adalah joyride bersama dengan kenderaan pembawa senjata VAMTAC.

Adik Muhammad Khuzaimy Raykal mencuba senjata Mesingan Kegunaan Am (MGKA) yang dipamerkan

Selain itu, beliau turut berpeluang untuk melihat demonstrasi memasak rangsum tempur dan demonstrasi aktiviti merempuh halangan  oleh anggota seksyen daripada 2 RRD serta beberapa lagi aktiviti ketenteraan yang lain.
Program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malek Razak bin Sulaiman, Pegawai Memerintah 2 RRD, Leftenan Kolonel Mohd Khairi bin Amri, ahli keluarga termasuk ibu bapa serta adik-beradik kepada adik Muhammad Khuzaimy Raykal dan wakil daripada Make A Wish Malaysia yang diketuai oleh Pn Caroline Christopher .
Panglima 2 Bgd memakaikan t-shirt dan summer cap celoreng kepada adik Muhammad Khuzaimy Raykal

Pada majlis penutup, Panglima 2 Briged telah menyampaikan cenderahati kepada adik Muhammad Khuzaimy Raykal. Diharapkan dengan pelaksanaan majlis tersebut, ianya dapat meninggalkan kenangan yang manis buat beliau serta dapat memberikan semangat dan kekuatan dalam melawan penyakit yang dihidapinya.

Saturday, August 3, 2019

NURI MENDARAT CEMAS


Sumber TUDM memaklumkan helikopter Nuri telah melakukan pendaratan cemas pada jam 3 .00 petang tadi. Nuri dari PU Butterworth dalam misi membawa anggota TDM dan ulang bekal ke kawasan operasi Gubir Kedah.  kesemua 4 krew dan 11 orang anggota TDM di dalam penerbangan tersebut cedera ringan.

Tuesday, July 2, 2019

JAMUAN AIDILFITRI MENGGAMIT NOSTALGIA KOLONEL YDP RAMD

Diterbitkan oleh Majalah Perajurit edisi Julai 2019

Oleh/Gambar: Paklang Hamzah


Pada 17 Jun yang lalu, Divisyen ke 2 Infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) serta
unit-unit di bawah naungannya  telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra
Sambutan Aidilfitri 2019 bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Kedah selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dilaksanakan di Batalion Keenam,
Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Turut hadir ke majlis ini adalah Duli Yang
Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin,
Raja Muda Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul
Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah. Turut hadir dalam majlis ini
ialah Panglima Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan bin
Md Delin selaku Pegerusi RAMD, Mejar Jeneral Dato' Mardzuki bin Muhammad,
Panglima Divisyen Ke 2 TD serta Pegawai-pegawai Kanan Kor Infantri TDM.


Uniknya, Majlis Ramah Mesra Sambutan Aidilfitri pada kali ini Kol YDP RAMD juga berpeluang meninjau suasana persiapan Aidilfitri di gimik perbatasan iaitu di Pos M 359 serta suasana persiapan aidilfitri di kawasan operasi.  Baginda telah melawat Pos Pengawal, Pos GPMG, Landing Point (LP), Khemah Markas Kawalan, Khemah Penginapan dan jeti yang dibina khas untuk tujuan majlis ini.

Baginda juga berkesempatan merasai juadah lemang dan dodol serta kek Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) yang disediakan oleh anggota 6 RAMD. Acara ini menggamit kenangan sewaktu baginda pada suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam operasi  di perbatasan negara. 

Pegawai Tentera

Mengimbau penglibatan baginda di dalam bidang ketenteraan bermula dari minat baginda yang sangat mendalam dan memilih untuk menjalani latihan kadet dan telah dihantar untuk kursus ketenteraan di India Military Akademy di Dehra Dun dari 23 Julai 1962 hingga 30 Jun1963. Sekembalinya ke tanah air, baginda telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada 12 Feb 1964 dan ditempatkan di Rejimen Ke 2 RAMD di Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan.  Sepanjang perkhidmatan baginda telah terlibat dalam pelbagai operasi di sempadan Thailand/Kelantan.  Kemuncak operasi ialah semasa konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia di mana baginda Sultan Sallehuddin mengambil alih tugas di Kalabakan dan sempadan Malaysia/Indonesia seperti dikampong Mentadah, Simpang Tiga, Balong, Apas dan lain-lain.  


Batalion Ke 2 RAMD kemudiannya dipindahkan ke Pengkalan Chepa Kelantan pada tahun 1965 dan seterusnya ke Kem Sungai Besi pada tahun 1966. Pada tahun 1967, batalion baginda telah ditukar ke Sarawak untuk menjalani operasi di kawasan sempadan Malaysia/Indonesia hingga tahun 1968.  Pada tahun 1969, batalion baginda berpindah pula ke Kem Tok Jalai Jitra Kedah.  Selain operasi di sempadan batalion baginda juga pernah menjalankan operasi di Sandakan.  Semasa peristiwa Mei  1969 batalion baginda beroperasi di Pulau Pinang.  Baginda menamatkan perkhidmatan di dalam ATM pada 14 Februari 1974.

Baginda serta rombongan juga dipersembahkan dengan tayangan video Ucapan Hari Raya Aidilfitri oleh Pegawai dan Anggota yang sedang bertugas di kawasan operasi yang mana tidak dapat beraya bersama keluarga atau sanak saudara di kampong.  Acara diakhiri dengan persembahan bunga api dan pemberian cendera kenangan.  Baginda tuanku serta rombongan Diraja berangkat pulang pada jam 2230.

Monday, July 1, 2019

JHEV ATM-KHIDMAT TANPA HENTI


 Diterbitkan dalam Majalah Perajurit edisi Julai 2019

Oleh/Foto: Paklang Hamzah


Pada 23 Mei yang lalu satu majlis perjumpaan dan berbuka puasa Menteri Pertahanan dengan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Utara anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)  telah berlangsung di Padang Kawad Batalian 2 Ubat, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani Kedah. 

Majlis perjumpaan ini adalah bertujuan untuk meraikan dan menghargai jasa baik dan khidmat bakti para veteran ATM kepada negara.  

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu  selaku Menteri Pertahanan juga telah menyempurnakan penyampaian cek bantuan sebanyak RM39,500 kepada lapan persatuan veteran ATM bagi Zon Utara.  Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ialah Persatuan Veteran Kor Polis Tentera Diraja Malaysia (PVKPTDM), Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rej Renjer Diraja (PKV 9 RRD), Persatuan Bekas Perajurit Taiping Perak (PBPTP), Persatuan Veteran Tentera Batalion Ke 22 Rej Askar Melayu Diraja Negri Sembilan (PVT B22 RAMD NS), Persatuan Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM), Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KPRAMD), Persatuan Bekas Angkatan Tentera Darat Udara Laut (DAULAT) dan Kelab Veteran 1 Rej Renjer Diraja Malaysia (KV1RRD).

Dalam majlis yang sama, Menteri Pertahanan telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM200.00 kepada 31 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia.

Dalam ucapan, YB Mohamad Sabu menegaskan bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa menghargai jasa baik dan khidmat bakti  para veteran ATM  kepada negara selama ini.  Justeru pelbagai skim bantuan disediakan untuk manfaat veteran ATM serta tanggungan yang layak.  Di antara  inisiatif dan perancangan  terbaharu KEMENTAH ialah pembiayaan kepada Persatuan-persatuan Veteran ATM berjumlah RM 500,500.00 setahun  khusus kepada persatuan-persatuan yang memenuhi syarat.  Sebanyak 19 persatuan telah menerima pembiayaan ini pada 4 Mei yang lalu dan 8 berbaki diberi dalam majlis ini.  Jumlah terkini (Mei) hanya 50 persatuan Veteran ATM sahaja daripada 143 yang telah layak untuk menerima bantuan khas tersebut.

Setakat ini sebanyak 143 persatuan induk dan 322 cawangan yang berdaftar dengan JHEV tetapi untuk melayakkan persatuan-persatuan tersebut menerima pembiayaan tahunan mereka hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JHEV.  Di antara syarat-syarat yang mesti dipatuhi ialah persatuan hendaklah berdaftar dengan JHEV dan persatuan itu hendaklah aktif.  Semua persatuan hendaklah mengemukakan Laporan Tahunan persatuan kepada JHEV meliputi Laporan Mesyuarat Agung,  Laporan Kewangan, Laporan Aktiviti-aktiviti dan lain-lain malah juga semua persatuan terbabit dikehendaki memberi senarai nama penuh keahlian persatuan yang aktif bertujuan untuk pengagihan peruntukan.

Beliau berharap dengan pembiayaan ini semua persatuan yang berdaftar dengan JHEV dapat bergiat aktif dan dapat berkerjasama dengan JHEV dalam menjaga kebajikan veteran tentera. Kepada warga tentera yang masih berkhidmat beliau menyeru agar meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen demi masa depan yang lebih terjamin.  Manakala veteran yang masih muda, JHEV akan berusaha mencari dan membuka peluang  untuk menceburi kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmatan. Sementara itu, Mohamad  berkata pihaknya akan terus memartabatkan warga ATM kerana pasukan keselamatan adalah kebanggaan negara.

Seramai lebih daripada 800 orang veteran ATM Zon Utara, warga tentera serta anak-anak yatim diraikan di dalam majlis ini.Turut hadir ialah Ybhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (KPJHEV),  Laksamana Pertama Mohamad Azuwan bin Harun, Panglima Wilayah Laut Tiga(MAWILLA 3), YB Puan Nor Azrina binti Surip@Nurin Aina Abdullah, Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Ahli Parlimen Padang Serai,  Pegawai-pegawai Kanan ATM serta Awam Kementerian Pertahanan.


Inisiatif Terkini

Apa yang dinyatakan di atas adalah merupakan inisiatif  terkini dalam suasana kerajaan Malaysia baharu selepas setahun memerintah negara selain dari pemberian Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebanyak RM500.00 seorang untuk veteran ATM menjelang aidilfitri secara one-off. Dalam usaha ini kerajaan telah memperuntukkan RM79,684,000.00 kepada 159,368 veteran ATM merangkumi veteran berpencen dan tidak berpencen  dalam kategori isi rumah berpendapatan bawah RM4,000.00 (B40).  BHN adalah merupakan kesinambungan daripada inisiatif kerajaan terdahulu di mana sebelum ini ianya dikenali sebagai Bantuan Bakti Negara (BBN) di mana pemberian terakhir sebanyak RM1200.00 juga secara one-off  hanya melibatkan 43,000 veteran ATM tidak berpencen sahaja.

Satu lagi inisiatif kerajaaan yang paling ditunggu-tunggu perlaksanaannya oleh sebahagian daripada veteran ATM iaitu pemberian elaun kepada penerima-penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).  Pengumuman untuk inisiatif ini dijangka akan diputuskan semasa pembentangan Belanjawan Negara 2020 menjelang Oktober nanti.  Relevansi pemberian elaun PJM ini adalah merupakan pendekatan menang-menang pihak kerajaan bagi merealisasikan tuntutan Veteran ATM yang berpencen sebelum 2004 bagi merapatkan jurang jumlah pencen yang diterima berbanding Veteran ATM yang berpencen selepas 2004.  Dalam masa yang sama dapat merealisasikan tuntutan veteran tidak berpencen kepada kerajaan untuk diberi saraan bulanan secara berterusan.

Secara ringkasnya PJM merupakan campaign Medal yang dianugerahkan kepada warga ATM dan anggota negara luar yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tanpa mengira samada sedang berkhidmat atau telah bersara/menamatkan perkhidmatan dan masih hidup atau telah meninggal dunia bagi mengenang jasa dan pengorbanan menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang perkhidmatan tempoh darurat.  Kelayakan asas penganugerahan pingat ini ialah Warga ATM yang telah berkhidmat bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM),  Warga ATM yang telah berkhidmat bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan (PKKU) dan Anggota Pengaman dari negara luar yang berkhidmat di Malaysia dari 31 Ogos 1957 sehingga 12 Ogos 1968 termasuk rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan negara berkenaan.

JHEV One Stop Centre Kepada Semua Veteran ATM



Sejak pengoperasian JHEV pada 2001 dan penubuhan one stop centre (OSC) bagi mengurus dan menangani isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran ATM dalam soal pembayaran berhubung dengan ganjaran, faedah persaraan dan pencen, inisiatif demi inisiatif telah diperkenalkan.  Semua pejabat JHEV cawangan negeri bertindak sebagai OSC berperanan sebagai medium perhubungan di antara bakal pesara dan veteran ATM dengan Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji ATM (UGAT), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).  Satu talian khas yang dinamakan call Centre (03-26976600) juga telah diwujudkan yang menjadi saluran perhubungan khas untuk warga veteran dengan JHEV bagi berkongsi apa-apa masalah yang dibangkitkan oleh veteran dan ahli keluarga mereka.  Langkah proaktif ini telah memberi kesenangan  kepada veteran dalam urusan berkaitan kebajikan dengan lebih cepat dan tepat.

Akta Veteran 2012 (Akta 740) pula di wujudkan bagi memberi kuasa kepada pihak JHEV untuk memantau aktiviti persatuan-persatuan Veteran ATM di seluruh Malaysia. Akta ini digubal sebagai sebuah akta induk yang memperuntukkan hal-hal penstrukturan badan-badan yang berperanan mengendalikan hal ehwal Veteran ATM.  Akta ini merupakan usaha pertama bagi memperundangkan hal ehwal Veteran ATM dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Akta ini telah berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015. Melalui Akta ini pendaftaran persatuan Veteran ATM adalah di bawah tanggungjawab JHEV ATM.

Di bawah Akta Veteran 2012 juga telah diwujudkan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) bertujuan bagi merumus, menyelaras dan memantau dasar utama dan pelan tindakan yang berhubung dengan hal ehwal Veteran ATM.  MVK juga berperanan menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan undang-undang atau pindaan undang-undang sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan Veteran ATM.  Walaubagaimana pun akta ini masih lagi di peringkat memperhalusi kandungannya melalui bengkel-bengkel yang diadakan oleh pihak-pihak terlibat sebelum ianya dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Pelbagai Inisiatif Telah Dilaksanakan

Statistik di JHEV ATM mencatatkan sehingga kini jumlah Veteran ATM yang berpencen adalah 101,134 orang manakala veteran ATM yang tidak berpencen berjumlah 180,863.  Jumlah veteran tidak berpencen mungkin melebihi daripada angka tersebut memandangkan masih ada veteran yang tidak dapat dikesan melalui rekod JHEV dan JRP dan gagal tampil untuk dikenal pasti. 

Kehidupan Veteran ATM selepas berpencen dari perkhidmatan terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu yang berjaya dan yang tidak berjaya.  Manakala yang tidak berjaya juga terdiri dari dua kumpulan iaitu pertama, yang tidak berjaya tetapi terus berusaha untuk hidup dalam keadaan sederhana dan kedua, yang tidak berjaya dan terus hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan yang mungkin disebabkan faktor-faktor kesihatan. 

Begitu juga kehidupan Veteran ATM yang tidak berpencen, mereka terbahagi kepada tiga golongan.  Pertama, golongan tidak berpencen tetapi bernasib baik kerana berjaya di dalam pekerjaan baharu atas usaha  sendiri berbekalkan keyakinan dan kemahiran yang ada.  Kedua, mereka tidak berpencen dari perkhidmatan ATM tetapi berpeluang membina kerjaya kedua dengan sektor kerajaan yang akhirnya mendapat pencen juga.  Ada pun golongan ketiga, mereka bukan sahaja tidak berpencen malah tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengalami desakan hidup mungkin kerana faktor umur dan kualiti kesihatan.  Maka golongan ini merupakan sasaran utama yang perlu diberi perhatian.

Justeru, sangat bertepatan dengan kewujudan JHEV ATM melalui kerjasama persatuan-persatuan veteran telah bertungkus lumus mencari kaedah terbaik dalam usaha mencaknai para veteran. 
Pelbagai inisiatif dan skim telah diperkenalkan setakat ini yang mana telah banyak memberi manfaat kepada semua golongan veteran ATM yang penulis nyatakan di atas. 

Melalui MVK, 4 inisiatif sedang diperhalusi untuk memberi manfaat kepada Veteran ATM iaitu Inisitif Perumahan, Pengurusan Tabung Pahlawan, Inisiatif bantuan Kewangan kepada Veteran Tidak Berpencen dan Inisiatif usaha kerajaan di dalam memastikan kesejahteraan warga ATM setelah menamatkan perkhidmatan. Di antara nya ialah Skim Bantuan Kebajikan Dan Pendidikan yang merangkumi:

Skim bantuan sara hidup - Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang daif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan paras garis kemiskinan (PGK) yang ditetapkan.  Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan.

Skim Bantuan Persekolahan- Skim bantuan persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.  Kadar bantuan ialah RM500.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00 setahun bagi sekolah menengah dan Kolej Vokasional Kebangsaan.  Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik – Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam kepada anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.  Kadar bantuan bayaran secara secara sekaligus adalah RM1000.00 untuk pengajian peringkat diploma dan RM1500.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.

Bantuan Peralatan Pesakit - Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran ATM, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat , katil, tilam dan sebagainya.  Kadar bantuan maksimum adalah RM5000.00 sekaligus. Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo daripada doktor kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian bagi alat berkenaan.

Bantuan Bencana Alam - Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan beban dan kesusahan yang dialami oleh Veteran ATM akibat bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya.  Kadar bantuan maksimum RM5000.00 sekaligus.

Inisiatif 2017

Pada 31 Julai 2017 yang lalu sempena Pelancaran Hari Pahlawan yang diadakan di MINES International Exhibition and Convention Centre (MIECC) di hadapan lebih daripada 15 ribu orang Veteran ATM dari pelbagai peringkat,  Mantan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Najib Razak telah mengumumkan 6 insentif untuk manfaat Veteran ATM keseluruhannya. 

Dua di antaranya ialah khusus untuk Veteran tidak berpencen iaitu Skim BBN/BHN yang mana skim ini sedang dilaksanakan malah pada tahun kedua BHN dilaksana dengan sedikit penambahbaikan yang melibatkan penambahan peruntukkan. Kedua, Skim Anuiti Veteran (SAVe)  diwujudkan bagi menjamin kebajikan anggota/pegawai dan keluarga bagi mereka yang menamatkan perkhidmatan awal secara tidak berpencen untuk menerima pendapatan tetap secara bulanan. Kelayakan bagi penerima skim ini ialah opsyen bagi pegawai yang menamatkan tauliah tanpa pencen, diiktiraf sebagai Veteran ATM mengikut seksyen 2 Akta Veteran 2012 serta mempunyai Caruman Ahli (10%) dan Caruman Kerajaan (15%).

Pemilihan SAVe adalah merupakan opsyen bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang sedang berkhidmat semasa penguatkuasaan akta ini  dan mandatori bagi anggota yang memasuki perkhidmatan ATM selepas akta ini dikuatkuasakan. Syarat-syarat lain ialah LLP yang menamatkan tempoh perkhidmatan penuh masa (12/15/18 tahun) tanpa berpencen, diiktiraf sebagai Veteran ATM mengikut seksyen 2 Akta Veteran 2012 serta mempunyai Caruman Ahli (10%) dan Caruman Kerajaan (15%).

Konsep pelaksanaan SAVe, pegawai/anggota hanya mengeluarkan wang Caruman Ahli (10%) termasuk dividen dan bonus  dan mengekalkan wang Caruman Kerajaan (15%) di Lembaga  Tabung Angkatan Tentera (LTAT) apabila menamatkan perkhidmatan di mana LTAT akan membuat pelaburan terhadap wang caruman yang dikekalkan dan membayar dividen setiap tahun. Dividen yang diterima setiap tahun di bahagikan kepada 12 bulan dan dibuat pembayaran secara bulanan kepada anggota. Dividen tahun terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan akan digunakan sebagai bayaran bagi tahun pertama selepas menamatkan perkhidmatan.  Pembayaran bulanan SAVe akan dibuat oleh LTAT melalui pengkreditan terus ke akaun bank yang akan dibayar seumur hidup dan wang caruman akan dibayar secara lump sum kepada waris apabila pegawai/anggota meninggal dunia.

Manakala insentif-insentif  lain yang diumumkan telah dilaksanakan ialah Penambahbaikan skim Pencen Hilang Upaya Angkatan Tetap berpencen dan Askar Wataniah yang tiada pencen telah dinilai mengikut peratus kecederaan sedia ada yang mana melibatkan pelarasan 300 peratus hingga 800 peratus dan akan dibayar dengan nilai minima RM500.00 hingga RM2000.00 kepada yang terlibat.
-Insentif untuk Veteran Kurang Upaya (VKU) yang sebelum ini menerima RM500.00 sebulan kini dinaikkan kepada RM1000.00 sebulan.

Sebelum itu beberapa insentif telah pun dilaksanakan bermula dengan agenda Perumahan (pembinaan rumah mampu milik dan Program 1Malaysia Veteran Home Repair), Kerjaya dan Keusahawanan (Program Recognition Prior Experiential Learning-RPEL), Bantuan Khas (Insentif Khas Insurgensi, Kesihatan (Skim Bantuan Perubatan e-mass dan Pembinaan Poliklinik AT) seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Dalam senario semasa, jumlah Veteran ATM sentiasa bertambah dari masa ke semasa yang mana sebilangan besar daripada mereka telah mencapai usia warga emas yang terdedah kepada penyakit-penyakit kronik yang memerlukan rawatan berterusan.

Justeru, dalam usaha menjaga kebajikan warga ATM dan veteran, KEMENTAH telah meletakkan objektif yang sangat jelas dengan merangka dasar Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan  ATM 2017-2050 yang kini sedang dilaksanakan bagi merealisasikan  slogan penjagaan kesihatan ‘from cradle to grave’ dengan mengurangkan kebergantungan warga veteran kepada hospital-hospital ATM yang sedia ada. 

Bagi memenuhi keperluan itu satu pusat kesihatan  berupa sebuah Kompleks Hospital Khas akan dibina di Kem Gua Permai Jalan Tambun Ipoh Perak di atas tanah milik ATM berkeluasan 95,000 kaki persegi.  Apabila siap kelak, hospital ini akan berfungsi sebagai Perkampongan Kesihatan Veteran (Veteran Health Village) berkongsepkan ‘one stop centre’ dengan mewujudkan sistem penjagaan kesihatan secara holistik, moden, selamat, efisien dan ekonomik dengan menawarkan kemudahan perkhidmatan assisted living dan hospis.

Hospital ini akan menyediakan poliklinik pakar geriatrik iaitu bidang kepakaran pesakit warga emas serta kepakaran lain seperti pakar jantung dan respiratori, urologi dan neuropsikiatri dan juga akan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi, dialisis serta pusat jagaan bagi veteran ATM yang kurang upaya.

Selain pembinaan Hospital Veteran, pihak Kementerian Pertahanan melalui Blueprint Kesihatan juga akan membina 5 buah lagi Poliklinik ATM iaitu di kluang Johor, Seberang Takir Trengganu, Kuantan Pahang, Sunagi Petani Kedah dan Kucing Sarawak.  Poliklinik ini bukan sahaja akan menyediakan kemudahan rawatan asas yang berkualiti malah juga turut dilengkapi dengan kemudahan rawatan pergigian, wad obsevasi, rawatan hemodialisis, rawatan pakar, pembedahan kecil serta beberapa lagi perkhidmatan lain.

Cadangan

Menilai dengan fikiran terbuka, apa yang boleh penulis simpulkan bahawa kerajaan sangat mengambil berat dan meletakkan keistimewaan kepada Veteran ATM terhadap jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.  Meski pun telah banyak inisiatif-inisiatif kebajikan yang telah dipenuhi hasil dari perbincangan dan permintaan pihak persatuan-teran ATM Veteran kepada kerajaan melalui JHEV namun masih berkumandang suara-suara ketidakpuasan hati segolongan Veteran ATM terutamanya bagi mereka-mereka yang tidak menerima insentif-insentif yang berbentuk kewangan yang diperkenalkan secara langsung mungkin kerana mereka dalam golongan berpendapatan melebihi 4 ribu atau mereka tidak peka dengan peluang-peluang yang ditawarkan atau gagal memenuhi syarat-syarat semasa memohon dan lain-lain sebab.

Berdasarkan tinjauan penulis terhadap Veteran ATM melalui media sosial, ramai yang memerlukan tanah bagi tapak rumah dan tapak pertanian untuk diusahakan.  Namun begitu bila berurusan dengan kerajaan negeri, kebanyakannya mereka gagal untuk mendapatkannya dengan pelbagai alasan dari pihak pentadbir tanah kerajaan negeri.

Justeru, ramai yang mencadangkan supaya pihak JHEV memohon  dengan kerajaan untuk membuka tanah-tanah baharu secara berkelompok di setiap negeri dengan penyeliaan dari pihak seumpama FELDA, FELCRA atau lain-lain agensi dan menawarkan kepada Veteran ATM yang memenuhi kriteria yang perlukan dan sanggup menjadi peneroka.  Cara ini sekali gus mungkin dapat menyelesaikan masalah keperluan tapak rumah dan tanah pertanian yang didambakan oleh mereka dalam skala besar.  Penempatan Veteran tentera terutamanya di kawasan persempadanan negara boleh menjadi serampang dua mata kepada kerajan bagi memenuhi konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) dengan pengemblengan tenaga, mata dan telinga Veteran ATM yang mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam pengawasan sempadan di samping meningkatkan produktiviti negara dalam bidang pertanian.

Kesimpulan

Segala rungutan telah didengari dan dilayani sewajarnya oleh pihak kerajaan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dalam negara walau pun sebahagian besarnya menunjukkan sikap anti kerajaan dengan menuduh kerajaan dan agensi-agensi berkaitan tidak mempedulikan nasib mereka.  Bukan senang untuk memenuhi kehendak semua pihak namun usaha berterusan pihak-pihak terlibat dalam mengintai ruang dan peluang bagi memperbaiki keadaan adalah sangat diperlukan.  Pemimpin-pemimpin persatuan jangan mudah rasa berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai  setakat ini dan yang lebih penting perlu sentiasa brainstorming untuk mencipta kaedah yang lebih kreatif yang membawa kepada situasi menang-menang bukan sahaja tersasar kepada kerajaan semata-mata malah mengajak badan-badan yang berkaitan seperti LTAT supaya tidak berlepas tangan untuk sama-sama bertanggungjawab membantu Veteran ATM kerana tegaknya LTAT adalah bermula dengan setiap sen veteran hari ini.  Tanpa tentera siapalah LTAT.