Pages

Thursday, January 3, 2019

DEMO HELIKOPTER RUSIA DI KUALA LUMPUR



Oleh Paklang hamzah/Foto: Rostec

 Diterbitkan dalam majalah perajurit edisi JAN 2019


Helikopter Mi-171A2 dan Ansat, yang dihasilkan oleh syarikat induk Helikopter Rusia (sebahagian daripada Perbadanan Negara Rostec), telah mengadakan lawatan serta demonstrasi ke negara-negara Asia Tenggara selepas terlibat dengan Airshow China pada 06 hingga 11 November lalu.

Persembahan di Kuala Lumpur pada 03 Dis lalu  adalah merupakan perhentian terakhir dalam siri lawatan ke negara-negara Asia Tenggara. Helikopter Rusia ini telah membuat penerbangan demonstrasi di ruang udara litar Formula Sepang Antarabangsa F1 Sepang telah menggamit para pemerhati dari China Airshow di Zhuhai, China, serta pelanggan-pelanggan berpotensi dari Vietnam, Kemboja, Thailand dan Malaysia yang telah  menyaksikan sendiri keupayaan kedua-dua pesawat dalam sesi demo tersebut. Lebih seribu tetamu dari pengendali helikopter dalam negara dan komersil melawat demonstrasi penerbangan ini.

Secara keseluruhannya Helikopter Mi-171A2 dan Ansat telah mengambil bahagian di dalam program penerbangan tersebut hampir sejauh  5,000 kilometer dengan   mempamerkan ciri-ciri penerbangan serta kecekapan penggunaannya dalam suhu dan kelembapan yang tinggi hampir 100%.

Para pemerhati turut diberi penerangan oleh pakar pemandunya mengenai kelebihan utama yang kompetitif tentang Mi-171A2 dan Ansat serta menyediakan program perkhidmatan selepas jualan.
Ansat adalah helikopter serba guna enjin berkembar ringan yang boleh digunakan untuk pengangkutan barangan dan penumpang, pengawasan, pencarian dan menyelamat, dan operasi pemindahan api dan perubatan. Ia mempunyai kabin terbesar di dalam kelas helikopter, dan kabin mudah dan cepat berubah mengikut konfigurasi yang diperlukan. Ansat diperakui sesuai untuk digunakan dalam iklim panas.

Mi-171A2  pula adalah helikopter serba guna kelas pertengahan yang menggabungkan pengalaman operasi unik helikopter Mi-8/17 dengan pembangunan terkini. Ia boleh digunakan secara berkesan dan selamat siang atau malam, dalam suasana pergunungan pada suhu rendah atau tinggi serta kelembapan tinggi di permukaan banyak air.

Permintaan

Menurut  Pengarah Perindustrian Kluster Penerbangan Rostec,  Anatoly Serdyukov, Asia Tenggara adalah salah satu kawasan perindustrian dan kewangan yang paling pesat berkembang di dunia.  Berdasarkan perjanjian dan perkiraan yang dicapai dalam rangka demo-tour  ini adalah merupakan pengesahan terbaik terhadap  potensi pengeluaran helikopter dengan permintaan awam di negara-negara di rantau ini boleh mencecah 420 buah helikopter dalam dekad yang akan datang yang mana sangat penting bagi Rostec untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam industri helikopter.

Menurut Menteri Industri dan Perdagangan Rusia, Denis Manturov, permohonan yang diterima dalam tempoh demonstrasi  ini  untuk mereka membekalkan lebih dari 70 buah helikopter Rusia bernilai lebih dari setengah bilion dolar ke negara-negara di rantau Asia-Pasifik selama tiga tahun yang akan datang. Jelas terbukti tentang daya saing dan kerelevanan teknologi helikopter Rusia di luar negara hasil dari langkah-langkah kerajaan yang komprehensif untuk menyokong eksport awam Rusia ke pasaran dunia. Sebagai contoh, di China, kontrak ditandatangani untuk 20 helikopter Ansat untuk Persatuan Perubatan Bencana China. Baki 50 buah helikopter telah dirancang untuk penghantaran ke Vietnam, Kemboja, Thailand dan Malaysia. 



No comments:

Post a Comment