Pages

Monday, January 1, 2018

Pingat Jasa Malaysia

Telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit Edisi jan 2018

Oleh: Paklang Hamzah/Foto: Paklang Hamzah


Pingat Jasa Malaysia (PJM)diwujudkan adalah dengan limpah perkenan Kepala Utama Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia bagi menghargai sikap keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang cemerlang dalam menjalankan kewajipan oleh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Pasukan Pengaman dari negara-negara sahabat.

PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang berkhidmat atau telah terlibat dalam operasi secara berterusan selama tiga bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari enam bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM atau telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas bagi tempoh dari 01 Januari 1969 hingga 02 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

PJM adalah Campaign Medal telah dizahir berdasarkan undang-undang bertulis yang diluluskan oleh Parlimen atau badan yang berkuasa membuat undang-undang (statut) yang bertarikh 03 Mac 2004 dan telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Di dalam perkhidmatan, sesuai dengan statutnya sebagai Campaign Medal, pingat ini telah dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya.

Pingat ini berbentuk bulat diperbuat daripada tembaga bersadurkan warna perak.  Permukaan di bahagian hadapan buah pingat tertera ukiran timbul Jata Malaysia dan di bawahnya tertulis perkataan JASA MALAYSIA.  Manakala di sebelah belakangnya tertera ukiran timbul peta Malaysia dan tulisan P.J.M.  Reben berwarna Merah memberi maksud keberanian dan kepahlawanan. Warna Biru Tua menunjukkan perjuangan sentiasa disanjung dan disokong rakyat.  Warna Kuning menunjukkan kedaulatan Raja-raja sebagai Ketua Utama Negeri-negeri dan Jajahan Persekutuan Malaysia.

Penganugerahan PJM ini dibuat adalah berdasarkan permohonan setiap Veteran ATM yang memenuhi kelayakan samada melalui persatuan- persatuan Veteran ATM yang diiktiraf atau memajukan terus ke Cawangan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang terdekat.







No comments:

Post a Comment