Pages

Saturday, October 3, 2015

Tribute Khas Buat Aznan

Kredit coretan ini kpd Lt Kol Mohamad Juraimy  dan Lt Kol  Basri Omar (B) PGB


MEMPERINGATI 22 TAHUN PERISTIWA PERTEMPURAN PASAR BAKARA PADA 3 & 4 OKT 1993 
(KHAS BUAT 1042754 KPL MAT AZNAN AWANG SP)

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji hanya untuk Allah SWT,  Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahnya, saya dpt menyampaikan serta  mengimbas kembali peristiwa bersejarah sempena 22 tahun tragedi 3 & 4 Okt 93 Pasar Bakara yang memberi impak yang cukup mendalam kepada setiap penggempur XIX Mekanize. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Peg Mem 19 RAMD Mek yang ke 22 bersama-sama dengan penggempurx Mekanize memperingati serta mengenang jasa dan pengorbanan anggota pasukan ini ketika menyertai misi pengaman di bawah Panjix Pertubuhan Bangsax Bersatu UNOSOM II di Mogadishu, Somalia bermula pada Jun 93 hingga Jan 94.

Sebelum perwirax dan penggempur Mekanize meneruskan pembacaan ini, marilah kita samax menghadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Kpl Mat Aznan bin Awang yang tekorban di dalam pertempuran ini serta para sahabat yang terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solihin. Al-Fatihah.

Bagi mengimbas kembali peristiwa ini, secara ringkasnya pada tarikh 18 Jun 93, seramai 870 anggota Batalion Ke 19 RAMD Mek telah menyertai misi pengaman di bawah Panjix Pertubuhan Bangsax Bersatu MALBATT 1, UNOSOM II di Mogadishu, Somalia. MALLBAT 1 telah diketui oleh Kol Abdul Latif bin Ahmad sebagai Komander dan Lt Kol Mohamad Rozi bin Baharom Peg Mem 19 RAMD Mek yang ke 10 ditugaskan sebagai Timbalan Komander. Penugasan MALBATT di dalam pelbagai misi telah membawa kepada banyak kejayaan dan sekaligus menaikkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Keberanian perwira dan penggempur XIX Mekanize begitu teserlah semasa terlibat secara langsung dalam pertempuran Pasar Bakara, Mogadishu Somalia. Walaupun kelengkapan tempur yang serba kurang pertempuran pada 3 & 4 Okt 93 di tengahx kota Mogadishu itu benarx memberi satu impak dan pengalaman peperangan sebenar kepada 11 Pegawai dan 103 Lainx pangkat.

Penglibatan MALBATT di dalam misi menyelamat tentera US Ranger dan juruterbang pesawat Blackhawk yang dikepung oleh Militia Farah Aideed pada malam 3 Okt 93 di Pasar Bakara adalah merupakan satuxnya pengalaman pertempuran yang diidam-idamkan oleh setiap anggota tentera yang dilatih untuk bertempur. Walaupun operasi ini dilaksanakan dalam keadaan mendadak dengan serba kekurangan dari aspek perisikan musuh, keadaan medan dan kedudukan objektif, serta masalah komunikasi dan koordinasi diantara tentera asing yang bergabung bersama untuk melaksanakan operasi, tim tempur MALBATT telah berjaya mempamerkan tahap profesionalisma ketenteraan yang cemerlang dan boleh dibanggakan.

Dalam konteks ini, semasa misi tersebut, pasukan ini telah berjaya mencapai kejayaan yang besar di mana ketumbukan pasukan telah berjaya menyelamatkan 75 anggota Rangers Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara pada 3 & 4 Okt 93. Tindak tanduk anggota MALBATT dalam operasi tersebut telah disanjung tinggi oleh semua pasukan pengaman UNOSOM II. Dalam pertempuran yang berlaku selama enam jam itu, puak Militia Farah Aideed telah menembak beratus-ratus Launcer RPG dan beribu-ribu butir peluru mesingan ke arah kumpulan penyelamat. Kemuncak pertempuran berlaku semasa tim tempur MALBATT mencecah pinggir objektif. Ungkapan "PANTANG MENYERAH SEBELUM AJAL" tertanam kukuh di sanubari setiap anggota MALBATT walaupun, menyedari bahaya yang bakal dihadapi serta semangat keperwiraan  yang tertanam di dalam diri individu menyebabkan meŕeka tidak kenal erti takut terhadap tembakan musuh.  Pihak Quick Reaction (QRF) dari 2/14 Infantry Regiment US  Army telah menyaksikan sendiri reaksi berani anggota MALBATT dalam menanggani senario pertempuran yang amat tertekan dan terdesak. Diatas keberanian luar biasa dan kejayaan yang ditunjukkan oleh penggempur Mekanize, seorang anggota pasukan ini iaitu Kpl Mat Aznan bin Awang telah tekorban dan dikurniakan Darjah Keberanian Tertinggi Persekutuan, Seri Pahlawan  Gagah Perkasa (SP) dan 6 orang lagi dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB).

Kecekapan penggempur Mekanize ini telah membuktikan bahawa mereka telah dilatih dengan secukupnya dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan semua tugas yang diberi dalam misi tersebut. Semangat gigih serta setiakawan yang cukup tinggi telah berjaya membantu kejayaan operasi serta menyelamatkan banyak anggota MALBATT sendiri dan tentera Amerika. Kecekapan dan kecekalan mereka secara langsung telah menghasilkan kejayaan pada misi menyelamat tersebut. Sesungguhnya juga, Penggempur Mekanize ini telah mendapat pertolongan dari Allah SWT di dalam saatx pertolongan yang amat diperlukan.

Sesungguhnya, kecemerlangan warga XIX Mekanize ini telah mengankat martabat Tentera Darat Malaysia (TDM) menjulang tinggi nama baik Malaysia di persada antarabangsa. Pengorbanan, perjuangan dan pengabadian warga XIX Mekanize di Pasar Bakara telah diiktiraf dengan 'Battle Honour' di Panjix pasukan. Sejak 22 tahun lalu, tarikh keramat 3 & 4 Okt 93 tidak pernah dilupakan oleh setiap warga pasukan ini dan kini saya sebagai Peg Mem 19 RAMD Mek berjanji akan meneruskan tampuk pemerintahan dan menjadi tulang belakang dalam mencorak XIX Mekanize ini agar meneruskan tradisi kecemerlangan pasukan ini. Untuk maklumat perwira & penggempur Mekanize semua, angka 22 cukup signifikan buat saya pada tahun 2015 ini memandangkan 22 tahun saya terlibat secara langsung didalam  pertempuran Pasar Bakara. Disamping itu, tarikh 22 Jun 2015 dengan rasminya saya menjawat jawatan sebagai Peg Mem 19 RAMD Mek dan merupakan Peg Mem 19 RAMD Mek yang ke 22. Sekian, terima kasih.

"TEGAK TEGUH GAGAH PERKASA"

LT KOL MUHAMAD JURAIMY BIN ARIPIN
PEG MEM 19 RAMD MEK
2 OKTOBER 2015/ 18 ZULHIJJAH 1436H
ote from Royal Bird
http://bit.ly/Notepad_Pro



No comments:

Post a Comment