Pages

Wednesday, April 1, 2015

TLDM – 81 TAHUN GAGAH DI SAMUDERA RAYA

Telah diterbitkan di dalam majalah Perajurit edisi April 2015


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke 81 April ini sentiasa  berusaha menjadikan sebuah organisasi pertahanan maritim yang terunggul di rantau ini dan kelihatan tidak putus asa untuk terus merancang dan memantapkan struktur organisasinya walaupun dalam suasana perolehan aset tempur yang agak lembab.  Dengan struktur organisasi pemerintahan seperti mana yang ada pada hari ini TLDM dijangka tidak mempunyai masalah untuk tampil sebagai sebuah angkatan laut yang kredibel di rantau ini jika kerajaan bersedia membeli lebih banyak lagi aset-aset tempur dan persenjataan yang diperlukan oleh TLDM dalam usaha mengukuhkan pertahanan di wilayah-wilayah laut yang dipertanggungjawabkan.


Pengwujudan markas-markas pemerintahan yang baharu dijangka memberi ruang yang cukup luas kepada pemerintahan TLDM di peringkat tertinggi dan di peringkat markas memerhati dan mengawal permasalahan dan keperluan yang boleh mengganggu hala tuju serta kelicinan proses ke arah pengeluaran produk perkhidmatan yang terbaik kepada ketenteraman negara.  Namun begitu jika tiada perolehan ketara bagi menampung kekurangan yang sedang berlaku dalam flotila-flotila maka struktur yang kelihatan mapan ini mungkin akan kelihatan cantik di peringkat pentadbiran sahaja sedangkan tugas hakiki TLDM dalam menguatkuasakan pertahanan maritim tidak berada di tahap sebenar.

Markas Tentera Laut (MTL) merupakan markas tertinggi dalam hierarki organisasi di mana Panglima Tentera Laut (PTL) selaku ketuanya diikuti dengan tahap kedua yang dibarisi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL)  yang bertanggungjawab kepada PTL bagi mengetuai organisasi MTL itu sendiri serta panglima-panglima yang mengetuai Markas-markas Pemerintahan seperti Markas Pemerintahan Armada (MPA), Markas Pemerintahan Bantuan (MPB) dan Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL TLDM). TPTL dan Panglima-panglima markas pemerintahan adalah bertaraf Laksamana Madya.

- Unit-unit di bawah Organisasi MTL ialah Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perisikan Laut, Bahagian Operasi dan Exsesais, Bahagian Material, Bahagian Perancangan Pembangunan, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Pengurusan Strategik dan Bahagian Pentadbiran.  Setiap bahagian diketuai oleh Asisten Ketua Setaf (AKS) yang bertaraf Panglima melainkan Bahagian Perisikan Laut yang bertaraf Kepten.


Markas-markas Pemerintahan Dan Naungan

Pada 14 Julai 2014 yang lalu, MPA sekali lagi menyaksikan perlantikan Panglima baharu  bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi Abdul Rashid yang bersara daripada perkhidmatan setelah menyempurnakan perkhidmatan beliau selama 40 tahun 8 bulan bersama TLDM.  Penggantinya Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli merupakan Panglima  Armada yang ke-20 sejak MPA ditubuhkan pada September 1980.
MPA merupakan satu formasi utama yang menggemblingkan aset dan modal insan bagi merangka serta penjanaan kuasa tempur TLDM umumnya.  MPA merupakan tunjang kepada pengoperasian aset maritim yang telah dibahagikan kepada beberapa flotilla. 

MPA juga turut di bantu oleh markas-markas dan unit-unit lain yang bertanggungjawab memperincikan perancangan, perlaksanaan pengawasan di lapangan seperti Markas Wilayah Laut Satu (Mawilla 1) yang berpusat di Tanjong Gelang Kuantan yang memantau keadaan di laut Pantai Timur Semenanjong. Beberapa aset tempur yang diletakkan di area ini mampu memberi perlindungan dan tentangan berdasarkan keupayaan dan kesiapsiagaan semasa.
Markas Armada

Markas Wilayah Laut Dua (Mawilla 2) yang kini telah berpindah dari Labuan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) yang akan memusatkan pemerhatian di perairan laut negeri Sabah dan Gugusan Semarang Peninjau (GSP). Beberapa buah kapal yang ditempatkan sepenuh masa di Mawilla 2 bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan.

Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) berpangkalan di Pulau Langkawi yang membuat pemantauan di kawasan Selat Melaka Utara. Tiada kapal ditumpangkan di pangkalan ini kerana penugasan aset terus dari Lumut.

Markas Wilayah Laut Empat (Mawilla 4) yang masih di dalam perancangan pembangunan akan mengambil peranan dalam pemantauan di perairan laut Sarawak bila siap kelak.  
 
Lain-lain unit di bawah naungan MPA yang telah dinaik taraf menjadi sebuah markas ialah Markas Udara.  Markas Udara menaungi 3 unsur di bawahnya iaitu KD RAJAWALI yang pentauliahannya  pada 1990 dengan aset udaranya semata-mata pesawat terpakai WASP HAS MK I di namakan Skuadron (skn) 499 telah banyak memberi pengajaran berguna kepada Unit ini dalam menimba ilmu penerbangan. Oleh sebab keusangan aset pesawat maka skuadron ini telah ditamatkan.


- Skn 501 adalah skuadron bagi penjagaan dan perawatan pesawat helikopter Super Lynx 300 Mk 100 memasuki perkhidmatan bagi membantu aset-aset permukaan di dalam peperangan atas permukaan (ASuW), bawah permukaan (ASW), pengawasan sasaran melampaui  garis ufuk (OTHT), operasi khas PASKAL di samping melaksanakan tugas-tugas am dalam bentuk misi kemanusiaan seperti Bodevec, Medevec dan lain-lain.  

-Skn 502 yang mengoperasikan 6 buah pesawat AS 555 Fennec sebagai pesawat latihan dan lain-lain peranan yang hampir sama dengan Super Lynx 300 Mk 100 meski pun pesawat ini tidak membawa persenjataan berat.  Namun begitu bagi pertahanan diri dan sokongan penembakan pesawat ini dipasang dengan tenggekkan mesingun MGKA berkaliber 7.62mm.

- Markas PASKAL yang menaungi KD PANGLIMA HITAM iaitu sebuah unit elit pengempur yang berwibawa dan digeruni di medan peperangan maritim.

- Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang menaungi KD DUYUNG  yang bertanggungjawab melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan penyelaman, kejuruteraan bawah air, pemusnahan bawah air, pemusnahan periuk api dan pelbagai lagi.

- Markas Kapal Selam yang Unit di bawahnya ialah KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN ABDUL RAZAK .

- Markas Pangkalan Sandakan terletak di Bandar Sandakan Sabah.  Unit di bawahnya ialah KD SRI SANDAKAN. Beberapa buah kapal ditempatkan di Pangkalan sebagai pemerhati rapat yang mampu bertindak untuk menghadapi segala kemungkinan.

- Beberapa  unit kecil yang juga di bawah naungan MPA ialah Pusat Taktikal Marin (PUSTAKMAR) iaitu pusat latihan simulasi taktikal peperangan kepada tim Aksi Informasi dan Organisasi (AIO) kapal. 

- Stesyen-stesyen Komunikasi yang berada di kawasan persekitaran pangkalan TLDM Lumut. 


Dengan kolaborasi markas-markas dan unit-unit di bawah naungan, MPA dengan penuh yakin berupaya merancang dan mengatur gerak aset dan modal insan yang sedia ada dalam melaksanakan peranan dan objektif markas. 

Markas Pemerintahan Bantuan (MPB) yang turut menaungi beberapa buah markas lagi di bawahnya seperti Markas Kejuruteraan, Markas Pangkalan Lumut dan Markas Material.  MPB bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut (PTL) dalam hal ehwal Pangkalan Lumut, pembekalan stor dan alatganti serta senggaraan aset. MPB dan markas naungannya berpusat di Pangkalan TLDM Lumut.

Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL TLDM) sebenarnya terletak di Jalan Semarak Kuala Lumpur namun begitu kebanyakan unit-unit sokongan latihan lanjutan LLP dan pegawai serta Pusat Kepimpinan TLDM berpusat di dalam Pangkalan TLDM Lumut cuma Pusat Latihan  asas Perajurit Muda iaitu KD SULTAN ISMAIL (KDSI) sahaja yang beroperasi di Tanjong Pengelih Kota Tinggi Johor yang mana mempunyai prasarana lengkap sebagai sebuah pusat latihan asas yang juga dilengkapi dengan sebuah dermaga bagi kemudahan kapal-kapal latihan merapat untuk tujuan latihan penyesuaian kepada pelatih-pelatih baharu tentang budaya kerja dan kehidupan navy peoples selepas mereka diterima bertugas di pelbagai flotilla setamat kursus asas nanti.


Pusat Hidrografi Negara (PHN) yang terletak di Pulau Indah Pelabuhan Kelang Selangor adalah merupakan kesinambungan daripada penubuhan Cawangan Hidrografi TLDM yang ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mengubahsuai sebuah kapal MCMV untuk melaksanakan tugas-tugas pengukuran.  Pada 31 Oktober 1972, kabinet telah memutuskan dengan melantik TLDM sebagai agensi yang bertanggung jawab terhadap kerja-kerja pengukuran hidrografi di Malaysia. 

Untuk tujuan itu sebuah kapal telah dibina di Limbungan Hong Leong-Lurssen Butterworth dan memulakan perkhidmatan dengan TLDM pada Januari 1978.  Kapal yang berukuran 71 meter panjang dan 13 meter lebar dengan keanggotaan 155 orang Pegawai dan LLP telah diberi nama dengan KD MUTIARA (151). 

Sebuah lagi kapal untk kegunaan hidrografi telah dibina juga di Limbungan Hong Leong- Lurssen Butterworth dengan reka bentuk firma Krogerwerft Jerman yang telah memulakan perkhidmatan dengan TLDM pada tahun 1996 dengan nama  KD PERANTAU (255) sempena nama kapal hidrografi pertama yang telah dilucutkan tauliah.  Kedua-dua kapal ini dilengkapi dengan peralatan hidrografi moden yang serba canggih. Sehingga pada tahun 1990an TLDM telah mula mengguna pakai carta MAL dan publikasi-publikasi yang dikeluarkan oleh PHN.

Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (PSSTLDM) turut diberi bayangan oleh TLDM tentang kewujudannya.  Namun begitu penubuhan sebuah markas bagi menaungi dan menjadi perancang kepada pengoperasian pasukan-pasukan simpanan ke arah yang lebih dinamik dan sistematik adalah sangat relevan memandangkan kekuatan ketumbukan PSSTLDM mencecah angka yang mampu diaturgerak sebagai pelapis angkatan tetap bila mana diperlukan.

Armada

Kewujudan TLDM adalah bertitik tolak daripada kewujudan armada itu sendiri bermakna tanpa armada, TLDM tidak akan wujud. Kewujudan Amada TLDM boleh dikatakan bermula se awal pembentukan
Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) iaitu bermula dengan sebuah kapal Korvet Kelas Flower HMS LABURNUM yang dihadiahkan oleh Royal Navy sebagai pelantar latihan kepada anggota SSNVR pada tahun 1935.  Namun begitu HMS LABURNUM telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaaktu perang dunia kedua.

Armada TLDM dibahagikan kepada 4 flotila iaitu Flotila Serang, Flotila Bantuan, Flotila Latihan dan Flotila Rondaan. Flotila membawa maksud  kumpulan kapal-kapal di dalam Armada yang mana setiap flotila mempunyai tugas-tugas khas tertakluk kepada jenis dan kemampuan sesebuah kapal berdasarkan sistem persenjataan dan ekuipmen utama yang dibawa.


Flotila Serang merupakan pemukul bahagian hadapan dan berupaya menangani ancaman perang 4 dimensi.  Keupayaan dan kebolehan pelantar dalam flotilla ini tidak dirujuk kepada saiz fizikal tetapi ianya lebih kepada kemampuan sistem persenjataan utama dan skunder serta penderia-penderia sokongan serta sistem dorongan yang menghasilkan keupayaan mobiliti yang tinggi. 

Corvette ke 22 Kelas Kasturi - KD KASTURI (25) dan KD LEKIR(26). Skuadron ini telah berjaya melaksanakan Pemanjangan Jangka Hayat (SLEP) yang mana beberapa perubahan sistem persenjataan dan pemodenan ekuipmen yang lebih canggih dan kontemporari mengikut perkembangan teknologi semasa dan lebih mesra pengguna.


Jenis Corvette Guided Misile (FFG)
Pembuat Blohm + Voss (HDW) di Kiel, Jerman
Ditauliah15 Ogos 1984
Sesaran 1850 tan (berat penuh)
Panjang 97.3 meter (319.1')
Lebar 11.3 meter (37.1’)
Draf kedalaman 3.5 meter (11.5’)
Propulsi 4 x MTU 20V 1163 TB92 CODAD (21400 shp)
Kelajuan 28 knot
Persenjataan: Peluru Berpandu  8x MM40 Exocet block II anti kapal, Meriam: 1x, 1x Bofors 57mm/70, 2x2 MSIDS30B kembar
Torpedo: 2x3 B515 untuk torpedo A244S Whitehead
Penderia Penjejak udara/permukaan: Thales DA08
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan Tembakan: Thales Mirador
Sonar: ATLAS Elektronik DSQS-21C
Peperangan elektronik: DR3000S ESM, Scimitar ECM
Krew 128


Skuadron Frigate ke 23- KD JEBAT (29) dan KD LEKIU (26).
Jenis Frigate Guided Misile (FFG)
Pembuat BAE Systems Marine, Glasgow (dahulunya Yarrow Shipbuilders)
Ditauliah 9 Oktober 1999 (Lekiu)/ 20 November 1999 (Jebat)
Sesaran 1845 tan, 2390 tan (berat penuh)
Panjang 105.5 meter
Lebar (346’) 12.8 meter (42’)
Draf kedalaman 3.6 meter (11.8’)
Propulsi 4 Diesel MTU CODAD 24500kW (33300 shp)
Kelajuan 28 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 8x MM40 Exocet SSM, 16x Sea Wolf SAM VLS
Meriam: 1x 57mm meriam utama Bofors, 2x 30mm sekunder MSI
Torpedo: 2x 3 B515 324mm (12.75in) Stingray anti kapal selam
Penderia Penjejak udara: Signaal DA08
Penjejak permukaan: Ericsson Sea Giraffe 150HC
Navigasi: Racal Decca
Kawalan Tembakan: 2x Marconi 1802
Sonar: Thomson-Sintra Spherion aktif serang/jejak Peperangan elektronik: AEG Telefunken/Marconi Mentor ESM, MEL Scimitar ECM
Krew 145
Frigate 2000 menjadi taruhan jika dikehendaki untuk bersabung

Skuadron Corvette ke 24 Laksamana Class- KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN (136), KD LAKSAMANA HANG NADIM (134), KD LAKSAMANA TAN PUSMAH (137), KD TUN ABDUL JAMIL(135)
Jenis Corvette Guided Misile
Pembuat Assad/Laksamana
Ditauliah Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137)
Sesaran 705 tan (berat penuh)
Panjang 62.3 meter (204.4’)
Lebar 9.3 meter (30.5’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8’)
Propulsi Propulsi 4x Diesel MTU 20V 956 TB 92 14800kW
Kelajuan 36 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 6x OTO Melara/Matra Otomat Teseo Mk2 anti kapal,4x pelancar Selenia Elsag Albatros untuk Aspide SAM
Meriam: 1x OTO Melara 76mm/62 Super Rapid, 2x Breda 40mm/70 sekunder kembar
Torpedo: 2x3 ILAS-3 324mm (12.75in) Whitehead A244S
Penderia Penjejak udara/permukaan: Selenia RAN 12L/X Navigasi: Kelvin Hughes 1007 Kawalan Tembakan: 2x Selenia Orion 10X Sonar: Atlas Elektronik ASO 84-41 Peperangan elektronik: Selenia INS-3 ESM, Selenia TQN-2 ECM
Krew 47




Skuadron Kapal Selam - KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK.
Jenis Kapal Selam Penyerang Konvensional (SSK)
Pembuat Perancis
Ditauliah 2009
Sesaran 1700 tan
Panjang 67.5 meter
Draf kedalaman 5.4 meter
Propulsi 2x Diesel 1250 KW setiap satu
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Peluru Berpandu: 6x tiub torpedo 21 inci untuk 18 torpedo atau peluru berpandu SM39 Exocet anti kapal
Penderia Sistem Tempur: SUBTICS
Sonar: aktif serang/jejak dan pasif.

Flotilla Latihan terdiri daripada pelantar yang mempunyai keupayaan khusus dalam menyediakan fasilitas untuk sesuatu latihan terutamanya dalam konteks ilmu kelautan, evolusi malah juga untuk bina semangat.  Flotilla ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada angkatan tetap TLDM malah juga menjadi pelantar sokongan untuk Pegawai Dalam Latihan (PDL), PSSTLDM dan agensi-agensi luar.

- Skuadron 21 Frigate KD HANG TUAH (76). Sejarah kapal ini sangat unik yang bermula dengan nama BLACK STAR yang dibina untuk keperluan Ghana Navy namun setelah Presiden Ghana digulingkan, perolehan kapal ini terbantut namun pihak Yarrow Shipbuilder meneruskan pembinaan kapal ini sehingga siap.  Setelah tersadai selama 6 tahun kapal ini diserahkan kepada Royal Navy dan di buat penambahbaikan dan naik taraf dan ditauliahkan sepenuhnya pada 16 Mei 1973 dengan nama HMS MERMAID dan telah berkhidamat dengan Royal Navy selama 4 tahun.  Ditauliahkan semula dalam perkhidmatan TLDM dengan nama KD HANG TUAH menggantikan KD HANG TUAH lama yang sebelumnya ialah HMS LOCH INSH pada 22 Julai 1977.  Namun begitu  KD HANG TUAH juga di beri nafas baharu dengan penambahbaikan dan naik taraf seperti yang ada pada hari ini.

Jenis Frigate Kelas Mermaid
 Pembuat:Yarrow Shipbuilder, Scottoun Yard
Mula dibina: 1973
Ditauliah: 1977
Sesaran: 2300 tan
Panjang: 105.5 meter
Lebar: 12.2 meter
Kelajuan : Maksima 18 knots, Ekonomi 12 knots
Meriam: 1x Bofors 57MK1 (A gun) dan 2 x Bofors 40/70 (Y-Gun)
Radar Navigasi: Kelvin huges1007 I -band
Draf kedalaman 4.9 meter
Jentera Utama: 2 x Stock Wartsila Diesel 12V SW 280
Janakuasa:3 x Wartsila SACM UD 25 12V
Aci: 2 x CPP Kamewa
Bot: 2 x RHIB (Evinrude 115HP), 2 x Gemini (Yamaha 40HP)
Krew: 210

- KLD TUNAS SAMUDERA (A13). Sebuah kapal layar yang dihadiahkan oleh kerajaan British kepada TLDM.  KLDTS diberi peranan dalam usaha membina jati diri modal insan melalui variasi latihan secara kolektif termasuk dalam aspek pengendalian layar, navigasi dan ilmu kelautan. Program sebegini merupakan usaha mencungkil dan mendedah bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk menentukan kesinambungan warisan maritim ini menjadi budaya negara dan mampu bersaing di persada antarabangsa.

Peluang dan pendedahan ini bukan sahaja dinikmati oleh anggota TLDM tetapi sebenarnya ada agensi-agensi kerajaan dan swasta lain turut menikmati kemudahan ini seperti May Bank Berhad, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran dengan menghantar pelatih-pelatih tajaan mereka mengikuti program yang dianggap mencabar. Sepanjang tahun program voyage diatur untuk memenuhi keperluan dengan memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan budaya maritim di samping membina ketahanan jati diri dan menerapkan nilai kerjasama dan semangat kerja berpasukan.
Sesaran 239 tan
Panjang 35 meter
Lebar 7.8 meter
Kelajuan 9 knots
Jentera utama 2 x injin diesel Perkins
Radar Navigasi: Racal Decca

- TEGUH SAMUDERA DAN GAGAH SAMUDERA Skuadron baharu kapal latihan yang sudah pun dilancar ke air iaitu  bakal di serap di bawah flotilla ini.  Teguh Samudera dibina oleh syarikat tempatan iaitu NGV Tech Sdn. Bhd  dengan usaha sama NGV Tech Sdn Bhd dan Syarikat Daewoo Shipbuilding Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan. Skuadron ini sudah berada dalam peringkat akhir persiapan untuk diserahkan kepada TLDM.

Sesaran 1270 tan metrik
Panjang 75.9meter
Lebar 11.0 meter
Draf 3 m
Jentera Utama 2 x MAN 9L27/38
Aci CPP 4 Blade
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam Main Gun 30mm &7.62 GPMG
Krew 47 + 60 pelatih

Flotila Rondaan terdiri daripada skuadron kapal-kapal dari pelbagai saiz yang tidak dilengkapi dengan persenjataan utama namun masih mengekalkan sistem persenjataan sekunder.  Skuadron New Generation Patrol Vessel  ini mampu dilengkapi dengan sistem kombat dan sistem persenjataan utama yang terkini pada bila-bila masa jika memerlukan untuk berbuat demikian.

-Skuadron NGPV ke 17- KD KEDAH (171), KD PAHANG (172), KD PERAK (173), KD TRENGGANU (174), KELANTAN (175), KD SELANGOR (176).
Jenis Kapal Ronda
Pembuat Blohm + Voss/Howaldtswerke, German Naval Group (GNG) Boustead Naval Dockyard
Ditauliah Pertama 5 Jun 2006 (Kedah) dan terakhir / 28 Dis 2010 (Selangor)
Sesaran 1650 tan (berat penuh)
Panjang 90.1 meter
Lebar 12.8 me ter
Draf kedalaman 3.6 meter
Propulsi 2x Caterpillar 3616 (5450kW) diesel, 16000 bhp, 2 shaf controllable pitch propeller
Kelajuan 24 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 4x MM40 Exocet SSM (FFBNW), 1x battery RAM SAM (FFBNW)
Meriam: 1x Oto Melara 76mm/62 Rapid , 1x Oto Melara/Mauser 30mm
Torpedo: (FFBNW)
Penderia Penjejak udara/permukaan: EADS TRS-3D/16 ES
Navigasi: STN Atlas 9600
Kawalan Tembakan: Oerlikon Contraves TMEO/TMX
Sonar: L-3 NDS 3060
Peperangan elektronik: Thales Sceptre X/Sealion ESM, Sippican ALEX Mk 137 ECM
Krew 70+

Skuadron 1 FAC (G) – KD PERDANA (3501), KD GANYANG (3504), KD GANAS (3503) KD SERANG (3502).  Skn ini sebenarnya FAC(M) tetapi diturunkan taraf kerana tidak lagi membawa misil sebagai persenjataan utama.
Jenis Kapal Ronda Laju,(Gun)
Pembuat Perancis
Sesaran 265 tan
Panjang 47 meter (154.2’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 3.9 meter (12.8’)
Propulsi 4 MTU MD 16V 538 TB90 diesel 8820kW
Kelajuan 36.5 knots
Persenjataan
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors

Skuadron 2 FAC (G) - KD HANDALAN(3511),  PERKASA(3512), KD PENDEKAR(3513), KD GEMPITA (3514). Skn ini juga bermula dengan FAC(M) tetapi diturunkan taraf kerana tidak lagi membawa misil sebagai persenjataan utama.
Jenis Kapal Ronda Laju,(Gun)
Pembuat Sweden
Sesaran Sesaran: 240 tan
Panjang 43.6 meter (142.6’)
Lebar 7.1 meter (23.3’)
Draf kedalaman 2.4 meter (7.4’)
Kelajuan 34.5 knots
Persenjataan
Peluru berpandu: 4x MM38 Exocet SSM
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors
Torpedo: tiada
Penderia Penjejak permukaan: Philips 9GR 600
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan tembakan: Philips 9LV 212
Sonar: tiada data
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM

Skuadron 6 FAC (G) – KD PAUS (3507), KD PARI (3510), KD YU (3508), KD TODAK (3506), KD BAUNG (3509), KD JERONG (3505)
Jenis Kapal Ronda Laju (Meriam)
Pembuat Lurssen Werft Bremen, Jerman
Sesaran 244 tan
Panjang 44.9 meter (147.6’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8.2’)
Kelajuan 32 knots
Persenjataan Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors,
1x 40mm70 sekunder Bofors
Penderia Penjejak permukaan: Kelvin Hughes 1007
Navigasi: Racal Decca 1226
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM

 Skuadron PC 13 Kelas Sabah- KD SRI JOHOR (49) dan KD SRI PERLIS (47).
Jenis Kapal Ronda  (Meriam) yang ditempah dari firma Vosper Ltd Portmouth England pada tahun 1963 dan berada dalam perkhidmatan TLDM bermula dari tahun 1964.  Menjadi pelantar rondaan utama dalam era pembentukan Malaysia serta memberi perkhidamatan yang sangat cemerlang dalam usaha menyekat pencerobohan Tentera Indonesia melalui jalan laut pada zaman konfrontasi.  Menyertai Operasi Cabut di perairan Laut China Selatan bagi menyekat kemasukan pendatang atau pelarian Vietnam yang lari dari pergolakan dalam negara mereka.  Kekuatan asal skuadron ini adalah sebanyak 8 buah. Selain dibuat pelupusan dan hilang di laut, selebihnya telah dilucutkan tauliah dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim.
Sesaran 98 tan
Panjang 31.4 meter
Lebar 6 meter
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam: 2x 40/70 mm Bofors
Radar Navigasi: Racal Decca 1226
Flotilla bantuan adalah merupakan platform yang berupaya di dalam memberi bantuan samada dalam bentuk pengangkutan dan penghantaran bekalan dan logistik atau bantuan dalam operasi-operasi lain seperti penyediaan laluan selamat, pengukuran dan penghantaran trup untuk operasi amfibi dan sebagainya. Flotila ini mengandungi pelbagai jenis dan saiz pelantar dan mempunyai kefungsian tugas yang berbeza.

Skuadron 31 MPCSS - KD MAHAWANGSA (1504) dan KD SRI INDERA SAKTI (1503).
Jenis Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS)
Pembuat Korea Selatan
Ditauliah 1983
Sesaran 4300 tan (sesaran penuh)
Panjang 100m (328')
Lebar 15m (49')
Draf kedalaman 4.75m (15.5')
Propulsi 2x Deutz diesel, 2 shaf, 5986 bhp
Kelajuan 16.5 knot
Persenjataan Meriam:2 x 57mm/Dual Purpose, 2 x 20mm anti udara
Muatan keupayaan membawa 600 tentera, ruang kargo 1,000 meter padu, 10 x kontena 20', 680 meter persegi ruang kenderaan
Krew 136

Skuadron Penyapu Periuk Api (MCMV) – KD MAHAMIRU (11), KD JERAI(12), KD LEDANG (13), KD KINABALU(14).
Jenis Penyapu Ranjau
Pembuat Itali
Ditauliah Pertengahan tahun 80an
Panjang 51 meters (170 ka)
Kelajuan Kelajuan: 16 knots
Persenjataan 1 x Bofors 40 mm L/70
penderia Thomson Sintra TSM 2022 sonar
Thomson-CSF radar

Skuadron Fast Troop Vessel (FTV) – KD Sri Gaya (332) dan KD Sri Tiga
adalah 2 buah kapal yang digunakan sebagai pengangkut trup dan ransum dari Sabah ke Gugusan Semarang Peninjau (GSP) serta ke lain-lain destinasi jarak dekat.

Skuadron Tunda – KTD KEPAH, KTD PENYU dan Bot TUNDA 1- Memberi perkhidmatan penundaan, menolak dan menarik terutamanya dalam memberi bantuan kepada kapal-kapal besar untuk merapat dan berlepas dari dermaga. Dilibatkan dalam operasi-operasi khas seperti penundaan sasaran dan sebagainya. Namun begitu KTD PENYU telah dijadikan pelantar khas dalam operasi hidrografi.

Auxiliary – BUNGA MAS LIMA (BM5) dan BUNGA MAS ENAM (BM6). Tercetusnya idea transformasi BM 5 ialah bermula dari OPERASI FAJAR (OPS FAJAR) pada tahun 2008 memandangkan penugasan kapal-kapal TLDM untuk pengawasan ini menelan kos yang terlalu tinggi. Satu konsep kolaborasi dan perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC telah termeterai. Dua buah kapal dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM BM 5 dan BM 6 bagi menyelesaikan satu masalah negara khususnya ATM mengekang ancaman baharu peperangan tidak simetri di luar wilayah laut negara.

-MV MEGA BAKTI  adalah sebuah kapal Submarine Escape and Rescue-Intervention (SMER-I) .  Kapal ini telah dibina dan direka khas oleh Kepple Singmarine, Singapura  oleh syarikat Target Resourses Sdn Bhd (TRSB). Sebagai syarikat pembekal kapal SMER-I, TRSB kemudiannya telah mengikat kontrak dengan TLDM dan telah menandatangani kontrak pada 12 Jul 2012. TLDM telah menerima kapal MEGABAKTI secara rasminya pada 24 Sep 2013 dan diletakkan di bawah Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu Sabah.
Sesaran 3451 MT
Panjang
79.65 Mtrs
Lebar
17.00 Mtrs
Kelajuan 17knots
SMER-I Deck 550 M²
Bahan Bakar 960 M³
Air Bersih 400 M³
Tech Water 120 
Kekuatan  88 krew + 6 pegawai.

Skuadron Bot Tempur CB90-  Skuadron Tempur CB90 mempunyai 2 versi iaitu CB90H dan CB90HEX. Perolehan awal bagi skuadron 1 ialah sebanyak 5 buah CB90H yang dinamakan sebagai TEMPUR 11 dan TEMPUR 12 yang dibekalkan oleh N Sundin Dockstavarvet AB dan TEMPUR 13 dan TEMPUR 14 dibekalkan melalui PSC Naval Dockyard pada tahun 1999 dan TEMPUR 15 sebuah CB90 terpakai diperolehi pada tahun 2000.

Perolehan CB90HEX sebagai Skuadron kedua secara berperingkat mulai dengan fasa pertama pada 23 Ogos 2001 di Sandakan sabah iaitu TEMPUR 21, TEMPUR 22, TEMPUR 23, TEMPUR 24 dan TEMPUR 32. Dikuti dengan perolehan fasa kedua pada Okt 2001 di Pelabuhan Kelang iaitu TEMPUR 33 dan TEMPUR 34 bagi skuadron ketiga.  Perolehan fasa ketiga yang melibatkan TEMPUR 41, TEMPUR 42, TEMPUR 43 dan TEMPUR 44 pada Dis 2001 di Sandakan Sabah diletakkan di bawah skuadron keempat.
Penempatan Skuadron 1 CB90 adalah di PTKK, Di Sandakan sebanyak 7 buah iaitu TEMPUR 21, TEMPUR 22, TEMPUR 23, TEMPUR 32, TEMPUR 33, TEMPUR 34, TEMPUR 42.
TEMPUR 41, TEMPUR 43, dan TEMPUR 44 di tempatkan di MPA manakala TEMPUR 24 di KDSI Tanjong Pengelih.

Panjang 16.1 meters
Lebar 3.8m
Kelajuan Kelajuan 35 knots
Jentera Utama CB90H 2x Scania 2 x 410 Impeller sistem water jet. 
CB90HEX 2 x Carepiller
Janakuasa 588kw.

CB90 berupaya mendarat di pantai dan berupaya melakukan pusingan 360 darjah semasa dalam kelajuan maksima.  Apa yang lebih penting ialah CB90 mampu memberi perlindungan kepada krew dari serangan senjata kecil musuh semasa membuat serbuan.

Kesimpulan


Perkembangan terbaharu TLDM ialah pengumuman PTL tentang kedudukan  Skuadron FAC (M) 1 dan FAC (M) 2 yang telah di turun taraf dari Flotila Serang kepada Flotila Rondaan ekoran
daripada tindakan TLDM menamatkan peluru berpandu Exocet MM38 yang tiada lagi dalam inventori TLDM. Skuadron FAC Kelas Perdana sudah pun menjangkau 42 tahun dan skuadron FAC Kelas Handalan sudah 35 tahun dalam perkhidmatan TLDM tentunya usia sebegini bagi sesebuah kapal perang adalah sudah tidak lagi mampu berpencak dengan cergas di samudera.

Kerajaan tidak harus memandang ringan tentang keperluan TLDM ini yang mana dengan penurunan taraf ini , Flotila Serang yang sudah sedia kekuarangan pelantar penggempur akan menjadi bertambah kurang dan tiada bersengat lagi.

Apa tindakan yang perlu kerajaan ambil ialah bukan sahaja menggantikan pelantar yang terlibat malah kerajaan perlu menambah beberapa skuadron lagi yang bersaiz FAC M dan LCS bagi memanpung kekurangan di posisi  serangan yang hanya berbaki 10 buah pelantar sahaja lagi.  Angka ini tentunya sangat jauh dari angka mencuckupi bagi mengekang provokasi dan pencerobohan berbanding keluasan kawasan tanggungjawab yang harus dipikul oleh TLDM.



Perkembangan semasa krisis di Perairan  Timur Sabah telah memaksa sebahagian aset di‘paksa’ berhijrah untuk mengekang ancaman yang bersifat kemungkinan serangan Puak Kiram akan berlaku dan aktiviti percolekan dan perlanunan yang semakin agresif atas dasar balas dendam sekali gus menjadi satu sumber ekonomi yang lumayan bagi penceroboh dalam ‘perniagaan’ tebusan.   
Tidak mustahil jika serangan pihak Sulu benar-benar terjadi, semua aset akan diaturgerak ke Sabah bagi memagari setiap jalan laut yang dikira tersangat luas berbanding jumlah aset maritim penguatkuasa yang ada.  Bagaimana jika dalam masa yang sama Perairan Semenanjong juga menerima ancaman.? Apakah dengan 10 buah pelantar dari flotila Serang yang berbaki mampu bertahan.?....Imaginasi yang sangat menakutkan jika negara tiba-tiba terjebak dengn kancah peperangan.






1 comment: