sumber utusan
LABIS 23 Jan. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.
Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.
Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.
"Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.
"Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan," katanya di sini hari ini.
Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.
Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.
Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.
Ditanya mengenai apakah jenis persenjataan yang akan dipasang pada kapal perang tersebut, sumber tersebut berkata, pihak TLDM sedang mengkaji perkara berkenaan tetapi beliau yakin, jenis peluru berpandu sedia ada akan digunakan kecuali melibatkan pertahanan udara.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberitahu, kapal LCS yang bakal dibina bagi memperkukuhkan perairan negara tidak lagi mengguna pakai konsep fitted for but not with seperti aplikasi pada kumpulan pertama kapal NGPV jenis KD Kedah.
mengapa kapal ini tidak dibina dilimbungan kapal labuan shipyard seperti janji sebelu pru12
ReplyDeletekesian penduduk labuan semakin terhimpit dengan harga barangan yang mahal
apa kaitan pembuatan kapal di Lumut & harga barang mahal di Labuan?
ReplyDeleteadakah ini bermakna harga barangan di Lumut lebih murah atau termurah di Malaysia?
kalau sdr annoy 27/1/11 11:47am gunakan alasan mungkir janji, itu saya boleh terima lagi. Tapi harga barang naik? macam laaa kat Labuan sahaja berlaku kenaikan harga barang.
Aparaaa...