Pages

Wednesday, December 29, 2010

RM1.08b bina 6 kapal peronda

sumber utusan

LUMUT 28 Dis. – Projek pembinaan enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) di sini melibatkan modal awal RM1.08 bilion untuk tempoh dua tahun pertama.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, kos keseluruhan pembinaan enam buah kapal tempur pesisir pantai (Littoral Combatant) itu bergantung pada jenis kapal serta sistem dan peralatannya.

“Kerajaan telah mengeluarkan surat hasrat kepada BNS untuk membina enam lagi kapal ronda di bawah program SGPV dan projek ini dijangka bermula pertengahan tahun depan.

“Saya percaya tambahan enam lagi kapal ronda akan mengurangkan kekangan aset yang dihadapi TLDM yang telah menyerahkan 17 buah kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pentauliahan Kapal Diraja (KD) Selangor di Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Mengenai pentauliahan itu, Abdul Aziz berkata, ia merupakan kapal ronda generasi baru (NGPV) yang keenam dan terakhir dalam projek pembinaannya yang ditauliahkan dalam inventori TLDM.

1 comment:

  1. salam berkenalan...love your blog, keep up your good work bro..:-), feel free to blogwalking to my blog, htto://armybrideinlove.blogspot.com, TQ!

    ReplyDelete