Pages

Saturday, July 25, 2009

PENAMAAN DAN PELANCARAN KD SELANGOR


Sumber: Web TLDM

LUMUT - Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya membina sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM).

Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Ronda PV keenam TLDM, KD SELANGOR ini telah disempurnakan oleh anakanda Sultan Selangor, Tengku Zatasha Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 23 Jul 09 di Boustead Naval Shipyard, Lumut Perak.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar berkata, kapal ronda berkenaan diberi nama KD Selangor sebagai memperingati kapal KD Seri Selangor yang telah dilucutkan tauliahnya pada tahun 1995 setelah berkhidmat selama 32 tahun. Kapal berukuran 91.10 meter panjang dan seberat 1,850 tan ini boleh memuatkan 68 krew termasuk pegawai anak kapal.

Upacara ini juga turut mencemar Duli Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Duli Yang Teramat Mulia Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.

No comments:

Post a Comment