Sumber: web navy
Lumut, 3 Jun - Kesiagaan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diperkukuhkan lagi dengan pentauliahan Kapal Diraja (KD) PERAK.
Istiadat pentauliahan kapal tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Dato’ Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar pada pagi ini.
KD PERAK merupakan Kapal Ronda Generasi Baru yang ke-3 ditauliahkan ke dalam TLDM selepas KD KEDAH dan KD PAHANG.
Malah lebih dibanggakan kapal ini adalah merupakan kapal Patrol Vessel (PV) pertama yang pembinaan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Industri Pembinaan Tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di Lumut, Perak.
No comments:
Post a Comment