Pages

Sunday, August 3, 2008

PENGAWAL KESELAMATAN MALAYSIA -Ke arah memartabatkannya

sumber: Majalah Perajurit Edisi Ogos 2006
Oleh: Hamzah h.d

PENDAHULUAN

Jawatan atau tugas pengawal keselamatan di Malaysia bukanlah satu jawatan baru malah ianya sudah lama bertapak sejak zaman penubuhan Malaysia lagi atau mungkin lebih awal daripada itu. Istilah lain ialah ‘jaga’ nama atau jawatan yang cukup melekat sebati di kalangan masyarakat di Malaysia yang pada asalnya jawatan ini memang wujud dalam jabatan perkhidmatan awam. Dengan penampilan yang tidak menarik dipadankan dengan pakaian seragam kuning ala ‘bush jacket’ dan jawatan yang paling bawah dalam sektor awam yang layak dipohon oleh golongan yang tercicir akademik dan juga pesara tentera. Di antara jabatan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan ini ialah hospital, sekolah dan lain-lain.

Walaupun gred gaji atau jawatannya seangkatan dengan Pembantu Am Rendah, Pemandu atau atendan namun kerendahan taraf Pengawal Keselamatan nampak lebih ketara kerana jawatan ini terpaksa memakai uniform dan berada di Pos-pos kawalan dan tidak banyak melakukan gerak kerja sekali gus mempamirkan aksi-aksi yang pasif seperi tertidur semasa bertugas dan tidak pandai berkomunikasi dengan pelanggan. Majoriti orang yang menyarung pakaian seragam yang tidak lengkap ini akan terikut-terikut penampilan yang tidak kemas yang mungkin tiada pengawasan dari pihak atasan sesuatu jabatan. Walaupun sikap sebegini tidak mewakili semua Pengawal Keselamatan pada masa itu tetapi jelas seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit atau kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

TUJUAN

Fenomena sekarang banyak mempamirkan perubahan dari segi pengaplikasian kawalan Keselamatan ini. Jika diperhatikan terdapat 3 saluran perkhidmatan yang sedang dilaksanakan iaitu menerusi Jabatan Perkhidmatan awam, anak-anak syarikat atau konsortium di syarikat-syarikat besar atau badan berkanun dan melalui syarikat-syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan. Kawalan keselamatan secara ‘in house’ di jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun atau swasta adalah tertumpu kepada menjaga kepentingan masing-masing. Ketrampilan pengawal-pengawal ini memang boleh dibanggakan. Ini adalah kerana pengurusan anggota dan perlantikan anggota-anggota pengawal itu sendiri dari kalangan yang terpilih serta kursus asas dan peningkatan dititikberatkan. Sebagai contoh, pengawal keselamatan di Pusat-pusat Serenti, Bank Simpanan Nasional yang mana telah dinaikkan taraf sebagai Polis Bantuan yang mana membawa identiti Polis yang sebenar dan pengawal di IPTA segak dengan skim pakaian mereka dan diterjemahkan dengan perkhidmatan yang diberi secara tak langsung mengliberalisasikan pandangan kurang senang masyarakat.

Sejak pengkorperatan Malaysia diperkenalkan banyak premis-premis kerajaan tidak lagi menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan atau ‘jaga’ dari JPA seperti sekolah dan sebagainya. Adalah difahamkan bahawa jawatan ‘jaga’ ini sudah dimansuhkan dan anggota-anggotanya diserap sebagai PAR di jabatan-jabatan terlibat. Di samping peningkatan jenayah dan pencerobohan premis-premis oleh penjenayah, permintaan firma-firma atau orang-orang perseorangan untuk menjaga kepentingan mereka cukup tinggi. Di antara perkhidmatan-perkhidmatan yang tinggi permintaannya ialah seperti:

1. Kawalan Statik tanpa senjata (unarmed guard)
2. Kawalan Statik bersenjata (armed guard)
3. Membawa atau memindah wang dari satu tempat ke satu tempat (CIT).
4. Mengiringi kargo-kargo barang dari kilang ke tempat penghantaran (escort).Justeru itu kemunculan syarikat-syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Mengikut satistik yang dipetik dari sumber laman web PPKKM, sehingga kini syarikat-syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang berdaftar dengan Persatuan

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) adalah sebanyak 256 buah syarikat di seluruh negara. Jika ditinjau di pelusuk daerah di Malaysia, perkhidmatan kawalan keselamatan sudah mengambil tempat samada di premis-premis kerajaan dan firma-firma swasta.

Iklan-iklan jawatan kosong saban hari keluar di media-media cetak. Ini menunjukkan bahawa keperluan organisasi-organisasi di Malaysia kepada perkhidmatan kawalan keselamatan amat tinggi dan sekali gus menuntut kualiti dan kuantiti perkhidmatan kawalan yang dilanggan. Persoalannya sudahkah Syarikat-syarikat Pembekal Perkhidmatan Kawalan ini sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti?.

PERBINCANGAN

Persepsi masyarakatKenapa khalayak memandang rendah dan sesetengah orang berani mengatakan kerjaya sebagai pengawal keselamatan ini memualkan. Banyak perbincangan di dalam forum-forum media cetak dan elektronik memperkatakan tentang kredibiliti dan ketrampilan pengawal-pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Di antara kelemahan-kelemahan yang khalayak nampak secara terang-terangan ialah:

1. Penampilan imej pengawal-pengawal seperti:
a. Uniform yang tidak menarik dari segi potongan (pattern), jenis dan warna fabrik.
b. Pengawal tidak berpakaian kemas. Baju tak bergosok, memakai seluar, stokin dan kasut yang tidak ada dalam skim pakaian.

2. Kurang kepekaan terhadap pengetahuan asas di tempat tugas yang menjurus kepada persepsi khalayak tentang ‘knowledge’ seseorang pengawal semasa berintraksi dengan pelanggan.

3. Persepsi spontan khalayak bahawa orang yang menjadi pengawal adalah dari golongan kelas bawahan dan orang-orang yang tercicir akademik yang mana tiada pilihan lain untuk bekerja.

4. Mempamirkan sikap pasif terhadap tugas seperti tidur dan tidak berdisiplin. Ini boleh dibuat andaian bahawa pengawal-pengawal yang bersikap sebegini adalah kerana tidak diberi didikan atau penyediaan diri atau dengan kata lain tiada kursus asas atau kursus peningkatan diberi oleh syarikat-syarikat yang terbabit.

Kekosongan jawatan

Dalam sektor ini buat masa sekarang banyak kekosongan sebagai pengawal biasa yang ditawarkan di seluruh negara tapi masalahnya sambutan dari belia-belia atau pesara-pesara ATM yang masih belum mempunyai pekerjaan amat dingin. Jika ditanya kepada pengawal-pengawal yang sedang bertugas pun mereka akan berkata “berkerja hanya untuk sementara dapat kerja lain”.

Ini memberi kesan kepada pihak pengurusan syarikat untuk mengambil tindakan tegas kepada pengawal-pengawal yang tidak berdisiplin atau individu yang tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan. Maka lahirlah fenomena tangkap muat dalam usaha untuk memenuhi keperluan modal insan untuk menjana perkhidmatan. Fenomena ini amat ketara dan sangat memeningkan kepala pengurus-pengurus syarikat-syarikat kawalan keselamatan. Persoalan sekarang kenapa jadi begitu?

Setelah membuat tinjauan terhadap beberapa responden, telah sepakat menyatakan elemen-elemen di bawah menjadi faktor penyumbang kepada persoalan di atas:

1. Gaji harian yang terlalu rendah (kurang dari RM 1.50 sejam) pada sesetengah tempat.
2. Jumlah masa bekerja yang tidak fleksibel (8+4 jam sehari).
3. Tiada tarikan atau teladan dari segi pakaian atau penampilan yang boleh dibanggakan seperti mana yang dibincang di atas.
4. Bagi pesara tentera, turut merasakan imbuhan yang diberi tidak setimpal dengan pengalaman dan keistimewaan yang mereka miliki jika dibandingkan dengan anggota awam yang tiada pengalaman langsung. Walaupun pada hakikatnya telah ramai pesara tentera telah mencebur diri dalam bidang ini tanpa memperdulikan alasan-alasan di atas kerana terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup.

Kumpulan Sasaran

Untuk mengisi kekosongan perjawatan, penulis suka mensasarkan golongan pesara tentera yang mana amat sinonim dengan dengan jawatan di semua peringkat dalam perkhidmatan kawalan keselamatan. Kebanyakan pesara tentera yang menamatkan perkhidmatan 22 tahun mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh menghadapi situasi tegang dan mampu mengambil tindakan dan membuat keputusan rasional dalam menangani sesuatu masalah di tempat kerja. Ini adalah kerana mereka telah lulus berbagai-bagai kursus dan pendedahan situasi sebenar semasa perkhidmatan terdahulu. Jika menjadi pengawal biasa pun, mereka-mereka ini tidak akan memberi banyak masalah kepada syarikat dalam konteks disiplin dan ketrampilan.

Kumpulan sasar kedua ialah para belia yang tercicir akademik dan menganggur juga mempunyai prospek yang tinggi sebagai modal insan yang merupakan aset asas sesebuah perniagaan berasaskan perkhidmatan kawalan keselamatan
Kumpulan sasar ketiga ialah bekas-bekas pelatih Pusat Serenti yang mana sudah dikenal pasti atau mendapat sokongan dari Pengurusan Pusat Serenti tentang rekod baik pelatih-pelatih terbabit. Mereka-mereka ini boleh dikatakan sudah tidak diterima oleh masyarakat apatah lagi untuk diambil bekerja. Kumpulan ini jika tidak diberi peluang (setelah melalui tapisan dan jaminan) bekerja sudah pasti mereka akan kembali kepada tabiat lalu. Secara langsung segala usaha kerajaan untuk mensifarkan atau meminimumkan penagih-penagih akan menemui jalan buntu. Jika dibuat seleksi yang terperinci, ramai di antara mereka-mereka ini yang mempunyai potensi yang baik dalam membantu menjana kejayaan sesebuah organisasi.

Cadangan

Saya pun tak begitu arif siapa yang lebih khusus untuk menangani persoalan ini. KDN sebagai kementerian Induk, PPKKM sebagai persatuan induk atau badan-badan yang boleh mempengaruhi seperti Jabatan Hal Ehwal Perajurit (JHEV), Persatuan Bekas Polis yang mana sebagai badan yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang banyak terlibat. Kalau boleh, badan-badan ini cuba mengkoordinasikan perbincangan serius untuk membuat penambahbaikan.

Setelah mengambil kira semua fakto-faktor di atas telah membuat rumusan atau kesimpulan bahawa sektor Kawalan keselamatan boleh dan sangat perlu dimertabatkan dengan segera dan yang terpenting ianya akan menjadi satu jalan keluar kepada masalah kekurangan pekerjaan di Malaysia jika perkara-perkara yang membuatkan sektor ini dipandang rendah diperbaiki dan di atasi dengan sebaik mungkin.

Cadangan saya ialah dalam konteks berikut:
1. Elemen-elemen yang mempengaruhi gaji.- Kerajaan sepatutnya mengeluarkan satu arahan menghadkan tender minima untuk satu-satu perkhidmatan yang akan dibuat oleh syarikat di semua premis-premis kerajaan di seluruh Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh sistem tender terbuka untuk sesuatu perkhidmatan menjurus kepada pertandingan harga yang paling murah. Sehinggakan syarikat-syarikat sanggup membida dengan harga yang paling rendah dan akhirnya mempengaruhi gaji harian pengawal.Untuk syarikat-syarikat kecil swasta atau orang perseorangan juga harus ada makanisma dan tanda aras harga upah yang patut dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan yang diberi dalam usaha untuk menentukan pengawal-pengawal yang bertugas mendapat imbuhan yang sepadan.

2. Peraturan/syarat serta kontrak perkhidmatan. Selaraskan semua Peraturan/syarat serta kontrak perkhidmatan seseorang pengawal/pekerja di semua syarikat kawalan keselamatan supaya penghijrahan pekerja dapat dibendung. Jika tidak pengawal akan dipengaruhi dengan tawaran perkhidmatan atau gaji yang lebih baik dan menyukarkan pengoperasian sesebuah syarikat kerana pengawal adalah modal insan yang terpenting.

3. Latihan. Semua pengawal dimestikan menghadiri kursus asas sebelum memulakan tugas. Pengenalan tertentu dalam bentuk lencana boleh membezakan samada seseorang itu telah menghadiri kursus atau tidak. Kursus asas ini mestilah dikendalikan oleh PPKKM secara professional ala kepolisan atau ketenteraan kerana perkhidmatannya menjurus kepada keselamatan dan harta benda awam juga kecekapan mengendalikan senjata api. Disiplin dan kecekapan modal insan ini mesti menjadi perkiraan utama jika kita mahu melihat perkhidmatan kawalan keselamatan ini dihormati oleh pelanggan dan masyarakat di Malaysia. Jika perlu, buat kajian semula terhadap modiul latihan sedia ada supaya produktiviti perkhidmatan seiring dengan keperluan masa kini. Pengagihan pengendali kursus kepada syarikat-syarikat besar atau Perhebat kepada bakal-bakal pesara ATM boleh dipraktikkan tetapi mestilah mempunyai ‘syllabus’ yang selaras.Garis panduan untuk penganjur kursus telah pun dikeluarkan oleh PPKKM dan boleh diperolehi melalui laman web PPKKM.
Tapisan keselamatan tidak boleh dikompromi semasa pengambilan anggota-anggota baru. Kursus induksi perlu di beri kepada pengawal-pengawal yang mencapai satu jangkamasa yang difikirkan sesuai untuk pembanguan modal insan yang mana akan membawa impak baik kepada syarikat.

4. Pangkat Selaraskan tanda pangkat yang dipamirkan. Susun atur lencana-lencana atau lambang kemegahan atau anugerah dari perkhidmatan yang diiktiraf seperti ATM atau polis dan lain-lain.

5. Tangga Gaji Selaraskan sistem tangga gaji. Walau dari syarikat mana sekali pun skim gaji mestilah mengguna pakai pekeliling yang sama dalam menentukan tangga gaji dan sistem kenaikan gaji. Testimonial tempat tugas lama boleh diguna pakai untuk membezakan pekerja baru dengan pekerja yang berpengalaman.

Berikut adalah kadar harga baru yang dipamirkan melalui Laman Web oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia ( PPKKM ) bagi Perkhidmatan Kawalan Bersenjata dan Tanpa Senjata berkuatkuasa mulai 1 April 2005.

KawasanPerkhidmatan Kawalan Bersenjata ( minima )Perkhidmatan Tanpa Senjata ( minima )

a. Wilayah Persekutuan & Lembah Kelang, Johor Bahru & Pasir Gudang Butterworth & Pulau PinangRM 15.00 ( seorang sejam )RM 6.00 ( seorang sejam )

b. Lain - lain KawasanRM 12.00 ( seorang sejam )RM 4.00 ( seorang sejam )

c. Sabah & SarawakRM 12.00( seorang sejam )RM 4.00 ( seorang sejam )

6. Skim pakaian Selaraskan supaya semua syarikat memakai pakaian dan eksesori yang sama dan boleh dibezakan oleh lencana syarikat masing-masing. Pengenalan khusus sebagai pengiktirafan kepada bekas Tentera atau Polis dan lain-lain perkhidmatan beruniform boleh disematkan pada uniform. 7. Jangka masa bertugas. Masa bertugas adalah 8 jam iaitu dengan 3 shift selama 24 jam. Kerja lebih masa boleh dibuat untuk menggantikan kawan-kawan yang bercuti atau kecemasan. Dengan kaedah ini masalah anggota ‘standby’ yang terpaksa menggantikan pos-pos yang tiada pengawal akan dapat diatasi. Kaedah ini lebih baik dan praktikal daripada menugaskan anggota pengganti yang jahil dengan keadaan sesuatu tempat dan keperluan tugas dan tanggong jawabnya. Apa yang sering berlaku ialah pengawal pengganti selalunya tidak memberi komitmen sepenuhnya dan dikuatiri juga akan berlaku pecah amanah dan sebagainya.Juga harus diingatkan bahawa di antara keburukan bekerja berterusan selama 12 jam ialah:

a. Badan menjadi terlalu letih yang akan mengakibatkan hilangtumpuan kepada tugas. Tambahan lagi kepada pengawal-pengawal yang sudah berumur melebihi 45 tahun.

b. Sebagai manusia, mereka-mereka ini harus mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi. Boleh dikatakan tiada ruang langsung untuk mendalami ilmu-ilmu agama dengan menghadiri kuliah-kuliah di mesjid.

Ulasan

Jika meneliti laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari Buletin/majalah Senada Pekesma yang merupakan media rasmi PPKKM, boleh diambil kesimpulan bahawa pembangunan modal insan amat dititikberatkan dalam konteks PPKKM tapi adakah ianya menyeluruh kepada kumpulan sasar di akar umbi (ahli-ahli). Buletin ini juga harus disebarkan kepada ahli-ahli di akar umbi supaya maklumat dan aktiviti yang dijalankan dapat dikongsi bersama. Portal PPKKM yang telah diwujudkan boleh dipertingkatkan dengan menyediakan ruangan forum untuk warga yang berkait dengan pengawalan keselamatan atau masyarakat berbincang secara sihat bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan.

Jika sistem masa kerja di selaras dengan betul, mungkin aktiviti-aktiviti yang seumpama dapat dimanafaatkan juga kepada pengawal-pengawal agar satu nanti di kalangan pengawal-pengawal keselamatan juga lahir modal insan yang berminda kelas pertama. Yang paling penting ialah bila satu hari nanti masyarakat sudah memandang kerjaya ini boleh diadaptasikan sebagai kerjaya tetap maka tapisan, penguatkuasaan ke atas pengawal-pengawal yang tidak berdisiplin boleh diambil dengan tegas oleh pihak pengurusan syarikat tanpa merasa ragu-ragu dan bimbang tentang kehilangan pekerja-pekerja kerana ramai lagi individu yang berkualiti sedang menunggu untuk mengambil tempat.

PENUTUP

Sebagai ahli masyarakat yang berada dalam golongan sasar artikel ini saya merasa teruja untuk memberi pandangan ekoran rungutan dan cadangan yang tidak sampai kepengetahuan atasan. Saya juga merasa bertanggungjawab untuk sama-sama berkongsi idea dengan hasrat membantu usaha kerajaan dalam menjana Negara untuk mencapai status Negara maju menjelang 2020.Justeru itu saya memohon maaf jika dalam penulisan ini saya terkasar bahasa dan jika ada kandungan yang tidak menepati fakta yang merupakan kelemahan peribadi saya.

32 comments:

  1. Format paper tu macam familiar jer

    ReplyDelete
  2. pengawal keselamatan yg bertugas menjaga pos - pos bangunan kerajaan dan agensinya kebanyakkan mendapat gaji yg setimpal. tetapi bagi yg menjaga pos - pos di bangunan bukan kerajaan seperti kilang dan sebagainya, mereka ini selalunya mendapat gaji yg rendah. ini terjadi kerana pihak swasta mahukan pengawal tetapi pada masa yang sama mereka mahukan servis pada kadar yg amat minima.
    tidak banyak syarikat yg menerima pelawaan syarikat swasta tetapi segelintir sahaja dan keuntungan nya jika gaji pengawal tersebut rm645 maka keuntungan hanya dalam sekitar rm100 lebih sahaja. sebab itu jika kita lihat kerajaan membuka tender kawalan keselamatan, ramai syarikat penyedia berebut - rebut mencuba membida tender tersebut kerana dari situ sahaja mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih untuk memastikan syarikat terus bernafas.
    malangnya ada juga diantara mereka cuba meletakkan harga rendah. memang tidak dinafikan ada yang melakukan dengan harapan boleh mendapat projek tersebut. saya salah seorang pengurus dalam sebuah syarikat kawalan keselamatan tidak akan meletakkan harga yang rendah sebaliknya kami meletakkan harga yang tinggi tetapi munasabah. bagi kami pengawal yg menerima gaji yg setimpal pasti akan berkhidmat dengan lebih baik. kami tidak akan meletakkan harga yang rendah demi mengelakkan masalah - masalah timbul.
    kebanyakan pengawal diambil dari kalangan yang berumur kerana orang muda banyak membawa masalah seperti kerja cuma 2 ke 3 hari selepas itu pergi begitu sahaja tanpa memberitahu kerana bosan, mencuri dan selalu meninggalkan pos. kerja pengawal keselamatan tidak sesuai bagi mereka yang muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Tak Sesuai Bagi Yang Muda.. Pengawal keselamatan ni sepatutnye sesuai untuk golongan muda... Cuma ramai yg cabut tu sebab die tak ada jiwa nak bekerja...
      Lagi pun mereka tak tahan nak layan waktu yg panjang..

      Delete
    2. Tukar la formasi baju2 bagi pengawal keselamatan.. tukar ke warna gelap.. biar nampak seram.. ambil anggota mana yang mahu saja

      Delete
  3. setuju dengan pendapat saudara. saya harap usaha memperbaiki perkhimatan sedang menuju peningkatan.tq

    ReplyDelete
  4. Saya telah terlibat dalam industri kawalan keselamatan sejak 1995 selepas menamatkan perkhidmatan tentera dan menjadi pengurus kepada beberapa syarikat kawalan keselamatan. Jangan kata gaji pengawal, gaji pengurus pun tidak selaras antara syarikat kawalan.

    Yang paling utama, KDN wajib menyelaraskan harga minima yang mesti diikuti oleh semua syarikat yang telah diberikan lesen. Pengeluaran lesen juga mesti dikawal agar tidak menjadi seperti sekarang, yang berdaftar dengan PPKKM lebih kurang 250 tetapi yang tidak berdaftar lebih dari itu. Ini belum termasuk syarikat kawalan yang hanya menggunakan lesen dari SSM sahaja. Kewujudan syarikat kawalan sebenarnya tidak dipantau langsung oleh KDN, PPKKM pula hanya persatuan di mana AJK nya sibuk dengan syarikat sendiri sahaja.

    Pengawal boleh dilatih, diajar dan dibimbing tetapi kalau gaji tidak padan dengan kerja yang biasanya 12 jam sehari, 7 hari seminggu 30/31 hari sebulan, buat apa nak bersungguh-sungguh. Saya tak setuju dengan ANONYMOUS kerana biasanya agensi kerajaan lah yang memberi tender/sebutharga teramat rendah, kebanyakan pengawal di pejabat kerajaan hanya mendapat gaji antara 450.00 hingga 600.00 sahaja sebulan, berbanding dengan syarikat swasta ada yang boleh mendapat gaji sekitar RM 800.00 hingga 1,200.00 sebulan.

    Hasrat kerajaan mahu memberi gaji minima 900.00 sebulan untuk kerja syif 8 jam 26 hari sebulan, pelanggan perlu membayar harga sekurang-kurangnya 16.30 sejam, ada yang sanggup ke ?

    Syarikat berebut dalam tender kerajaan kerana bayaran yang terjamin, bukan sebab boleh untung atau boleh memberi pengawal gaji tinggi. Syarikat swasta memang mahu pengawal yang minima tetapi sanggup membayar lebih kerana keperluan insuran syarikat mereka.

    Yang paling penting jika kerajaan benar-benar mahu menolong golongan pengawal ini, tetapkan harga perkhidmatan jangan di bawah 5.00 sejam untuk syif 12 jam dan 8.00 sejam untuk syif 8 jam. Syif 16 jam sepatutnya dibayar sebagai syif 8 jam bukan lagi murah dari syif 12 jam.

    Jika tak faham perkiraan di atas, boleh hubungi saya di kapt.hasan@capvest.com.my

    Biasanya syarikat membuat sebutharga berdasarkan, 60% untuk gaji pengawal, 35% pendapatan kasar syarikat dan 5% cukai perkhidmatan. Biasanya bagi kebanyakan syarikat, peratus gaji pengawallah yang dikurangkan untuk harga perkhidmatan menjadi rendah kerana jika pendapat syarikat maka syarikat akan lingkup, cukai perkhidmatan pula tak boleh diusik, itu hak kerajaan.

    Renungkanlah !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. selepas respon saya bertarikh 10 jun, ada satu lagi posting dari sahabat yang terlibat dengan kawalan keselamatan. semasa saya sedang membuat publishing , komen yang sangat bernas tersebut terpadam. saya sangat ralat sebenarnya dengan kesilapan tsb. Saya harap jika saudara yang saya maksudkan mengikuti ruangan ini harap dapat post sekali lagi. terima kasih. kesilapan sangat dikesali dan saya mohon maaf.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum wbt..
    terima kasih kepada penulis kerana sudi membangkitkan isu Pengawal Keselamatan ini.saya salah seorang anggota pengawal keselamatan dan anak kepada eksekutif syarikat keselamatan ingin menyuarakan apa yang saya fikirkan.
    1)saya sebenarnya tidak bersetuju dengan Anonymous yang mengatakan pengawal keselamatan tidak sesuai untuk meraka yang muda.sebenarnya ramai juga anggota yang sudah berusia yang bermasalah dan lari daripada tugas.semua ini bukanlah berpunca daripada usia tetapi dari sikap individu itu.pengawal² yang 'harapkan pagar,pagar makan padi' bukan semua dari pengawal yang muda.ramai juga pengawal² yang sudah berusia yang mencuri,selalu meninggalkan pos dan sebagainya.pada minggu lepas saya menghadiri kursus keselamatan di semenyih,di sana saya lihat ramai pengawal muda yang hadir dan yang berdisplin tinggi.so isu 'pengawal muda tidak sesuai' tidak wujud sebenarnya.dan rasanya pada zaman ini rasa tidak sesuai untuk mengambil pengawal yang terlalu berumur kerana kudrat yang tidak sekuat mana berbanding dengan pengawal remaja.
    2)saya setuju dengan komen dari capthasan.permasalahan gaji yang terlalu minima membuatkan ramai pengawal yang kurang bersemangat semasa menjalankan tugas.bayangkan sebulan pendapatan kasar hanyalah rm600 - rm700 shaja.dengan kerja 12jam sehari,7hari seminggu.sebab itu ramai pengawal yang selalu kurang bersemangat semasa menjalankan tugas dan kerana itu juga ada sesetengah pengawal yang terpaksa mencuri.ada juga segelintir pengawal yang terpaksa mencari kerja sampingan.andai syarikat memberi gaji yang berpatutan rasanya ramai pengawal yang bertugas dengan penuh komitmen.
    3)sepatutnye kerajaan membantu pengawal² di malaysia.sebenarnya tidak ada jalan atau persatuan untuk pengawal membela dan mempertahankan hak sebagai pengawal keselamatan.Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia adalah persatuan untuk syarikat² keselamatan di malaysia.jika ada pun persatuan untuk pengawal keselamatan umpama 'hidup segan,mati tak mau'.andai 1 persatuan ditubuhkan untuk pengawal keselamatan di malaysia rasanya banyak idea² yang bernas dapat dikumpul.dan dapat memperbaiki tanggapan yang kurang enak terhapap pengawal keselamatan.serta dapat menjaga kebajikan pengawal keselamatan.untuk pengetahuan semua jumlah pengawal keselamtan di malaysia lebeih ramai berbanding dengan anggota Polis dan Askar.(tidak dapat pastikan jumlah yang tepat).di luar negara pengawal keselamatan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana pengawal keselamatan umpama polis dan askar.tetapi di malaysia pekerjaan sebagai pengawal keselamatan adalah kerjaya yang terakhir dan masih ramailagi masyarakat kita yang memandang 'hina' kepada pekerjaan ini.tidak mustahil satu hari nanti pengawal keselamtan di malaysia di pandang tinggi jika kerajaan membantu menangani masalah yang ada pada ketika ini.
    sebenarnya banyak yang ingin di katakan.tetapi pada ketika ini saya kekurangan masa untuk mengulas dan mengupas mengenai isu ini.saya sebenarnya sedang mengkaji dan ingin "berbincang" dengan PM dan KDN mengenai masalah pengawal keselamatan.insyaAllah.dan saya harap dapat bekerjasama dengan penulis dan semua yang terlibat dengan Pengawal Keselamatan untuk memberi pandangan dan cadangan yang bernas.jika ada apa pandangan boleh emailkan kepada mohdfahimi@lycos.com

    daripada : Mohd Fahimi

    ReplyDelete
  7. Saya adalah Pengawal Keselamatan dan telah bertugas dengan beberapa Syarikat Kawalan Keselamatan. Saya dapati kebajikan pengawal selalu diabaikan. Seperti gaji pokok yang rendah untuk mengurangkan caruman kwsp oleh majikan. Caruman kwsp dan socso kadangkala tidak dibuat (hanya tercatat dalam slip gaji saja). Pembayaran pendahuluan dan gaji tidak mengikut jadual (sepatutnya pada 20 & 7hb) sengaja dilambatkan? Kepada siapa pak guard nak buat aduan? Tenaga pengawal keselamatan diperlukan, kebajikan diabaikan......

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum dan selamat sejahtera,

    saya juga terlibat di dalam industri ini,jadi saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan yang saya rasa patut saya luahkan setelah sekian lama terpendam.apa yg tuan2 komen di atas ialah sebab2 yang pada hemat saya menjadi punca timbulnya beberapa isu yang semakin memburukkan imej industri ini di negara kita.jadi di sini saya ada beberapa lagi sebab atau pun pandangan untuk kita renung dan fikirkan bersama.

    1.PPKKM memainkan peranan yang paling penting.pemantauan yang kurang menyebabkan semua ahli2 mudah melakukan sesuatu perkara yg merugikan pihak majoriti.dalam kes ini saya tekankan tentang harga.sepatutnya apabila harga sudah ditetapkan oleh persatuan, mereka haruslah pantau perkara ini, bukannya di kalangan mereka sendiri melakukannya.senarai hitamkan syarikat yang mengambil kontrak di bawah harga yg ditetapkan.jadi apabila ahli2 bersatu , maka pelanggan tidak lagi dapat menawarkan kontrakl dgn harga yang rendah.

    oh, harap maaf, saya akan sambung di lain masa, kerana ada urusan yg perlu disegerakan terlebih dahulu, insya allah saya akan sambung di lain masa..

    ReplyDelete
  9. Bila bercakap masalah pengawal keselamatan, semua orang bercakap pasal gaji dan kemudahan. satu perkara yang kadang-kadang kita lupa, kebanyakan mereka yang memohon nmenjadi pengawal meletakkan lebel harga sebagai barang disupermarket. sepatutnya mereka menunjukkan kemampuan dan kebolehan serta pengalaman daidalam melaksanakan tugas.

    Yang meletakkan harga kita- yang melebalkan kita, kita tak tau harga, maka jadilah kita barang dipasar borong

    ReplyDelete
  10. Tuan2 semua..saya telah berkecimpung dalam kawalan keselamatan semenjak 1994 sehingga sekarang. Apa yg saya dapati, tiada akta2 perlindungan utk pengawal. berharap dengan akta KK, (mempertahankan diri), aknun prosedur jenayah (tangkapan awam) serta akta kawasan larangan tempat larangan 1959, adalah tidak mencukupi..

    Pengalaman saya dalam bidang ini cukup pahit..dalam keadaan tertentu saya boleh dikatakan tahap boleh di ludah oleh org ramai, menandakan rendahnya Security Guard ini di mata masyarakat..

    Saya berharap di masa akan datang ada penggubalan khas akta2 atau undang2 utk perlindungan pengawal keselamatan..

    Kita melindungi orang lain, sedangkan diri sendiri tidak dilindungi.

    Satu cadangan saya lagi adalah diharap adanya kaedah 'mempolis bantuankan' semua pengawal keselamatan di malaysia, yakni semua pengawal keselamatan harus mendapat latihan menyerupai latihan polis bantuan di PULAPOL.

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Kesemua cadangan dan pendapat tuan-tuan semua hanyalah tinggal cadangan dan pendapat sekiranya persatuan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal syarikat kawalan keselamatan langsung tidak memainkan peranan. Seperti kata capthasan, kesemua AJK-AJK PPKKM hanya sibuk menjaga hal ehwal syarikat masing-masing, bahkan menggunakan kedudukan mereka sebagai 'tiket' untuk melobi tender-tender.

    Tak perlu saya pergi jauh, lihat sahajalah keputusan tender sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada syarikat milik AJK-AJK tersebut dapat sehingga 4-5 zon.

    Mungkin saya tersilap baca.

    Saya berpendapat PPKKM harus digubal, atau dibubar terus dari segi struktur dan pentadbirannya. Jikalau tidak, saya khuatir keadaan sekarang akan kekal sampai bila-bila...

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Ini memang fenomena yang perlu di jelaskan dengan penuh komitmen.saudara sekalian, isu 'PENGAWAL KESELAMATAN' bukanlah suatu yang baru malah sering berlaku dan timbul bak ikan tarik nafas di permukaan air. apa yang saya fahami tentang kenyataan tuan/puan di sini.. semuanya adalah untuk memartabatkan warga Pengawal Keselamatan dan terima kasih atas sumbangan anda . sebenarnya, dalam soal memartabatkan ini, tidak hanya kerajaan sahaja yang perlu berkerja,tetapi semua golongan yang berkaiatan secara langsung atau tidak langsung.PPKKM seharusnya wajar untuk mengambil langkah proaktif dalam isu ini.kenapa hanya PPKKM? tuan/puan.. jika hanya syarikat syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang mempunyai kesatuan, kesatuan mereka lebih gagah dari mana-mana pihak yang lain dan seterusnya kuasa adalah lebih berpihak kepada kesatuan mereka, dan hak-hak ahli adalah 'TOTALY' di utamakan dan wujudlah keperluan TENAGA KERJA.jadi ceritanya di sini, persatuan ialah istana,ahli persatuan adalah panglima perang,dan tanpa bala tenteranya,tak mungkin panglima perang melancarkan seranganya.siapa pula raja di istana dan siapakah bala tentera itu??? anda dapat jawapan bagi soalan ini, bermakna anda seorang yang profesional.. BERSATU,BERKHIDMAT,BERSETIA .

    ReplyDelete
  13. Admin,sila maklum bahawa komen yang saya coret di sini adalah di audit secara rasmi. terima kasih kepada cadangan anda semua yang bernas. anda semua telah menjana idea yang bagus.

    ReplyDelete
  14. Mohon maklumat ini diguna pakai untuk rujukan bagi satu perbincangan mengenai perkara tajuk.

    ReplyDelete
  15. tua muda tak penting sangat,bukan hanya kudrat yg jadi alasan sebaliknya teknik kawalan cara bertugas dan pengawasan serta pengalaman lagi penting.. kudrat yg kuat tak mejamin selesaikan sesuatu msalah atau ancaman semasa bertugas,sebaliknya wlau pengawal berumur sekalipun mampu menewaskan perompak yg bersenjata bebekalkan berpengalaman dn pengetahuan luas dlm ilmu kawalan keselamatan seperti bekas2 polis dan tentera.

    saya Pengawal Keselamatan di KPDNKK dimana rata2 antara kami sentiasa mendapat pendedahan ilmu keselamtan melalui kursus2 yg diberi, ada antara kami yg berusia tapi masih diperlukan kerana pengalman dan ilmu keselamtan.

    tak kisah la org ramai pandang tinggi atau rendah,yg penting nawaitu kita bertugas, klu kita ikhlas buat sehabis baik insyallah tak tinggi kerana puji dan tak pula mati kerana keji..pendapat saya mengenai usia,pengalaman,teknik,ancaman.

    bab harga,syarikat,persatuan,tender tu minta abah2 la yg komen yer.

    ReplyDelete
  16. Kesimpulan dari perbincangan...semua pengawal keselamatan MESTI ada lantikan POLIS BANTUAN..barulah saingan2 bodoh dpt dihentikan spt..tiada lagi sekuriti warga nepal...dan pengurusan sekuriti akan terdesak..akur ambil sekuriti warga Malaysia...baru pengusaha syarikat datang bila dipanggil untuk mesyuarat berbincang kaedah2 terkini utk menaiktaraf jawatan sekuriti ini..kalsu tak sampai ke sudah...

    ReplyDelete
  17. jika tidak mereka buat tadol je..sbb syarikat dia stabil..byk job..yg nk kojol syarikat kamu..SIFAT PENTING POKET DAN JOB sendiri mengakibatkan PERSATUAN tiada fungsi dan tiada taring...pengerusi dan ajk akan kata...pi meeting kita pi...nak bincang apa...yg dulu bincang pun xda apa action..so hadir je cukup masa makan nadi biryani lauk kari kambing...

    ReplyDelete
  18. lepas makan balik..nanti bil Bendahari Persatuan yang bayar..KEEESIIIAN ahli asyik bayar yuran..tp PERSATUAN tidak berfungsi...

    ReplyDelete
  19. ASSALAMUALAIKUM..SAYA BERUMUR 25TAHUN..SAYA KERJA PENGAWAL KESELAMATAN SUDAH 6 TAHUN DAN DLM MASA 6 TAHUN ITU DAH 4 SYARIKAT SAYA BEKERJA (IAITU BERGANTI KERJA),DI SINI SAYA INGIN MEMBERITAHU KELEMAHAN DI SETIAP SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN

    1) PENGURUSAN SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN TIDAK MENGURUS ORANG BAWAH( PENGAWAL KESELAMATAN) DENGAN BAIK,ADAKALANYA BUAT KERJA LEBIH MASA TAPI BILA DAH DAPAT GAJI BANYAK YG TAK DIKIRA(SHORT) UMPAMA ADA PERMAINAN DISITU PADA GAJI PEKERJA.
    2) GAJI TERLALU RENDAH DAN TIDAK SETIMPAL DENGAN KERJA SERTA RESIKO BAHAYA YANG TERDEDAH TERHADAP PENGAWAL KESELAMATAN.
    3) SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN TIDAK MEMBERI FAEDAH YANG MENARIK SEPERTI ELAUN KEDATANGAN,BONUS TAHUNAN,INSURANS PRIBADI,MEDICAL ELAUN DAN SBG NYA..SEOLAH OLEH PEKERJA PENGAWAL KESELAMATAN ITU TIDAK DPT MELIHAT YG MEREKA TIADA MASA HADAPAN YG CERAH JIKA BEKERJA DI SYARIKAT ITU.
    4)PENGURUSAN TIDAK MESRA DENGAN ORANG BAWAHAN .
    5) UNIFORM KERJA YG TIDAK NAMPAK SEPERTI PROFESIONAL.
    6)GAJI SELALU MASUK LEWAT ADAKALANYA ADA SAMPAI 10HARIBULAN BARU MASUK DAN ADAKALANYA TERTANGGUH TDK BAYAR GAJI SEBULAN.
    PADA PIHAK SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN ..SILA MENARIK MINAT KPD MEREKA YANG INGIN MENCEBURI KERJA PENGAWAL KESELAMATAN INI TDK KIRA TUA ATAU MUDA ..BERI MERAKA GAJI YG SETIMPAL ,INI TDK ..KERJA 12JAM 30 HARI TP BG GAJI RM1,800 MATI BELUM POTONG EPF&SOCSO..ADA YG BAGI GAJI RM1,500 X TERMASOK EPF&SOCSO PON ADA..NAK ORG BEKERJA LAMA DAN NAK PENGAWAL KESELAMATAN BEKERJA MENGIKUT PROSEDUR DGN BETUL DAN PIHAK ATASAN PUAS HATI KENA LAH BAGI GAJI YG SETIMPAL PADA PEKERJA DAN PEKERJA BOLEH MELIHAT YG MASA HADAPAN MERAKA CERAH JIKA BEKERJA DI SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN .

    ReplyDelete
  20. Salam sukacita sejahtera damai kepada yang berkenaan syarikat Capvest Security Service Sdn.Bhd.Saya juga beberapa syarikat perkhidmatan sertai sebelum menyertai majikan terakhir pada 01hb.March.2013 hingga 31.hb.March.2016 iaitu Capvest Security hingga kini masih saya berminat bekerja dengannya.Apa saya ingin sampaikan kongsi bersama peranan kita sebagai Pengawal Keselamatan adalah pekerjaan yang paling indah dan mulia.Dengan kata Lain"SECURITY"yang membelanjakan semua masanya untuk menjaga keselamatan orang sekeliling hanya melihat mereka tersenyum.Security bekerja saban siang malam tanpa mengeluh sehingga sistem pertukaran syif bertugas tuba ( TEAM WORK ).Demi menjaga keselamatan negara dan harta diutamakan.Security maju bersama demi negara.Selamat menyambut hari pekerja kreatif pencetus inovasi.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum....saya..seorang pengawal keselamatan sudah lebih kurang 25 tahun..rata2 semua syarikat yg pernah saya berkerja...mejoritynya..hanya mengira keuntungan syarikat sahaja...gaji yg di bayar tidak setimpal..selalu di bayar lewat dgn pelbagai alasan....saya dah bosan dgn drama syarikat2 kawalan yg berbuat demikian...pengawal hanya dapat gaji di tempat dia bertugas..syarikat mendapat keuntungan brjuta2 hasil projek kawalan yg merata dlm malaysia ne..mohon sgt2 kepada pihak berwajib..agar dapat meghentikan perkara2 seperti syarikat membuat bayaran selalu lewat dan sebagainya..kerana impictnya hanya kepada pengawal itu..dan tidak sama sekali kepada syarikat....tq

    ReplyDelete
  23. Ape cite pulak klw ambil org bangla, nepal, indon jd jaga? Buat kerja poyo disiplin tp rupanya takde permit, bila jadi pape. Tak reti buat tindakan. Penakut. Tu kontrak amek pekerja sbb gaji murah.

    ReplyDelete
  24. assalam saya Lt (B) Ahmad TLDM..saya baru dalam industri keselamatan awam ni. namun saya telah berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama didalam menguruskan kebajikan dan keperluan serta peningkatan kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan.soalan saya, masih aktif kah perbincangan berkaitan perkara diatas?? jika masih saya cadangkan diadakan sidang perbincangan empat mata bagi sesiapa sahaja yang berminat bagi mewakili menyuarakan hak dan kebajikan pengawal keselamatan apatah lagi pentadbiran kerajaan sekarang pun sudah bertukar. jika perlu kita tubuhkan sebuah kumpulan/agensi bagi mengkaji segala aspek berkenaan kerjaya sebagai pengawal keselamatan dan hasil kajian tersebut kita panjangkan ke pihak kerajaan dan juga PKKKBM supaya supaya semua pihak membuka mata dan sama2 bekerjasama memartabatkan kerjaya ini di pandangan masyarakat. jika sekadar menulis disini, mungkin idea idea yang bernas dari tuan-tuan semua tidak dapat diketengahkan. terima kasih

    ahmad@rpsecurity.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berharap agar anda menghubungi saya segera. di talian peribadi 0107171766

      Delete
  25. Maaf tumpang meluahkan rasa admin..
    Ade tak persatuan2 yg betul2 membela nasib pengawal keselamatan??kebanyakan syarikat tahun 2019 ni dh buat kerja 8jam seari(3syif)dan gaji kami semakin rendah..ditempat kami bekerja dlu (2016-2018/2syif/12jam sehari)gaji kami rm1600(gaji kasar)..sekarang start 01/01/2019 kami kne bekerja 8jam sehari(3syif)cuma dpt rm1400 shj(gaji kasar belum tolak epf@sokso)..sedangkn yg bujang sekadar cukup2 mkn apetah lg mereka2 yg bekeluarga/ank sekolah..dimane sepatutnye utk pengawal2 mengadu nasib lw jd mcmni????

    ReplyDelete
  26. saya kerje dah 9bulan..
    saat masuk,2019 saya di tamatkan tugas serta merta tapisa keselamatan kdn.. surat bertulis 2018... dan bercNggah status penamat tugas ...
    nak makan apa kalau kena benti keja serta merta.. sedang saya khidmat dan rekod yg bagus..
    mohon siasat pegawai ronda ini.. ada penyelewengan dlm tugas dia..

    ReplyDelete
  27. Bidang keselamatan bnyk faktor penyumbang samada Dr segi konteks integrity,kebajikan,imej Dan pelbagai isu lg. Sy setuju ttg semua mslh shbt2 Kita yg kongsikan disini. Sy sendiri dlm bidang ni. Seperti sahabat Kita utarakan Lt (B). Knp tidak Kita berjumpa Dan senaraikan APA jua mslh yg berbangkit bg tujuan kebaikkan Dr semua segi.samada kebaikkan utk syarikat pengendali @ kebajikan anggota. Selagi xda badan yg benar firm utk mengawal selia, selagi itu mslh seperti ini akan berbangkit. Sekadar bg pandangan.

    ReplyDelete
  28. Nak tanya yg dah pergi kursus csg..
    perlu ke lagi pergi kursus semula

    ReplyDelete
  29. Saya nak tanya, saya sudah menduduki kursus security anjuran KDN pada tahun 2009, perlukah saya mengikuti lagi program kursus CSG??
    Sebab semasa saya mengikuti kursus security anjuran KDN pada tahun 2009 itu, pehak berwajib telah menerangkan kepada kami, bahawasanya kepada sesiapa yg telah hadir ke kursus security, mereka tidak perlu lagi hadir ke program kursus security buat kali kedua, sebab nama nama yang telah hadir ke kursus tersebut, telah didaftarkan ke pehak KDN, itu yang saya dgr semasa saya terlibat dgn kursus tersebut, sebab ada penguat kuasa dari pehak KDN dtg ke post saya, dan memberi tahu bahawa saya perlu pergi lagi, sebab pada tahun 2009 itu, kursus CSG belum ada lagi, saya mohon pehak tuan boleh tolong jelaskan sedikit info disini, terima kasih tn

    ReplyDelete