Pages

Monday, July 26, 2021

PASSEX- TLDM VS UKCSG21

Foto: BKS MPAB


Passage Exercise (PASSEX) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama United Kindom Carrier Strike Group 2021 (UKCSG 21) telah diadakan di Perairan Selat Melaka semalam.


Pegawai Perhubungan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Armada Barat, Lt Kdr Hanif Husain berkata, eksesais ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan maritim serta meningkatkan interoperabiliti serta persefahaman di lapangan dalam kalangan partisipasi yang terlibat.


Eksesais ini melibatkan 3 buah aset TLDM iaitu KD LEKIU, KD JEBAT dan Helikopter Super Lynx. 


Ketumbukan UKCSG 21 pada kali ini pula terdiri dari 4 buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda. 


Kapal perang terlibat adalah HMS QUEEN ELIZABETH, HMS KENT, USS THE 

SULLIVANS dan HNLMS EVERTSEN. 


Ini adalah pelayaran sulung HMS QUEEN ELIZABETH, sebuah kapal pengangkut pesawat, di rantau ini.