Pages

Monday, June 1, 2015

PENYELAMAT ORANG JATUH LAUT

Telah diterbitkan dalam majalah Perajurit edisi Jun 2015
Oleh Paklang Hamzah

Bila manusia berurusan dengan laut, mereka selalunya terdedah dengan risiko terjatuh kedalam laut yang boleh menyebabkan kelemasan malah lebih buruk lagi keadaanya orang  jatuh laut itu akan meninggal dunia jika usaha menyelamat tidak dilakukan dengan segera.
Dalam usaha untuk menyelamat jiwa mangsa, penolong dan juga mangsa harus memahami cara menggunakan alat-alat yang ada di persekitaran dan kaedah penggunaanya melainkan dalam situasi yang melibatkan orang awam seumpama pengoperasian bot/kapal penumpang dan sebagainya.

Sesuatu kejadian yang tidak diingini serta tidak dapat dijangka boleh berlaku seperti bot/kapal terbakar, kebocoran dan risiko bot/kapal akan tenggelam yang disebabkan perlanggaran atau terjatuh dengan tiba-tiba dan sebagainya adalah di antara risiko seseorang yang menjadikan kenderaan marin perlu hadapi serta bersedia secara mental dan fizikal. Justeru, ilmu serta kaedah menyelamat mangsa jatuh laut merupakan suatu pengetahuan yang sangat penting bagi menyelamat diri sendiri dan juga orang lain. 

Ini adalah selaras dengan dasar Konvensyen Antarabangsa Keselamatan Nyawa Di Laut (SOLAS) yang menekankan tanggungjawab memberi pertolongan terhadap nyawa manusia yang berada di dalam situasi bahaya di laut adalah menjadi kewajipan semua orang yang berada di persekitaran kejadian.

Teknologi alat bantuan keselamatan nyawa dunia hari ini telah berkembang pesat dengan ciptaan-ciptaan yang memberi penumpuan kepada pengendalian yang lebih ringkas serta memenuhi ciri-ciri  ketahanan bagi memberi keselesaan kepada mangsa bertahan lebih lama di dalam air di samping memiliki ciri-ciri mudah capai oleh samada penglihatan mata kasar atau transmisi eletronik dari bot/kapal yang lalu berhampiran atau pasukan mencari dan menyelamat.

Semasa LIMA’15 lalu penulis berpeluang menyaksikan demonstrasi dua peralatan yang sangat relevan untuk kegunaan individu atau organisasi kecil atau besar yang bekerja di dalam persekitaran laut samada untuk kegunaan krew sendiri atau untuk orang ramai bagi perkhidmatan yang berasaskan penumpang.

Demonstrasi penggunaan dua peralatan yang penulis maksudkan telah dikendalikan oleh EUROCLASS SHOPPE (M) SDN BHD yang mempunyai kepakaran di dalam pembekalan produk dan perkhidmatan dalam industri Mencari dan Menyelamat (SAR), Keselamatan Marin, Electronik Marin dan Reka Cipta, Ketenteraan dan Pertahanan serta Melawan Kebakaran.  Telah bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini kepada pengunjung seksyen maritim LIMA’15 di perkarangan Hotel World Resort Langkawi.

SOS Dan Buoy

Campak saja kearah OJL

SOS Dan Buoy adalah sejenis boya penyelamat kompak yang direka serba lengkap dengan sentuhan teknologi terkini untuk memberi peluang yang lebih baik dalam usaha menyelamat nyawa orang jatuh laut.  Dengan memasukkan lengan ke dalam gelung yang direka khas membolehkan mangsa berada dalam keadaan stabil semasa dalam keletihan sementara menunggu diselamatkan.

 Boleh dikendalikan dengan pantas serta boleh dipercayai dengan hanya membaling peranti ini ke arah orang jatuh laut tanpa memerlukan aktivasi. Sebuah peranti mudah alih yang mudah dikendalikan dalam semua keadaan geografi. Peranti kompak seberat 4kg ini berfungsi sama seperti makanisma jaket keselamatan yang lain yang dikembangkan secara mandiri dengan bantuan sistem gas karbon dioksida dan boleh digunakan semula dengan menggantikan hanya satu silinder dan aktivasi katrij.

Setelah beberapa saat alat ini terendam di dalam air, ianya akan mengembang dan menegak ke atas setinggi 2 meter atas paras air dan boleh dilihat melebihi 1700 meter dengan bantuan kibaran riben warna floresen kuning sepanjang 2.5 meter untuk penglihatan siang hari dan dilengkapi dengan lampu otomatik  SOLAS bagi penglihatan di malam hari. 
Setelah kembang

Peranti ini juga boleh dijadikan penanda lokasi orang jatuh laut serta memberi petunjuk arah tiupan angin dan arah arus laut dengan jelas untuk operasi menyelamat dengan helikopter.  Ianya juga boleh dijadikan penanda sementara bagi menunjukan lokasi kapal karam, terusan dan lokasi menyelam atau kemalangan di laut.


SOS Two Person Life Raft

mini life wraft untuk 2 orang


SOS 2 person life raft (S2PLR) juga merupakan rakit keselamatan alternatif yang bersaiz kecil yang boleh memuatkan hanya 2 orang  bagi memberi perlindungan yang lebih selesa boleh bertahan lama kepada mangsa jatuh laut. Ianya mudah dikendalikan dengan hanya membaling ke laut oleh sesiapa saja di dalam situasi kecemasan dan akan terbuka dengan sendirinya.  Berbanding boya keselamatan atau jaket keselamatan, S2PLR memberi rasa konfiden kepada mangsa jatuh laut.

Seperti mana rakit keselamatan biasa yang bersaiz besar, S2PLR juga menyediakan peralatan kecemasan dalam rakit seperti pisau, tali keselamatan, wisel dan sebagainya. Untuk tujuan penglihatan cari lamat rakit ini juga dilengkapi dengan 2 lampu SOLAS dan pita pembalikan cahaya. Dikembangkan dengan kuasa sistem gas karbon dioksida.

SOS Waterfront Lifejacket Vest

 SOS Waterfront Lifejacket Vest (SWLV) pernah memenangi anugerah inovasi sebagai suatu  alat penyelamat nyawa di laut yang mana rekaan unik ini adalah praktikal memenuhi pelbagai keperluan aktiviti di persekitaran maritim. Diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi dan komponen berketahanan tinggi kepada lelasan, pancaran ungu dan persekitaran air masin.

Vest Jaket Keselamatan ini ringan, selesa dan memenuhi piawaian terbaharu antarabangsa (ISO 12402) dengan kekemasan zip di bahagian hadapan dan  saiz boleh laras  di bahagian pinggang dan buckle kekunci yang diperbuat daripada stainless steel. Juga sedia terpasang D-ring untuk kemudahan mengikat  tali keselamatan. Untuk tujuan penglihatan cari lamat vest ini dilekatkan dengan pita refleksi di bahagian atas pelampong. Sebagai pilihan disertakan botol minuman (3 liter) (hydration system hand free) di bahagian belakang vest untuk bekalan masa kerja atau dalam situasi jatuh laut.

Apa yang penting dengan memakai vest jaket keselamatan ini mampu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pekerjaan serta menyokong piawaian Occupational Health and Safety terhadap pekerja-pekerja di lapangan.