sumber Majalah Perajurit Edisi Feb 2011
Oleh Hamzah Hd
Helikopter dapat ditakrifkan sebagai mana-mana mesen terbang yang menggunakan sayap berputar yang membolehkan pesawat melakukan pergerakan menaik atau menurun secara menegak dan juga boleh terapong dan terdorong ke depan atau ke belakang, mendaki dan bergerak pada sesuatu kelajuan. Sifat-sifat ini terilham beratus-ratus tahun dahulu oleh manusia dengan kehidupan alam burung madu dan belalang patung kini lebih dikenali sebagai helikopter adalah satu impian yang telah menjadi realiti dan praktikal.
Pesawat helikopter pada dasarnya terbahagi kepada beberapa fungsi dan peranan di dalam memberi kemudahan kepada kepentingan manusia seperti utiliti, peninjau, penyerang dan sebagainya. Secara umum ianya adalah sebuah jentera penghubung atau pengangkutan melalui udara sekali gus dengan pemasangan kelengkapan-kelengkapan atau peningkatan khusus ianya berupaya membuat sesuatu tugas yang berbeza-beza sesuai dengan kehendak penugasan yang akan diberi.
Pengeluar helikopter telah membangunkan model dan struktur-struktur helikopter dalam berat atau saiz yang berlainan untuk diberi peranan yang berbeza melalui pemasangan peralatan bagi memenuhi keperluan misi-misi khas mengikut doktrin dan situasi semasa yang diperlukan oleh pelanggan.
Justeru, banyak sektor seperti pembinaan, pertanian malah sektor kritikal seperti agensi-agensi penguatkuasaan dan ketenteraan tidak sekadar menggunakan nya sebagai pengangkutan malah menjadikan pesawat ini sebagai pemburu, peninjau, pencari dan penyelamat di hutan belantara, di laut dan sebagainya.
Dunia ketenteraan mempunyai revolusinya yang tersendiri yang mana pengoperasian pesawat helikopter bukan lagi didominasi oleh angkatan udara sesebuah negara malah angkatan darat dan laut masing-masing telah menubuhkan cabang udaranya sendiri sejajar dengan keperluan dan cabaran pertahanan masa kini.
Langkah ini bukan sahaja dilihat sebagai suatu usaha kepada pembesaran ketumbukan tetapi hakikat sebenarnya adalah era pertahanan hari ini menuntut perkhidmatan pesawat diberi peranan berdasarkan keupayaannya yang sangat dinamik dan terserlah sebagai komponen sokongan bagi mencapai objektif penghantaran udara, pengawasan medan pertempuran, carilamat kombat, pemindahan mangsa/mayat, pemindahan perubatan, menjejak sasaran melampaui ufuk, peperangan anti kapal selam (AKS) malah sebagai pemandu dan pesawat pengantara bagi mengekploitasi kelebihan jarak peluru berpandu anti-kapal jarak jauh dan lain-lain.
Bagi angkatan tentera laut negara yang tidak mempunyai kapal pengangkut, kebanyakannya tidak menggunakan helikopter bersaiz besar kerana mudah untuk menyesuaikan dengan saiz kapal yang akan menggunakannya sebagai organik. Bagi angkatan laut yang mempunyai kapal pengangkut, penggunaannya terus dikekalkan untuk dioperasikan daripada kapal pengangkut dan Pangkalan Darat yang merupakan kekuatan utama bagi negara-negara seperti British, Italy, Sepanyol dan lain-lain yang berperanan untuk mempertahankan Pelabuhan dan Limbungan tentera dari serangan kapal selam musuh.
Antara faktor utama penggunaan helikopter bersaiz besar adalah kelebihan muatan dan ketahanan yang mampu beroperasi dalam durasi yang panjang berbanding helikopter yang lebih kecil. Sebagai contoh helikopter Super Lynx yang hanya boleh membawa peluru anti kapal jarak dekat dan ringan sementara helikopter Sea King dalam peranan yang sama mampu membawa peluru berpandu yang lebih berat.
Dalam konteks maritim, sistem pesawat ringan pelbagai guna (LAMPS) telah direka untuk dioperasikan di atas kapal tentera laut yang bersaiz frigate dan destroyer yang mana rekaannya yang mengambil kira saiz maksima helikopter dan saiz minima kapal-kapal-kapal dari kelas tersebut. Bagi membenarkan LAMPS ini boleh beroperasi bersendirian di dalam peperangan anti kapal permukaan dan bawah permukaan, carilamat, peninjau, beberapa peningkatan makanikal, persenjataan moden dan kombinasi penderia diberi keutamaan.
Peringkat awal Perang Dunia ke 2, Departmen Tentera Laut Amerika Syarikat pada mulanya hanya membayangkan helikopter adalah sebagai alat sokongan untuk berperang dengan kapal selam Jerman yang mana dengan serius telah mengancam Amerika Syarikat dan perkapalan sekutu-sekutunya. Rancangan asal helikopter yang diterbangkan oleh juruterbang Coast Guard diminta mengiringi konvoi-konvoi di lautan bagi mencari pesawat-pesawat pendatang dari platform-platform yang dibina pada kapal dagang.
Kemudian dalam tahun 1943 Tentera Laut Amerika telah menerima helikopter pertamanya jenis R–4 (HNX–1) dan diberikan kepada Stesen Udara Coast Guard bagi menguji kesesuaiannya sebagai senjata anti kapal selam. Helikopter ini boleh membawa depth charge MK IX 200 pound jenis cepat tenggelam dan digugurkan setelah sasaran permukaan dikenal pasti.
Pembangunan helikopter waktu ini agak terlambat kerana berlaku percanggahan antara tentera darat dan tentera laut yang mana tentera darat merasakan tidak ada fungsi untuk membina helikopter untuk peperangan anti kapal selam sedangkan Tentera Laut merasakan tentera darat telah diberi tugas itu dan mesti menyelesaikannya.
Untuk mempercepatkan penilaian dalam operasi melawan kapal selam, pada Mei 1943, Panglima Armada Amerika Syarikat diarahkan supaya Lembaga Bersama dibentuk yang diwakili oleh wakil Panglima Armada, Biro Aeronautik, Pengawal Pantai, British Admiralty dan Tentera Udara Diraja. Kemudian, gabungan yang dihasilkan bagi menilai Helikopter anti kapal selam ini diperluaskan merangkumi wakil-wakil Tentera Darat, Tentera Udara, Pentadbiran pembina kapal perang dan Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Aeronautik. Wakil Tentera Laut menyaksikan uji cuba pendaratan helikopter XR-4 di atas kapal tangki Bunker Hill dalam sebuah demonstrasi yang ditaja oleh Suruhanjaya Kelautan dan dilakukan di Long Island Sound. Juruterbang Tentera Udara AS, Kolonel RF Gregory, telah membuat sekitar 15 penerbangan dan dalam beberapa penerbangan ia mendarat di atas air sebelum kembali ke platform di dek kapal. Dalam usaha untuk membuat helikopter lebih pintar dalam peranan sebagai pemburu kapal selam, projek melengkapkan dengan penderia dipping sonar dilakukan bermula pada April 1944.
Pada tahun 1946, program dipping sonar bagi helikopter AKS telah dijalankan oleh Naval Research Laboratory di Washington, DC. Helikopter telah digunakan untuk ujian ini dan berjaya menguji keberkesanan dipping sonar sebagai sebuah penderia khas yang mana masih digunakan sampai sekarang oleh skuadron helikopter AKS Tentera Laut.
Kemuncak dari fasa pertama penggunaan helikopter sebagai platform AKS ialah SH-3 Sea King. Oleh kerana model ini terlalu besar untuk digunakan pada semua platform maka helikopter ini hanya dioperasikan di atas kapal-kapal pengankut. Manakala kapal dari kelas destroyer ke bawah telah mengoperasikan sistem Drone Anti-Submarine Helicopter (DASH). Dunia helikopter anti kapal selam mula berubah pada awal tahun 1970an iaitu dengan pembangunan LAMPs yang mengintergrasikan komputer dengan kapal-kapal AKS.
Misi Helikopter AKS
Kapal selam tentera adalah ancaman yang masih sukar untuk dikesan dan peperangan AKS adalah kunci untuk mengawal laut yang mana untuk ‘menjinakkan’ keagresifan sesebuah kapal selam nuklear masih lagi menjadi igauan di dalam peperangan maritim. Walaubagaimanpun kapal selam konvensional yang berpaksikan diesel-elektrik menjadi semakin bertambah penting dan mendominasikan bilangannya seiring beberapa teknologi alternatif telah meningkatkan keupayaan kapal selam saiz kecil ini. Kalau dulu penekanan diberi terhadap operasi laut biru tetapi perkembangan mutakhir telah transisi kepada persekitaran laut pesisir yang mana peperangan AKS menjadi lebih rumit.
Sejarah peperangan AKS sudah bermula sejak Perang Dunia Pertama lagi. Peperangan AKS adalah salah satu daripada 4 dimensi peperangan bagi angkatan laut yang menggunakan platfom permukaan, kapal selam itu sendiri untuk mencari, menjejaki, mencegah dan memusnahkan kapal selam musuh. Peperangan anti kapal selam yang berjaya bergantung kepada latihan, pengalaman, intergrasi penderia dan teknologi persenjataan malah juga keberuntungan. Sonar yang canggih yang pantas mengesan permulaan kapal selam dan menjejaki dengan berterusan adalah kunci utama keberjayaan peperangan AKS. Untuk mencapai hasrat tersebut pelbagai kaedah telah digunakan samada melalui kapal permukaan, kapal selam itu sendiri malah melibatkan pesawat udara kepak kaku dan helikopter. Dalam abad terkini penggunaan pesawat helikopter menjadi tumpuan utama tentera laut dunia kerana kepantasan bertindak dan keberkesanan yang tinggi dapat dihasilkan dalam misi ini.
Banyak terdapat teknologi baru telah digunakan di dalam peperangan AKS seperti akustik bawah air, Pyrotechnics, Searchlights, Radar, Low frequency spread-spectrum electromagnetic surface wave devices, Active spread-spectrum magnetic techniques, Hydrodynamic pressure wave detection, Blue-green laser airborne and satellite, Light Detection And Ranging (LIDAR), Electronic countermeasures and Acoustic Countermeasures such as noisemakers, Passive acoustic countermeasures such as concealment and design of sound-absorbing materials to coat reflecting underwater surfaces, Magnetic anomaly detection (MAD) ,Active and (more commonly) passive infra-red detection, Forward looking infrared (FLIR) dan lain-lain.
Secara amnya, penggunaan helikopter sebagai elemen AKS telah mencetuskan satu pergerakan yang pantas dan sangat berkesan bergabung tenaga dengan kapal permukaan untuk mencari sasaran bawah permukaan air. Helikopter tersebut akan menjatuhkan beberapa sonobuoys dan menggunakan sistem penderia taktikal yang dipasangkan pada kedua-dua kapal permukaan dan helikopter bagi mengesan sasaran tersebut. Krew helikopter akan menjejak dan jika perlu akan membuat serangan ke atas kapal selam dengan torpedo.
Sonobuoys ialah penderia yang dibangunkan untuk digunakan bagi mengesan kapal-kapal selam dengan cara mendengar bunyi yang terhasil dari putaran aci dan jentera (pengesanan pasif) atau dengan mengeluarkan satu sonar ping oleh sesebuah kapal permukaan atau kapal selam (pengesanan aktif).
Sonobuoys pada asasnya mengandungi satu hidrofon, penguat suara, pemancar radio VHF dan bateri untuk memberi tenaga untuk sesuatu jangkamasa yang diperlukan. Semua elektronik diletakkan dalam satu silinder dengan dengan daya apungan sebelum dijatuhkan melalui pesawat atau kapal permukaan dan isyarat-isyarat radio boleh diterima dalam beberapa batu. Sonobuoys pasif juga boleh digunakan bagi mengesan dan mencatatkan bunyi hidupan setasea dengan berkesan.
Sonobuoys yang biasanya digunakan oleh Tentera Laut ialah Low Frequency and Ranging (LOFAR) dan Directional Frequency and Ranging (DIFAR). Bathythermograph sonobuoys akan membuat profil terhadap kedalaman berdasarkan suhu air di sesuatu kawasan.
Dipping sonar membolehkan helikopter untuk mendengar dan menghantar isyarat elektronik bawah air semasa dalam keadaan melayang-layang atau mod diam. Pesawat biasanya melayang pada ketinggian 50 hingga 300 kaki di atas permukaan laut dan menurunkan transducer ke dalam air dengan menggunakan sistem powered reel. Transducer boleh diturunkan hingga kedalaman 2,500 kaki dari paras air. Setelah transducer diturunkan ke satu tahap kedalaman yang dipilih, kemudian dihidupkan bagi menghasilkan isyarat suara dan menerima gema dari objek yang berada di bawah air. Gema ini kemudian diolah untuk mengenal pasti dan mencari potensi ancaman bawah air.
Mencari dan menutralkan kapal selam musuh menuntut penugasan pasukan AKS yang mantap signifikan terhadap operasi yang semestinya memerlukan banyak aset AKS yang terkoordinasi dengan baik kerana operasi mencari ‘datum’ atau mencari kapal selam yang tidak terkesan oleh penderia mencetuskan ketegangan kepada sistem AKS.
Setiap senario bergantung pada koordinasi multiplatform dan sistem intergasi AKS. Kemampuan menyeimbangkan operasi aset yang ada juga memerlukan komander yang cekap dan responsif terhadap segala maklumat yang diperolehi dari segala sumber dan arkitek di dalam mengadaptasikan organisasi, doktrin, peralatan dan kepimpinan supaya gambaran taktikal semasa dapat dikumpul dan bertindak selaras halatuju misi yang ditugaskan.
Untuk memenuhi keperluan operasi bagi tentera laut yang tidak mempunyai platform pengangkut untuk menyokong operasi anti kapal selam atau lebih selesa menggunakan frigat kombatan sebagai elemen search attack unit (SAU), sudah tentu mengimpikan helikopter organik LAMPS yang lebih canggih. Kebanyakan tentera laut negara-negara maju sudah pun memiliki helikopter jenis ini namun begitu teknologi pertahanan sentiasa berkembang pesat dan menuntut dunia ketenteraan melakukan peningkatan dalam segala aspek seiring secara berpasangan untuk mengekang kecanggihan teknikal dan kelicikan taktikal pihak lawan tertutamanya dalam peperangan AKS.
Variasi model helikopter maritim telah dikeluarkan oleh pengeluar terkemuka sedang digunakan oleh tentera laut dunia dan siri peningkatan kepada model-model lama secara perlahan mengambil alih dengan keupayaan memasang dan membawa peranti, penderia dan persenjataan berteknologi tinggi bagi keberkesanan operasi AKS pada abad ini.
Siri Super Lynx
Super Lynx 300 sedang diguna oleh cabang Udara TLDM malah telah diguna oleh tentera laut British Perancis dan Jerman merupakan siri helikopter British yang direka oleh Westland Aircraft merupakan di antara generasi terbaru dalam kelas pertengahan helikopter maritim yang mampu berfungsi sebagai anti kapal selam, rondaan ZEE, mencari dan menyelamat dan sebagainya.
Program peningkatan Battlefield Light Utility Helicopter (BLUH) telah mempamirkan Future Lynx yang merupakan pengembangan dari Super Lynx 300 terbukti, mempunyai potensi untuk memenuhi keperluan masa depan Tentera Darat dan Tentera Laut dunia dalam pelbagai misi terutamanya pengintipan medan, mengesan dan menghancurkan kapal kombat laju. Program yang telah dipilih oleh Kementerian Pertahanan United Kindom bagi memenuhi keperluan Tentera Darat dan Laut British memaparkan badan pesawat baru, avionik canggih, enjin baru, dan boleh diguna sehingga 30 tahun di dalam perkhidmatan.
Future Lynx atau FLynx antara lain mampu bertindak. Peningkatan teknologi yang menampilkan ciri-ciri moden konfigurasi paparan kokpit, ketahanan enjin dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi terhadap keupayaannya di samping senggaraan yang rendah.
Spesifikasi ringkas-
Berat maksima: 6,250 kg (13,779 lb),
Kelajuan :160 kt (296 kph),
Daya tahan: 3 jam,
Kuasa: 2 enjin LHTEC CTS800 2,722 shp (1361-shp setiap peringkat)
Krew: 2 + 9
SH-60B Seahawk
SH-60B dalam kategori pesawat ringan pelbagai guna (LAMPS Mk III) keluaran Sikorsky Aircraft Corporation yang dianggap di antara helikopter maritim yang paling canggih buat masa ini. Misi utama kepada model-B (Bravo) ini untuk peperangan permukaan,anti kapal selam, Anti-Ship Surveillance and Targeting (ASST) dan lain-lain. Dilengkapi dengan peranti Magnetic anomaly Detector (MAD), sonobuoys termasuk Search Radar , Electronic Support Measures (ESM), forward looking infrared (FLIR), Global Positioning System (GPS), acoustic sensing, acoustic processors juga mampu membawa torpedo,misil dan senjata ringan.
Spesifikasi ringkas-
Berat maksima: 21,884 lb
Kelajuan: 133 knots
Daya tahan: 3.5 to 6 jam
Krew: Pilot, Co-pilot/, TACCO, Sensor Operator
Kuasa: Two General Electric T700-GE-401C turboshaft engines.
Kaman SH-2G Seasprite
Super SH-2G Seasprite adalah sebuah helikopter pelbagai misi yang berkeupayaan tinggi mampu beroperasi dalam semua keadaan cuaca siang dan malam pada asalnya direka untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika. Satu rekaan yang lasak dan mempunyai kestabilan dan kebolehpercayaan yang luar biasa terbukti dengan jutaan jam penerbangan. Sedang digunakan oleh negara Mesir dan Republik Arab. Saiz dan keberatan SH-2G sepadan untuk penugasan di atas platform OPVs, Korvet dan Frigat.
Spesifikasi ringkas-
Berat maksima: 14,200 lbs
Kelajuan: 120 kts
Daya tahan: 5.3 hours
Kuasa: Twin T700-GE-401 gas turbine 1,723 shp
Krew: 1 pilot, 1 TACCO/co-pilot, 1 sonar operator (optional), up to 8 fully armed troops
Agusta-Westland EH-101 Merlin
Keluaran Agusta dan GKN Westland untuk pelbagai misi termasuk peperangan anti kapal permukaan dan bawah permukaan yang dilengkapi dengan Missile Warning System (MWS), Counter Measures Dispensing System (CMDS),2 SIFICAP (Fishing Surveillance System) dan persenjataan. Untuk operasi CSAR (Combat Search and Rescue) ianya dilengkapi dengan Defensive Aids Suite (DAS) yang mengandungi electronic self-protection integrated system, Radar Warning Receiver (RWR), NITESUN Search light and Forward looking infrared (FLIR), GALILEO Search Radar dan alat pandang malam (NVG).
Merlin telah direka untuk dioperasikan di atas platfom kecil dan besar dalam keadaan cuaca buruk malah dalam keadaan laut bergelora samada di waktu siang atau malam. Tidak perlu banyak senggaraan namun mempunyai keupayaan dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan konfigurasi sistem dan rekaan kokpit yang memenuhi keperluan beroperasi dalam persekitaran yang lasak. Membawa bekalan bahan bakar yang mencukupi untuk operasi melebihi 200 batu notika. Didorong oleh 3 enjin gas turbine Rolls Royce Turbomeca dengan konsep binaan modular dan di antara helikopter aerodinamik yang termaju di dunia.
Spesifikasi ringkas-
Berat maksima: 14,600kg
Kelajuan: 167 knots
Daya tahan: 5.3 hours
Kuasa: 3 x Rolls-Royce Turbomeca RTM 322 02/8
Krew: 1 pilot + 1 observer + 1 air crewman + 30 troops.
NH90 NFH ASW
Dibangun oleh pengeluar helicopter NH Industries (NHI) iaitu gabungan kompeni Eurocopter (Perancis), Agusta Westland (Itali) dan Stork Fokker Aerospace (Netherlands). Versi NH 90 NFH (NATO Frigate Helicopter) yang berautonomi di dalam peperangan anti permukaan dan anti kapal selam diluluskan pada tahun 2008 dan sedang digunakan oleh kebanyakan negara-negara NATO sejak tahun 2000. Dilengkapi dengan search radar, dipping sonar, forward-looking infra-red, magnetic anomaly detector, and electronic surveillance measures and electronic counter measures systems.
Spesifikasi ringkas-
Berat maksima: 10,600 kg (23,370 lb)
Kelajuan: 298 km/h
Kuasa: 2× Rolls-Royce Turbomeca RTM322-01/9 turboshaft
Krew: 2 pilot + 20 troops.
Menghadapi situasi ancaman maritim abad ke 21, konsep operasi peperangan permukaan dan bawah permukaan khususnya memerlukan pembangunan plan induk yang menyeluruh yang mengandungi prinsip-prinsip operasi yang menyumbang kepada kekuatan yang mampu memberi cabaran malah lebih penting menjadi cegah rintang kepada pihak yang ingin mencabar kedaulatan negara.
Inisiatif untuk mempercepatkan kejayaan jangka pendek dalam menghadapi konflik maritim sesebuah negara kini memberi tumpuan kepada peperangan AKS yang menjadi musuh senyap yang paling digeruni ketika ini. Peningkatan dan perluasan pasukan AKS dengan memfokuskan perolehan platform permukaan atau udara yang dilengkapi sistem intergrasi, peranti, penderia, data rangkaian dan persenjataan yang sesuai perlu menjadi agenda utama atau seiring pembangunan pertahanan.
Memaju, memaksima dan manfaatkan kemajuan pemprosesan akustik, pengumpulan dan berkongsi data, komunikasi, mobiliti pantas, sokongan logistik yang pantas dan kuasa tempur yang ampuh memberi kelebihan taktikal kepada angkatan yang memiliki ciri-ciri ini untuk pertahanan jangka panjang. Melalui proses ini memerlukan perancangan komprehensif di peringkat negara dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat jelata walaupun mempunyai perbezaan fahaman yang ketara.
Untuk mencapai kemenangan dalam persekitaran negara pengancam yang lebih moden dan mempunyai kelengkapan perang yang kelihatan dominan, negara kita juga mesti mempunyai inisiatif melengkapkan supaya kelihatan memiliki keupayaan yang sama sekurang-kurangnya. Di peringkat organisasi, inisiatif kepada pemantapan doktrin, semangat patriotisme, kecekapan dan keberkesanan melalui persediaan mental yang berkongsepkan kerohanian dan fizikal, kemudahan material/logistik, sokongan moral melalui perjawatan dan kebajikan keluarga menjadi aset penyumbang kepada kejayaan dan pembakar semangat sesuatu perjuangan.
Cetusan api konflik dalam persekitaran serantau abad ini boleh bermula dari mana-mana sudut. Ianya mungkin dari kegagalan menghalang kemerebakan aktiviti tidak simetri seperti perlanunan dan lintas sempadan laut, pencerobohan aset sumber laut malah isu tuntutan bertindih yang mana mungkin menemui kegagalan dalam usaha penyelesaian diplomatik.
Kebangkitan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempersiapkan armadanya dalam usaha cegah rintang di rantau ini tentunya sedang mencari helikopter anti kapal selam yang sesuai untuk dijadikan organik sebagai gandingan mantap kepada platform SAU. Samada untuk perolehan Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Littoral Combat Ship (LCS) atau peningkatan kepada konsep fitted for but not with New Generation Patrol Vessel sedia ada menjurus kepada kapal AKS, semestinya juga mendambakan sistem pesawat helikopter ringan atau sederhana pelbagai guna yang terkini walaupun sebagai permulaan perubahan kepada peperangan bawah permukaan ini.
Penulis berpendapat, dua objektif utama transformasi strategi boleh diekploitasi untuk kelebihan taktikal pertahanan di peringkat operasional dalam konteks peperangan maritim ialah ‘kebolehan’ menghalang kemaraan angkatan musuh yang sedang mengancam dengan keupayaan menjejak dan memusnahkannya dalam keadaan memerlukan pada masa dan tempat yang dipilih atau mampu memandu keluar angkatan dari kawasan operasi (zon bahaya torpedo/misil) sebelum dimusnahkan oleh musuh. Untuk mencapai objektif ini tiada ada cara lain selain mempersiapkan armada secepat dan seminima mungkin mengikut keperluannya. Perajurit.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
Pages
▼
Monday, February 21, 2011
Monday, February 7, 2011
RM6b bina 6 kapal peronda TLDM
sumber utusan
Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my
LUMUT 5 Feb. - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keseluruhan projek tersebut diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) di atas kejayaan mereka menjayakan projek kapal ronda generasi baru (NGPV) yang disiapkan Disember lalu.
Menurutnya, sebanyak RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan projek itu akan diperuntukkan kepada vendor atau subkontraktor yang telah berdaftar dan terlibat secara aktif dalam projek itu.
"Setakat ini, sebanyak 2,389 syarikat berdaftar dengan BNS dan daripada jumlah itu sebanyak 632 vendor atau subkontraktor terlibat secara aktif dalam projek ini.
"Oleh itu, bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah berhubung kelewatan pembayaran kepada vendor dan subkontraktor, maka saya sendiri yang akan memantau projek berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis taklimat industri bagi projek kapal peronda generasi kedua (SGPV-LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Ahmad Zahid berkata, melalui perkongsian pintar di antara BNS dan vendor atau subkontraktor itu diharap dapat mempercepatkan penghantaran kapal tersebut untuk kegunaan TLDM.
Katanya, dengan adanya integrasi sistem daripada negara luar, kesemua vendor atau subkontraktor diminta mengemukakan pelan kepada BNS mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah ditentukan mengikut keperluan TLDM.
"Projek ini telah diamanahkan kepada BNS dan saya berharap ia dapat dikendalikan secara berstruktur bagi mewujud dan memperkuatkan industri pertahanan negara khususnya dalam sektor pembinaan kapal perang.
"Pengalaman lalu apabila BNS mengambil alih peranan ini daripada syarikat terdahulu, terdapat sedikit masalah membabitkan pembelian peralatan yang telah dipasang awal dan dipasang dalam tempoh yang lama. Maka, ia memerlukan pembaikan semula dan ia telah pun diselesaikan oleh BNS.
"Oleh itu, apabila kerajaan menyerahkan keseluruhan projek ini kepada BNS, saya tidak nampak sebarang masalah dalam soal penghantaran tambahan lagi dengan adanya kira-kira 632 vendor atau subkontraktor yang terlibat secara aktif dalam projek ini," katanya.
Menurut beliau, dengan adanya vendor atau subkontraktor yang berdaftar dalam projek itu, ia diharap dapat menghasilkan usahawan yang berjaya dalam industri perkapalan dan kapal dagang seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my
LUMUT 5 Feb. - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keseluruhan projek tersebut diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) di atas kejayaan mereka menjayakan projek kapal ronda generasi baru (NGPV) yang disiapkan Disember lalu.
Menurutnya, sebanyak RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan projek itu akan diperuntukkan kepada vendor atau subkontraktor yang telah berdaftar dan terlibat secara aktif dalam projek itu.
"Setakat ini, sebanyak 2,389 syarikat berdaftar dengan BNS dan daripada jumlah itu sebanyak 632 vendor atau subkontraktor terlibat secara aktif dalam projek ini.
"Oleh itu, bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah berhubung kelewatan pembayaran kepada vendor dan subkontraktor, maka saya sendiri yang akan memantau projek berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis taklimat industri bagi projek kapal peronda generasi kedua (SGPV-LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Ahmad Zahid berkata, melalui perkongsian pintar di antara BNS dan vendor atau subkontraktor itu diharap dapat mempercepatkan penghantaran kapal tersebut untuk kegunaan TLDM.
Katanya, dengan adanya integrasi sistem daripada negara luar, kesemua vendor atau subkontraktor diminta mengemukakan pelan kepada BNS mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah ditentukan mengikut keperluan TLDM.
"Projek ini telah diamanahkan kepada BNS dan saya berharap ia dapat dikendalikan secara berstruktur bagi mewujud dan memperkuatkan industri pertahanan negara khususnya dalam sektor pembinaan kapal perang.
"Pengalaman lalu apabila BNS mengambil alih peranan ini daripada syarikat terdahulu, terdapat sedikit masalah membabitkan pembelian peralatan yang telah dipasang awal dan dipasang dalam tempoh yang lama. Maka, ia memerlukan pembaikan semula dan ia telah pun diselesaikan oleh BNS.
"Oleh itu, apabila kerajaan menyerahkan keseluruhan projek ini kepada BNS, saya tidak nampak sebarang masalah dalam soal penghantaran tambahan lagi dengan adanya kira-kira 632 vendor atau subkontraktor yang terlibat secara aktif dalam projek ini," katanya.
Menurut beliau, dengan adanya vendor atau subkontraktor yang berdaftar dalam projek itu, ia diharap dapat menghasilkan usahawan yang berjaya dalam industri perkapalan dan kapal dagang seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.